Monday, September 7, 2009

Yakjuj & Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung


Alhamdulillah, akhirnya dapat habis baca buku Yakjuj & Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung (564 m/s). Buku ini ditulis oleh Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, Malang, Jawa Timur (2008). Beliau adalah pensyarah Universiti Brawijaya. AKu sebenarnya beli buku ni di MPH, Midvalley Megamall sebab tertarik dengan tag Best Seller 10 000 dalam sebulan. Isi bacaannya sangat berat sehingga kadang perlu idulang baca berkali-kali. Beliau telah membuat kajian 3 kitab utama iaitu Al Quran, Taurat dan Injil. Kaedah perbandingan yang dipersembahkan cukup menarik untuk di baca dan difahami.

Berikut adalah penemuan beliau yang boleh dianggap sebagai merungkai sejarah sebenar berkenaan Iskandar Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj serta dinding besi diantara dua gunung yang membuatkan aku menjadi sangat berfikir akan hal ini:

1.Bangsa Scythia adalah bangsa yang pertama dapat menjinakkan kuda, maka sebutan Scythia berasal dari kata Saca yang dibaca Sos. Sos dalam bahasa Ibrani adalah Kuda. Bangsa ini pernah melalui laluan sempit (Caspian Gate) di pergunungan Caucasus.

Kaukasus = Couc = Kuda SOS = Kuda

Penduduk Timur Tengah memanggil meraka bangsa berkuda atau Cowc atau Soos. Orang Ibrani menyebut Cowc kemudian menjadi Gog atau Juj.

2. Terdapat kekeliruan dalam penterjemahan dan pemakaian Adon di dalam Bible edisi bahasa Yunani (Greek) dan Inggeris. Adon kadang-kadang diterjemah sebagai Tuan dan Tuhan. Terjemahan sebenar adalah Tuan. Kesalahan ini terjadi bermula daripada penterjemah Yunani yang tidak kenal bahasa Ibrani. Kesalahan ini memberi implikasi pada kesalahan berikutnya iaitu penterjemahan ke bahasa Inggeris yang mencontohi edisi Yunani. Maka, Isa sepatutnya tidak dipanggil sebagai Tuhan Isa tapi Tuan Isa.

3. Daripada esplorasi Tafsir Al-Quran itu dapat diketahui beberapa kata kunci tentang Yakjuj dan Makjuj, iaitu bangsa Tartar, Mongol, Turki, Scythia/ Scythian/ Scythin, Cimmeria, Hun, Hiongno/Xiongno.

4.Sejarawan Romawi iaitu Flavius Josephus dan Whiston, W. (1987) menyatakan dengan tegas bahawa bangsa Scythia adalah salah satu keturunan daripada sepuluh suku yang hilang dari Israel. Ia lebih dikenali dengan nama The Lost Ten Tribes of Israel ialah orang yang dibuang oleh kerajaan Assyria pada lebih dari tahun 700 SM.

5. Ernest L. Mertin dalam artikel berjudul ”Afghanistan (Gog and Magog) malahan orang Jawa juga dituduh sebagai Gog and Magog. Cuba lihat sejarah 2 bangsa ini, setakat mana kekejaman meraka dibandingkan bangsa lain?

6. Dahulu ketika orang Yahudi menjadi korban Hitler Jerman, mereka serentak memanggil Jerman sebagai keturunan bangsa yang disebut Bible sebagai Gormer (bangsa sekutu Gog Magog). Kini apabila berdamai dengan Jerman mereka memalitkan gelaran Gormer kepada Iran dengan menghubungkan nama itu kepada wilayah di Iran iaitu Kerman. Dengan dakwaan ini, ia seolah-olah lesen kepada Barat dan Zionis untuk menghancurkan peradaban Islam di Iran, Afghanistan, Iraq dan Syria.

7. Bukti daripada Hebrew Bible (Perjanjian Lama) dan inskripsi Assyria menunjukkan dengan jelas beberapa ratus ribu orang Israel dari Northern Ten Tribes (sepuluh suku Utara) ditangkap dan dibuang di kawasan kaki pergunungan Caucasus. Gerombolan ini dikenali sebagai orang Scythia dan Cimmeria. Mereka juga telah mengembara ke Barat iaitu Eropah Utara dan Barat seterusnya ke Denmark, Scandinavia, Perancis, Kepulauan Inggeris, Sepanyol dan Amerika.

8. Dr. Jacques Abbadie (1723) menulis buku The Triumph of Providence menyatakan “Adalah tidak mungkin sepuluh suku Israel terbang menghilang ke udara, atau terbenam ke dalam bumi, mereka itulah sepuluh suku Gothic yang masuk ke Eropah pada abad ke 5 SM selepas dihalau dari Jerusalem dan mendirikan sepuluh bangsa Eropah Moden”.

9. Yakjuj dan Makjuj disebut Gog dan Magog dalam inskripsi yahudi, berasal dari utara dan anak keturunan Yafits bin Nuh. Dalam perjanjian lama, baru dan Talmud terdapat ayat-ayat berkaitan dengan Gog Magog tanpa menghubungkan dengan Zulkarnain. Berlainan dengan Al-Quran yang telah menghubungkaitkan cerita sebenar antara Zulqarnain dan Yakjuj Makjuj (Gog Magog).

10. Nabi-nabi bani israel seperti Ezekiel, Nahum, Amos, Joel dan Jeremiah diutuskan untuk mengingat bani Israel akan ancaman “pasukan berkuda dari Utara” iaitu dari Gog Magog.

11. Kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam Al Quran dituduh sebagai plagiat dari kisah Gog Magog dari inskripsi Yahudi. Padahal apabila seluruh sumber yahudi dibuka, maka sumber-sumber itu tidak memenuhi kriteria kisah Yakjuj dan Majuj seperti dalam Al Quran. Kisah di dalam Al Quran mempunyai 3 kata kunci iaitu Yakjuj Makjuj, Zulqarnain, dinding besi diantara dua gunung dan diceritakan di dalam satu kisah. Sedangkan dalam kitab yahudi cerita Zulqarnain dan Gog Magog adalah 2 kisah asing, seolah-olah tiada kaitan.

12.Para evengi-zionis membuat kesimpulan bangsa-bangsa Eropah dan Amerika adalah keturunan Scythia (Israel). Disimpulkan juga, Gog Magog adalah Scythia, atau Saca atau Saxon (Anglo-Saxon) adalah keturunan Israel, yang sekarang menjadi bangsa Eropah dan Amerika. Logiknya, kolonialisme bangsa Eropah terhadap negeri-negeri Timur dan Islam pada abad 18-20M merupakan salah satu episod keluarnya Yakjuj Makjuj/Gog Magog.

No comments: