SEBAT KARTIKA
Sejak akhir-akhir ini, ramai NGO terutama yang memperjuangkan wanita menganggap Kartika telah dijadikan seperti sasaran untuk melaksanakan undang-undang syariah. Mereka juga secara sinis mengatakan kenapa Kartika sahaja yang disebat, kenapa 2 3 lelaki yang juga ditangkap bersama Kartika dilepaskan? Dakwaan ini adalah berbentuk fitnah, ini kerana lelaki-lelaki tersebut bukan dilepaskan begitu sahaja, tetapi mereka berjaya dalam rayuan. Sedangkan Kartika tidak mahu membuat rayuan, katanya sebagai tanda bersalah dan mahu dosa dilepaskan di dunia lagi maka beliau mahu menerima hukuman tersebut secara sukarela walaupun ruang rayuan masih dibuka. Ini beza antara Kartika dan lelaki-lelaki tadi.
NGO itu juga selalu mengatakan apa-apa yang berlaku perempuan akan manjadi mangsa. Cuba lihat kes-kes lama yang juga berkaitan dengan kes sebat meminum arak:
Johor - hukuman sebatan syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan Mahkamah Syariah Johor pada 2000, tetapi ia tidak dilaksanakan setelah rayuan dibuat pesalah.
Kelantan - seramai enam lelaki pernah disebat iaitu pada 1997 membabitkan empat orang, manakala 2001 dan 2003 masing-masing seorang,”
KEPALA LEMBU BERDARAH
Selepas melihat artikel akhbar, youtube dan kenyataan-kenyataan dari penduduk seksyen 23 Shah Alam, apa yang diperjuangkan mereka adalah kenapa kuil dari seksyen lain dipindahkan ke kawasan mereka yang majoritinya adalah beragama Islam.
Ada beberapa persoalan yang boleh ditanya kepada pembawa Kepala Lembu Berdarah ini:
1. Mengikut peraturan pembangunan kediaman, bukankah rumah kediaman perlu dijual kepada bumiputera (kawasan shah alam tentunya Islam) sebanyak 60%? Bakinya 40% barulah dijual kepada bukan bumiputera yang tentunya bukan Islam. Jika benar, maka semua kawasan Shah Alam terdiri daripada majoriti beragama Islam, maka ke mana hendak dipindahkan kuil Hindu itu? Sedangkan kuil lama terletak sangat hampir dengan rumah penduduk berbanding di seksyen 23.
2. Jika isu kuil dibina di kawasan majoriti Islam, cuba bayangkan apa nasib orang Islam yang berada di negara majoritinya bukan beragama Islam. Apa akan berlaku kepada orang Islam di Thailand, Jepun, Korea, USA, Britain, negara Eropah, Argentina, Brazil, Trinidad and Tobago atau beratus lagi lagi negara lain? Bayangkan jika masyarakat majoriti tersebut menggunakan alasan Kepala Lembu Berdarah tadi, alamatnya tiadalah masjid dapat dibina di negara mereka. Alasannya, Islam hanya minoriti di negara itu.
Dalam hal ini, kadang-kadang dari sudut tertentu akan ternampak kejahilan dan kebodohan kita berkenaan sesuatu isu hingga begitu tercemar sekali suasana bulan Ramadhan yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment