semalam... susah btol nk tdo...
semalam... sakit benar perot...
semalam.. gastrik dtg lg....
semalam... nk gerak, bernafas pun x sedap.
semalam.... lyn youtube sambil tahan sakit.
semalam.... bukak tajuk mane-mane berkenaan dengan ustaz azhar.
semalam... ustaz azhar bagitau susah lelaki nak masuk syurga, jangan main-main. Jika tidak bersedia, jangan suka-suka nak kawin atau pikir sedap je. Dosa sendiri, menanggung dosa isteri 100%, dan hati-hati dengan dosa ibubapa. Isteri hanya perlu taat kepada suami sahaja, kalo dia tak taat kepada famili beliau itu sudah tidak dikira berdosa, cume pandangan mata tidak elok. Jika suami tidak benar balik rumah ibubapa pun isteri kena patuh tanpa soal.
semalam.. ustaz azhar ckp, jagalah keluarga kamu, isteri2 dan anak2 dari mendedahkan aurat. Dikhuatiri akan jatuh fasik. Orang fasik tidak boleh jadi saksi sampai bila-bila. Tidak boleh jadi wali anak kawin, tak boleh jadi saksi, tidak boleh jadi saksi hudud dan apa saja yang sewaktu dengannya.
semalam... ustaz azhar cakap, ajarlah isteri2 dan anak2 dengan ilmu agama, supaya mereka faham betul2 dengan apa yang haram dan apa yang halal. Apa ajaran al Quran dan apa ajaran Barat. Jika mereka tidak ikot, maka berdosa lah suami, masuk neraka. Pilihlah wanita beragama sebagai isteri dan bukan kerana cantik semata-mata, berharta semata-mata. Berusahalah melahirkan anak cepat-cepat untuk meramaikan umat nabi Muhammad. Jangan tunggu tua dengan merancang kelahiran, kerana dikhuatiri tidak sempat untuk mengajar anak2 dengan ilmu agama. Dikhuatiri selepas meninggal, org yang menjaga anak tidak dapat memberikan ajaran agama dengan sempurna.
semalam.. ustaz cakap berbahagialah kamu jika kami dimasukkan dalam syurga. Tenaga kamu bersamaan dengan 70 ekor kuda atau 70 kekuatan manusia. Isteri kamu akan menjadi permaisuri dalam istana kamu, dah menjadi ketua kepada 70 bidadari kepunyaan kamu. Di sana semua orang akan berbahagia, tidak ada perasaan marah, dengki, cemburu melainkan hanyalah perasaan berseronok sahaja.
semalam... ustaz azhar cakap, berpeganglah dengan Islam.. kelak dijamin manusia tidak akan tergelincir. Bergurulah selalu kerana manusia azalinya adalah pelupa. Maka nasihat menasihatilah antara kamu kerana kamu sendiri tidak tau betapa besarnya ganjaran.
semalam.. termenung sendirian melihat diri sendiri. hurmmmm jauh lagi utk menjadi ahli syurga. Usahkan masuk, entah-entah bau pun tidak.
semalam... perot ku sudah tidak meragam... lenguh-lenguh masih ada. sudah lain benar tubuh badan yang dipinjamkan Tuhan ini. hurmmm.... kemudian, terus masuk tido.
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
No comments:
Post a Comment