Tuesday, February 1, 2011

Nasihat Seorang Pakcik di Warung Roti Tempayan

Pakcik tua yang keseorangan di kala senja


Seorang pakcik yang telah berumur pernah menceritakan sesuatu yang membuatkan aku termenung.........


Kisah Satu:


Ada satu pasangan, telah lama mereka berkahwin. Mereka telah berusaha bertahun-tahun untuk dapatkan anak. Secara tradisional dan dunia perubatan moden. Semuanya menemui kegagalan. Akhir sekali, mereka pergi bermunajat di Mekah, akhirnya mereka dikurniakan anak. Namun selang beberapa tahun kemudian, anak mereka mendapat kemalangan jalan raya dan meninggal. Rupanya, sudah tertulis di azali pasangan tersebut sudah ditetapkan tidak mempunyai zuriat. Dan anak mereka itu hanyalah pinjaman sementara kerana mereka telah berusaha sedemikian rupa.


Kisah Dua:


Suami ni kena hati-hati. Suami sepatutnya bertindak sebagai suami, dan bukannya isteri bertindak sebagai suami. Jika isteri bertindak sebagai suami, suami hanya patuh segala tindakan isteri, maka dayuslah suami itu. orang yang dayus tiada tempat di syurga Allah. Harus diingat, suami yang masuk neraka, belum tentu isteri ikut sama masuk neraka. Ingatlah juga bahawa, isteri yang masuk neraka, mampu mengheret sama suami ke neraka, atas sebab suami tidak mengajar isteri apa yang halal dan apa yang tidak!!!!


*Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kedua-dua cerita di atas. Sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah untuk menerima ujian seperti itu Ya Allah. Nauzubillah......

No comments: