Permatang pasir sentiasa teguh menunggu hempasan lautan. Badai dan monsun pula nekad memaksa lautan menjauhi pasir. Maka bergerak lautan berkiblatkan badai manakala pasir dihempas oleh ombak lain dari segenap ceruk terumbu dan jurang di dunia sehingga berubah segala keadaan. Laut pula ingin sekali berjumpa permatang pasir tadi yang anggun dihiasi dengan alam terindah ciptaan Tuhan. Dihiasi pula dedaun nyior yang sentiasa melambai-lambai. Bisa menggugat pasir yang kaku. Keadaan memaksa laut meninggalkan teman yang sangat berharga bagi dirinya. Sayu dan kesunyian laut walaupun bertemankan kapal dan pulau yang hebat dan bijaksana ciptaannya. Namun jika segalanya sudah dicurahkan, tiada mampu menggugat keikhlasan laut. Semakin lama… bertanya laut sendiri, Bersuakah kembali aku dengan pasir yang ku kenal dahulu?… Masih adakah harapan untuk bercanda di pantai bersama pasir?
Selama mana pasir itu teguh? Selama mana ia setia menunggu? Sedangkan ia sentiasa berubah setiap kali datang ombak yang baru . Ombak yang dahulu hanya mengharap kepada satu pertemuan dengan permatang pasir yang sentiasa di gigi air. Tetapi ombak sentiasa bergerak menjauhi pasir, mungkinkah akan kembali….. Walaupun laut dipaksa meninggalkan permatang pasir tetapi dibenak tetap subur segala memori di pertemuan dahulu. Walaupun sayu walaupun sunyi tetapi dengan perkenalan yang baru, dengan kapal dan pulau mungkin dapat melupakan kesedihan dan kepiluan dalam diri. Kenapa laut harus bertanya begitu sedangkan ia sentiasa bergerak tetapi pasir hanya menunggu untuk bergerak. Kenapa laut harus bertanya begitu, lupakah laut kepada ketentuan dan takdir yang Maha Kuasa Allah.
Besar benarkah kesalahan laut dengan pertanyaan remeh itu? Silap besarkah laut bertanya sedemikian hanya kerana bimbang, takut dan apa sahaja yang terbuku atas apa yang telah terjadi, akan terjadi! Apakah laut telah hilang kerasionalan pemikiran sendiri bahawa kebimbangannya selama ini benar –benar akan tertulis dalam diari catatan hidupnya? Hidup temannya?!! Sahabat laut sentiasa bijak mengambil hati perasaan laut namun apa gunanya apabila perkara yang ditakuti sudah benar tertulis! Apakah laut bertanggungjawab seratus peratus atas apa yang terjadi.
Laut akui kesalahannya kerana kurang sabar untuk berkenalan dengan permatang pasir yang terlalu asing bagi dirinya. Apakan daya debaran hati melebihi ribut dan taufan di tengah samudera. Pelbagai cabaran dan bahaya menanti di tengah samudera nan terbentang, namun apa yang telah dilakukan oleh laut? Ketam sotong kehairanan dengan confidentnya laut walaupun baru mengikat tali, kenapa begitu yakin, sudah kenal benarkah ia dengan teman barunya dan hampir meninggalkan waktu untuk teman lamanya. Nampaknya laut begitu alpa dengan sejarah lama hidupnya. Laut harus sedar dia yang memulakan perkenalan maka ia harus runsing dengan kekukuhan tali yang sedia terikat itu. Melainkan jika seseorang ingin mengikat tali dengannya maka mungkin ikatan itu akan kukuh! Laut sudah alpa tentang perkara itu! Mana mungkin kukuh kalau dengan tali buih. Laut harus bangkit segera dari tidur kerana tiga cerita sama sudah berulang dengan intronya laut memulakan perkenalan. Apakah selepas ini ia harus menunggu orang lain yang datang dahulu mengikat tali? Atau memulakan dahulu seperti cerita lama. Masa dan keadaan pasti akan menjadi saksi!!
Kenapa teman lama begitu bersahaja dalam perkenalannya tidak seperti dia dan teman-teman seperjuangannya. Apa penting teman baru padanya? Dan apa penting teman seperjuangan padanya? Apa kepentingan salah satu dan kedua-duanya padanya? Mana lebih penting, mana kurang penting, mana setengah penting, mana suku penting dan mana lebih penting apabila mood baiknya datang? Adakah teman seperjuangan lebih penting ketika itu, atau teman baru. Hanya pasir dapat menjawab! Tetapi bagaimana pula kepentingan dari teman seperjuangan dan baru terhadap dirinya pula?!!! Adakah pasir sedar masih ada yang terluka , mungkin kepentingan tidak di bahagi sama rata sama ada kepada teman seperjuangan atau baru! Besar kemungkinan pasir langsung tidak sedar ketidaksamarataan ini. Sedarkah pasir segolongan sama ada dari teman seperjuangan atau baru sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan hati nan naluri dirinya? Jawapannya hanyalah ya atau tidak Jika tidak, mengapa sampai begitu sekali?
Sedar atau tidak, berani atau tidak, suka atau tidak, laut perlu akur buku yang ingin ditambah muka suratnya perlu segera ditutup dan menjadi bahan arkeologi tanpa dikaji oleh sebarang sejarawan sekalipun! Maka bergunakah lagi buku itu, nilailah sendiri!!!
Sesudah terbuku cerita yang dipertahan maka adakah buku baru perlu dibuka segera atau ditunggu untuk masa yang agak lama atau mungkin buka kembali yang terbuku. Banyak kemungkinan yang boleh diperdebatkan, dipersoalkan!! Jika buku baru cerita apa pula yang tertulis? Adakah dengan buku baru sambungan buku lama masih dengan cerita lama, isi sama dan jalan cerita sama? Laut perlu renung jauh! Jika masih buku lama nampaknya laut sekali lagi alpa dengan pendirian pasir. Pantang pendirian pasir dilangkahi, segala benda yang belum terjadi jangan dipersoalkan atau di bualkan. Tetapi lupakah pasir setiap manusia mempunyai impian dalam hidupnya. Maka bagaimana pula terjadi sekiranya impian manusia tidak tercapai! Gembirakah ia, terlukakah hati atau tiada apa-apa perasaan pun?
Sahabat laut cuba mengambil hati sekali lagi dengan mengatakan laut yang selalu berubah bukan pasir yang diam kaku. Lupakah sahabat laut yang setia sampai bila kita harus diam kaku, mengikut sahaja apa keadaan sekeliling! Dimana pendirian pasir? Jika kaku, perlukah terus kaku? Sedangkan besi yang terpendam dalam perut bumi sudah dapat bergerak di atas bumi, sudah terbang bebas di angkasa!! Inikan pula dengan akal anugerah teragung ciptaan Tuhan!! Maka harus kita bijak memanfaatkannya.
Setelah segala usaha, impian ditiup bayu maka laut harus pulang ke tempat asal dan mengikut ombak dan badai yang pernah ditentang hebat sebelumnya. Sesungguhnya hati laut begitu terluka kerana ia masih belum juga dapat memiliki teluk yang menyediakan pantai, ombak, pepohon dan tempat untuk kekal sepanjang hayatnya. Entahlah apa yang belum dibuat oleh laut kerana ia terbukti belum menawan hati pasir kerana ia masih belum berubah walaupun bertahun laut menunggu dengan sabar. Mungkin laut bukanlah impian hidup pasir yang tentunya mempunyai pilihan yang lebih hebat dan anggun kerana sememang pasir menjadi tumpuan pelusuk dunia untuk bercanda dan tempat mencari ketenangan.
Walaupun apa yang terjadi laut tetap laut dan personalitinya tak mungkin berubah kerana ia adalah ciptaan yang Maha Adil. Tentu ada hikmah yang ingin diajarkan kepada laut tentang kemanusiaan kerana sebelum ini alpa benar ia! Laut harus pandang ke hadapan!!!!
Ampunkan laut sekiranya cerita dalam buku yang terbuku telah melukakan hati sesiapa sahaja secara sengaja atau tidak, tidak kira sama ada pasir, sahabat laut, ombak, badai, ketam, sotong, bukit bukau dan apa sahaja yang menjadi watak utama atau kecil dalam cerita ini. Laut akui kesalahannya sama ada kesalahan kecil atau besar dan sedia terima hukuman kerana melanggar kemanusian. Terima kasih pasir kerana sudi menemankan laut walau hanya seketika cuma dan belum dapat bermesra seperti yang lain. Cuma laut kurang pasti adakah pasir sedih, gembira atau tidak ada apa-apa dengan berakhirnya cerita ini.
Nyatanya laut dapat mengagak jawapan yang sudah diketahuinya kerana laut pernah memberi peluang untuk sambung ke episod baru. Tapi apa jawapan pasir hanya pasir yang lebih mengetahui dan paham dengan apa jawapan yang diberikannya sendiri. Maka laut dapat agak apa pandangan dan pendirian pasir terhadap dirinya selama ini. Adakah ia menjadi punca kepada men`sejarah`kan buku yang di agungkan, laut harus berfikir. Laut mahu atau tidak, harus merenungkannya walau sejenak. Demi masa depannya sendiri yang masih jauh dan banyak cerita akan terjadi, mesti…..!!!
p/s Cerita ni dibuat sekitar tahun 1999/2000
No comments:
Post a Comment