Sunday, April 17, 2011

Pembangkang di Kelantan, Terengganu dan Sarawak

Tiba- tiba terfikir... apabila selesai sahaja PRN Sarawak.



KELANTAN

Pembangkang Kelantan membolot DUN di Parlimen Gua Musang iaitu Galas, Paloh, dan Nenggiri. DUN di Jeli pula ialah Kuala Balah, Bukit Bunga. DUN Bukit Bunga agak istimewa kerana secara betulnya ia terletak di Jajahan Tanah Merah, namun bagi DUN ia terletak di bawah Parlimen Jeli. DUN Pengkalan Kubur dan Kok Lanas sahaja yang boleh dikatakan dimenangi Pembangkang Kelantan berada di kawasan yang berhampiran bandar-bandar. Orang Kelantan adalah satu satunya negeri yang mempunyai ramai calon luar menang di kawasan Parlimen seperti Kubang Kerian, Machang, Bachok dan Kuala Krai.



TERENGGANU

Pembangkang di Terengganu hanya memenangi DUN yang pada dasarnya bertumpu pada bandar-bandar utama. DUN yang dimenangi oleh pembangkang Terengganu di Parlimen Kuala Terengganu ialah Ladang, Wakaf Mempelam, dan batu Burok. Selain itu mereka juga memenangi DUN Sura, Bukit Payung, Bukit Tunggal dan Rhu Rendang, kesemua ini di bawah Parlimen Marang dan Kuala Nerus yang boleh dikatakan . Orang luar yang bertanding di Terengganu akan ditolak seperti yang ditunjukkan oleh kekalahan calon Mat Sabu di Parlimen Kuala Terengganu.



SARAWAK

PRN Sarawak baru sahaja selesai semalam. BN telah memenangi PRN tersebut dengan mengekalkan majoriti 2/3. Pembangkang Sarawak berjaya menambah 8 kerusi melalui parti DAP dan PKR. Menariknya, semua DUN yang dimenangi oleh kedua parti tersebut adalah dia kawasan bandar iaitu DUN kawasan Parlimen Kuching Sibu dan Miri. Hanya Be'kalalan sahaja yang boleh dianggap kawasan luar bandar dimenangi oleh PKR.



KESIMPULAN

Parti bersifat pembangkang di peringkat Pusat banyak memenangi DUN yang lokalitinya berada di kawasan atau berhampiran pusat-pusat bandar.

Parti bersifat kerajaan di peringkat Pusat pula banyak memenangi DUN di kawasan yang jauh dari pusat-pusat bandar seperti yang ditunjukkan di negeri Kelantan dan Terengganu.

Orang Kelantan tiada masalah menghantar calon parti bukan anak jati negeri ke Parlimen.




No comments: