Tuesday, February 8, 2011

Nasihat!!!



Arini rase nak bercakap pasal nasihat. Manusia dalam keadaan macam mana sekalipun, dia tetap akan mencari nasihat daripada orang lain. Melalui nasihat-nasihat yang diterima, maka seseorang akan menilai mengikut kemahuan sendiri dan nasihat orang lain untuk membuat keputusan.

Bagi jurutera, disamping bertanyakan nasihat dari jurutera lain, beliau juga perlu mendapatkan nasihat dari pakar perunding atau arkitek. Jika salah menerima nasihat, tunggulah saat kehancurannya.

Ketua keluarga atau organisasi juga sangat memerlukan penasihat yang bijak. Kerana untuk berlaku adil, bukan perkara yang senang. Membuat keputusan dalam keluarga dan organisasi merupakan perkara yang besar dan bukan kecil. Silap percaturan, rosak binasalah keluarga atau organisasi.

Anak juga perlukan nasihat, nasihat dari kedua orang tua beliau. Kerana ibu bapa lah yang benar-benar faham kedaan anak masing-masing. Anak juag perlukan nasihat dari adik-beradik, atau kaum keluarga, juga perlukan nasihat dari rakan sebaya. Jika pemberi nasihat dari golongan bukan penasihat, tunggulah kesilapan yang akan berlaku.

Sama juga dengan orang yang telah berkeluarga. Orang yang paling sesuai untuk memberi nasihat adalah ibubapa masing-masing. Kemudian Kaunselor perkahwinan, diikuti dengan rakan-rakan. Dunia sekarang biasanya seseorang tu akan bertanyakan atau meluahkan masalah kepada rakan-rakan. Jika rakan-rakan tu sudah berpengalaman dalam perkahwinan dan pernah melalui masalah, alhamdulillah, nasihat yang bernas lah yang dapat. Tapi jika nasihat tu datang dari orang yang belum pernah melalui perkahwinan, merasai perkahwinan, tunggulah saje saat kehancuran dalam membuat keputusan!!!

No comments: