Saturday, August 27, 2011

1st day kat Shanghai

Alhamdulillah, setelah takley nk guling2 atas kusi KLIA tu semalaman, jam 9.30am 26.8.2011 MAS B777 akhirnya boley gerak. Lewat stgh jam jugak la. Entah ape masalah. Aku sornag je rase melayu, yg lain smua cina malaysia n cina china. Besar jugop 777 (no plat kete idaman), koman btol aku, masuk je dok tgk keliling kapa tube ni. 9 baris kusi. kalo A380 guane la kan? Makanan pun sedap, eh lupeeee, bln posa!!!!



Haaaa ni 1st movie aku lyn. Jack Sparrow. Tp screen x best, silau dr luar. kalo org seat tgh mmg clear la.



Seronok dpt tgk setiap masa info flight. Dr dulu lg trnggu2 ancment dr kapten tiap kali naik flight. nk tau bape laju n brape altitud. Skang ni stiap saat dia bgtau kt monitor tu. mmm paling laju 917 km/h rasenye.



Yang ni pun best... dpt tau lokasi semasa. mase ni dah separuh pjlanan. Dr malaysia, dia lalu atas pahang, pastu belok skit menghala ke vietnam (nampak pantai vietnam), then menghala ke hongkong plak.



Ni citer best. atu kak limoh balik rumoh hehehe. gelak sorang2 jugak la melayannye.



"Seberang Takir" Shanghai.



haaaa ni dah dlm kenderaan Polar Research Institue of China. Dpt snap antara menara tertnggi Shanghai. Ingat lg tgk kt astro, asalnye kat atas tu berlubang bulat, tp sebab nampak mcm identiti Jepun, so diorang tukar ke bentuk 4 segi.



Ni plak makanan pertama aku kt china. Best btol mcm kacang panjang tu, aku bedal smpai abis. nasi dia plak mcm pulut. pastu cam bubur tu pun best, bedal smpai xley masuk pape dah. tapi hampir ade citer tragis kt cni. ade order tau fu ke ape ntah, mase nk amik, Lee, guide aku tu suruh stop, dia ckp ade pork. pastu dia mintak tukar lain. aku kate la, aikk mcm ayam je daging dia. erkkkk. Tgk molek2, aku pakai chopstik nasi tu sampai abis hehe.



Haaa ni la guide aku, mkn dgn dia la tadi. Nama Lee. Baru graduate master, umor 25, last month start kije dgn polar research institute, bidang fisheries.



Ni teksi kt China, aku tatau kenapa ada bekas plastik tu kt driver, nak elak gangguan seksual??? ntah la. pastu siap ade screen tv kt seat, waaaaa, canggih jugok.



Ni pandangan dari bilik hotel aku, Shanghai Shuanyong Hotel.blkg hotel smua kilang2 je.









Wednesday, August 24, 2011

Aidilfitri 2011 di Tanah Besar China

Tahun 2011 ni, ada perkara yang menggembirakan aku. AKu terpilih untuk menyertai SEA-NET program anjuran Regional Western Pasicif ape ntah, hahaha aku pun lupa nama pjg.

Yang tak best, tarikh dia ngam ngam raya kat tengah2. AKu pegi 26 ogos - 3 September. Raya? mesti la 30hb. erkkkkkkkkk hehehe. Member aku dah gi sorang, sejak 8hb lagi dan kitorang akan berjumpa di Beijing 31hb ni.

Esok last kije b4 raya. Malam esok aku fly ke KL dulu, lepak semalaman. Then pagi esoknya kul 9am terus ke Shanghai dgn MAS. Hahhh? MAS? Dulu nasiaq pi dgn China Airlines. Aku siap dah lembutkan lidah dgn "Comel, Muslim FOOD please!". Adeyy risau psl makanan kt sane oittt, eh alamak bulan pose la. Abistu nk ckp ape kt pramugari nanti... "comel, sesunggohnye sy berpuase, bley tapau?"

Kat Shanghai aku akan pegi ke Polar Research Institue of China selama 4 hari. Kemudian, 29hb aku akan fly pula ke Qingdao. Kat sini aku akan pegi ke First Institute of Oceanography, State Oceanic Administration of China dan Institute of Oceanography, Chinese Academy of Science. Errr... kat sini la aku beraya insyaAllah. Tgk kat google earth, mcm bandar pelabuhan or peranginan je area ni.

Kemudian pada 31 aku akan fly pula ke Beijing. Destinasi terakhir program ni. Kat sini, aku akan pegi ke National Marine environmental Forecasting Center, National Satellite Ocean Application services, dan kemudian kena buat group report. Mlm terakhir akan diadakan dinner, siap suruh bwk lagu bertemakan Malaysia utk dancing2 aku kt sana. Gilooo apo. Lagu Tomok? Jange pande2 Jange Pege? Antara alasan yg tgh berlegar kt pala "errr sori encik, sy baru pindah bangunan baru, so xley nk save lagi lagu2 ni kat thumbdrive!!!", jwb dgn penuh yakin.

Dan palignpenting, aku sanggup byr massage 2 jam kt organizer, janji tlggggggg la bwk aku singgah Great Wall of China. 10 minit pun jadila, janji bukan gambar yg super adobe potosop. Plsssssssssssssssssss............

Kemudian, 3hb tu aku bertolak pulang ke KL. Lepak semalaman kat KL, kemudian 4hb balik ke KB.












2 Benda Paling Aku Sayang!!!

Kasut Dr. Cardin.

Inilah kasut mahal pertama yang aku beli, sampai 300 lebih. Tapi sangat la puas hati, sedap pakai, selesa kat tumit. Banyak jasa sangat2 dah kt aku ni, merata tempat dah aku pegi dgn kasut ni. Dulu beli kat Jusco kt KL, tatau kt mane, lupe, mase tu aku buta lg kt KL. Skang Jusco Kepong pun dah bley g sendiri (kan azri kan, aku lagi terer dari GPS ko).

Hampir 5 6 tahun, akhirnya, ia kalah pada pusingan waktu, Dah uzur sangat. Tapi aku nekad nak repair, masih boley pakai kalo jahit tapak dia. Aku syg kasut ni :)



T shirt 7

Haaaa ni t shirt yang paling aku sayang. Kaler n design dia mabeles, brand SAM. TQ atas hadiah ni. Skulmate mrsm, sm hamzah, matriks dan upmt sangat tau akan berertinya no 7 dlm hidup aku ni. Sejak 1994 lagi, aku de banyak kebetulan berkenaan dengan no 7 ni. Taksub tu tidok la, cuma suka.

Tapi yg sedeynya, hayat t shirt tu x lama. Tibe2 baru perasan dah HILANG!!!! Aku sanggup byr kt sape2 yg dpt gantik balik baju tu, aku sanggup byr dabel. Sunggoh, dok lebong ssikit pong.

So, sape2 yg ternampak tshirt ni kt kedai, kol me ok, 0199692197. TQ...








Pindah Bangunan Baru INOS




Pada 22 hb baru ni, aku dan lab lain dah start pindah ke bangunan baru. Hurmm menarik juga pandangan ke luar, tgk org lalu-lalu kt bwh tu. Ebendo, tu area pekerja bangla jatuh n meninggal mase dlm pembinaan dulu (erkkkkk).

Amik masa 3 hari jugak la nak angkut dengan bantuan kontraktor. Start jam 9pm smapai la kul 3 4 pagi. Sahur kat Warung Siang Malam je la, senang. Balik bantai tdo!!!!

Hope dengan tempat baru, ia menjadi satu loncatan untuk terus bersemangat menaikkan nama UMT, insyaAllah.

(mls tulis pjg2, dah banyak sgt ade benda yg nak cerita, tp x sempat nak post, bz la konon)












Baju Raya untuk Bella dan Fariz

19.08.2011

Haaaaaaa alhamdulillah, buat sekelian kalinya aku dpt beli baju raya untuk anak-anak azri. Baju bella beli kt Masjid Jamek, KL. Baju fareez beli kat ECM, Kuantan.

Hope papa diorang tag pic diorang pakai baju tu, dpt la aku tgk mase kt China nanti. iskk iskkk sedeynya.

Hope bella n fareez suke k, luv u!!!!!!

p/s 1 : asal kaler berbeza, rabun warna dah ke aku ni?

p/s 2 : psstt pssttt bapak mahal baju budak2 ahahaha








Thursday, August 18, 2011

Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki

"Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan takdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Wanita perlu pula menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai, sukarnya menjadi seorang wanita"

Rupanya apabila Islam telah menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita. Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu diberi kepada kaum hawa ini.

Wahai wanita, janganlah hendaknya dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya, dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada kekuatan akidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta kepada ALlah.


Adakah mereka terseksa di dalam pakaian mereka?

Wanita Kebanggaan Islam

Wanita jika yang dibentuk dirinya dengan acuan yang betul, lahirlah serikandi Islam sebagaimana Aisyah radiyaLlahu 'anha, lahirlah anak yang taat kepada ibu dan ayahnya sebagaimana Asma' binti Abu Bakar yang digelar zatun nitaqoin membawa bekal, memanjat sehingga ke pintu gua untuk memberi bekalan kepada 2 orang kekasih ALLah iaitu ayahnya sendiri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan junjungan besar Nabi Muhammad SallaLLahu 'alaihi wasallam. Alangkah bahagianya apabila ada pendorong di dalam hidup, pendokong ketika dalam kesusahan dan kesedihan, menjadi teman seperjalanan menemani hayat sebagaimana Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tentunya menjadi ibu kebanggaan para pencinta Islam sebagaimana Ummu Habibah (gelaran bagi Ramlah binti Abu Sufyan), walau ditimpa ujian bertalu-talu, dipaksa untuk murtad oleh ayahnya ketika ia memeluk Islam. Ditambahi pula dengan karenah suaminya yang telah berpaling dari Islam dengan memeluk agama Kristian, beliau rela berpisah kerana cintanya kepada ALlah melebihi segala-galanya dan tinggilah darjatnya apabila dilamar oleh RasuluLlah untuk menjadi teman hidupnya. Balasan untuk orang yang sabar dan gigih di dalam agama ALlah.

Jika diselusuri sejarah, ramainya tokoh-tokoh wanita Muslimah yang memberi sumbangan besar di dalam dunia Islam. Fatimah binti Sa'ad al Khair al Ansari al Andalusi, lahirnya di China pada tahun 522 Hijrah. Mengajar di Kaherah dan Damsyiq dan ramai tokoh yang mengambil hadith darinya seperti al Hafiz al Munziri. Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah). Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan".

Kitalah Lelaki Itu

Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALlah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :


" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."

( An-Nur : 30-31 )

Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?

Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALlah. Kita selusuri kembali dari kacamata sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.

Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka

Agungnya akhlakmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman. Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLah. Menjadikan Saidina Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya oleh Saidina Uthman dan Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALlah?

Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya, kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf, namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALlah sehinggalah ia benar-benar bebas dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu 'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf semasa peperangan Badar al Kubra.

Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau berkata

"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALlah akan mahu minum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"

Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak mengeluh atau merintih barang sedikitpun.

Selanjutnya qadar Allah telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita).

Urwah bin Zubair mengucapkan

"Ya ALlah! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu, dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan (menyembuhkan)"

Tugas Kita Sebagai HambaNya

Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALlah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri, keluarga dan masyarakat ke jalan ALlah. Mengajak ke arah kebaikan, menegur kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Surah at Taubah : Ayat 71)







Sejarah Realiti: Empayar Islam hingga benua Amerika.



"Jika anda mengunjungi Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Minta arkib perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ada tanda tangan ketua suku Cherokee zaman itu, bernama AbdeKhakdan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk meneruskan aktiviti perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan kebiasaan berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (serban) dan baju hingga sebatas lutut.


Cara berpakaian ini dapat ditemukan dalam foto atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir Cherokee sebelum akhirnya benar-benar punah dari tanah Amerika adalah seorang Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.



Berbicara tentang suku Cherokee, tidak boleh lepas dari Sequoyah. Dia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembaliSyllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri.








Yang membuatkannya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada batu-batu diNevada sangat mirip dengan kata “Muhammad” dalam bahasa Arab.















Nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemukan pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, ChavinCree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan tutup kepala khas orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Hal ini ditunjukkan pada foto-foto tahun 1835 dan 1870.






Secara umum, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak terasa oleh panca indera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti kata-kata seorang Ketua Suku Ohiyesa :



In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”.



Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahwa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah?






Bagaimana ketua suku Indian Cherokee itu muslim?



Sejarahnya panjang,



Semangat orang-orang Islam dan Cina saat itu untuk mengenal lebih jauh planet (tentunya waktu itu nama planet belum terdengar) tempat tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan baru dan tentu saja memperluas dakwah Islam mendorong beberapa pemberani di antara mereka untuk melintasi wilayah-wilayah yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka saat itu.



Beberapa nama tetap begitu tersohor sampai saat ini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya, sebut saja Cheng Ho dan Ibnu Battuta, namun beberapa lagi hampir-hampir tidak terdengar dan hanya tercatat pada buku-buku akademik.






Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatat perjalanan ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).



Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi muslim Al Masudi (871 – 957),Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang penunjuk arah muslim dariCordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889Masehi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahwa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.



Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.






Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahwa selama pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayyah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar juga dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol ke barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, Lautan Atlantik. Mereka berhasil kembali dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang asing.



Beliau juga menuliskan menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II(976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulauan Canary).



Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.






Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Morocco dicatat juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Morocco pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286 – 1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.



Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua Amerika. SejarawanChihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama.



Timbuktu yang kini dilupakan orang, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan orang menuju Timbuktu atau berawal dari Timbuktu.



Sultan yang tercatat menjelajah benua hingga ke benua baru saat itu adalahSultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintas Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.



Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para eksplorer ini berbahasa Arab.



Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarnaPiri Re’isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja OttomanSultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan belahan bumi bagian barat, Amerika selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brasil secara cukup tepat.






Bukti lainnya adalah, Columbus sendiri mengetahui bahwa orang-orang Carib(Karibia/Caribean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Dia faham bahwa orang-orang Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Karibia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudak rakyat Amerika. Orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa menikahi orang-orang pribumi.



Lebih lanjut Columbus mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba melihat sebuah masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sampai saat ini sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemukan di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada.



Dan tahukah anda? 2 orang nakhoda kapal yang dipimpin oleh Columbus kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim yaitu dua bersaudara Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Morocco Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER,JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]



Dan mengapa hanya Columbus saja yang sampai saat ini dikenal sebagai penemu benua amerika?



Karena saat terjadi pengusiran kaum yahudi dari Sepanyol sebanyak 300.000orang yahudi oleh raja Ferdinand yang Kristen, kemudian orang-orang yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan benua Amerika’ dikirim pertama kali oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya orang Yahudi di Sepanyol.



Pelayaran Columbus ini nampaknya diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan ‘pesan penaja’ Yahudi. Kisah selanjutnya kita tahu bahwa media massa dan penerbitan dikuasai oleh orang-orang Yahudi yang bahkan dibenci oleh orang-orang seperti Henry Ford si raja kereta Amerika itu.






Maka tampak ada ketidak-jujuran dalam menuliskan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropah menjejakkan kaki ke benua Amerika.



Dan tahukah anda? sebenarnya Laksamana Zheng He atau yang lebih dikenal dengan nama Laksamana Cheng Ho adalah penemu benua amerika pertama, sekitar 70 tahun sebelum Columbus.



Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah lebih dulu sampai ke sana. Para peserta seminar yang diselenggarakan oleh Royal Geographical Society di London beberapa waktu lalu terkejut dengan paparan seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dan lantas mendapat perhatian besar.



Tampil penuh keyakinan diri, Menzies menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur asal Cina, Laksamana Zheng He (kita mengenalnya dengan Cheng Ho). Bersama bukti-bukti yang ditemukan dari catatan sejarah, dia lantas berkesimpulan bahwa pelaut serta navigator ulung dari masa dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.






Bahkan menurutnya, Zheng He ‘mengalahkan’ Columbus dengan jarak waktu sekitar 70 tahun. Apa yang dikemukakan Menzies tentu membuat kekecohan lantaran masyarakat dunia selama ini mengetahui bahwa Columbus penemu benua Amerika pada sekitar abad ke-15. Pernyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah.



Adalah sebuah peta yang dibuat sebelum Columbus memulakan ekspedisinya lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He yang ditunjukkannya sebagai barang bukti itu. Menzies menjadi sangat yakin setelah meneliti ketepatan benda-benda bersejarah itu.



Laksamana inilah yang semestinya dianugerahi gelar sebagai penemu pertama benua Amerika,” ujarnya.



Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk penelitian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi modern seperti melalui program software Starry Night.



Dari bukti-bukti kunci yang bisa mengubah alur sejarah ini, Menzies mengatakan bahwa sebagian besar peta maupun tulisan navigasi Cina kuno bersumber pada masa pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya hingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelumnya armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.






Uraian astronomi pelayaran Zheng He kira-kira menyebut, pada larut malam saat terlihat bintang selatan sekitar tanggal 18 March 1421, lokasi berada di ujung selatan Amerika Selatan. Hal tersebut kemudian direkonstruksi ulang menggunakan software Starry Night dengan membandingkan peta pelayaran Zheng He.



Saya memprogram Starry Night hingga masa di tahun 1421 serta bagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,” ungkap Menziesyang juga ahli navigasi dan bekas komandan kapal selam angkatan laut Inggris ini. Dari sini, dia akhirnya menemukan dua lokasi berbeza dari pelayaran ini melalui catatan astronomi (bintang) ekspedisi Zheng He.



Lantas terjadi pergerakan pada bintang-bintang ini, sesuai perputaran serta orientasi bumi di angkasa. Akibat perputaran bumi yang kurang sempurna membuat pusat bumi seolah mengukir lingkaran di angkasa setiap 26 ribu tahun. Fenomena ini, yang disebut presisi, berarti tiap titik kutub membidik bintang berbeda selama waktu berjalan. Menzies menggunakan software untuk merekonstruksi posisi bintang-bintang seperti pada masa tahun 1421.



Kita sudah memiliki peta bintang Cina kuno namun masih memerlukan penanggalan petanya,” kata Menzies. Saat sedang bingung memikirkan masalah ini, tiba-tiba ditemukanlah pemecahannya. “Dengan kemujuran luar biasa, salah satu dari arah yang mereka lalui, yakni antara Sumatra dan Dondra Head, Srilanka, mengarah ke barat.”



Bagian dari pelayaran tersebut rupanya sangat dekat dengan garis khatulistiwa di Laut Hindi. Adapun Polaris, sang bintang utara, dan bintang selatan Canopus, yang dekat dengan lintang kutub selatan, tercantum dalam peta. “Dari situ, kita berhasil menentukan arah dan letak Polaris. Sehingga selanjutnya kita boleh memastikan masa dari peta itu yakni tahun 1421, plus dan minus 30 tahun.”



Atas temuan tersebut, Phillip Sadler, pakar navigasi dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, mengatakan perkiraan dengan menggunakan peta kuno berdasarkan posisi bintang amatlah dimungkinkan. Dia juga sepakat bahwa agakan waktu 30 tahun, seperti dalam pandangan Menzies, juga masuk akal.






Selama ini, masyarakat dunia mengetahui Zheng He sebagai penjelajah ulung. Dia terlahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Wilayah Yunan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah bagian dari warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.



Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Sementara Zheng He sendiri membesar dengan banyak mengadakan perjalanan ke sejumlah wilayah. Dia adalah Muslim yang taat.



Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah ada jauh sebelum masa dinasti Ming. Pada saat pasukan Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.



Zheng He pun dijadikan sebagai pelayan putra mahkota yang nantinya menjadi maharaja bernama Yong Le. Maharaja inilah yang memberi nama Zheng He hingga akhirnya dia menjadi salah seorang panglima laut paling termashyur di dunia.



nota: semoga dengan info ini dapat membuka minda saudara-saudara kita yang terlalu naif tentang sejarah perkembangan Islam dan kuasanya. Senang cakap, di mana saja tanah yang pernah dijajah oleh kuasa asing barat, di situ adalah tanah umat Islam.



sumber











Tuesday, August 16, 2011

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah:

1.) Dia bekerja dengan Tuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........







Sunday, August 14, 2011

Kencing Bercabang


Selingkar Kisah 1

Masa makin hampir.. gua punye gabra Tuhan saja yang tahu. Tujuh yang ada sudah bersiap sedia, aku selaku tuan rumah harus pergi dahulu. BERKHATAN.

"Pagi esok kencing bercabang la mu jae"

"hahahahaha" ramai.

Aku diam tak paham, mini operation yang baru siap melegakan. Tak sakit pun, tipu je semua orang. 3 jam selepas ubat bius abis. adoiiiiiiiiiiiii!!!!! 2 hari pertama, aikkk ok je, xda bercabang pun, lagi skali aku rase kena kencing sampai hancing.

Hari ketiga, elok2 mencangkung, teran.... Seketika, aikkk rasa pelik. Teran lagi, x kuar gak. Maaaaaa, bakpo ni!!!!!!!!!! Datang abang aku, ajar skit2, ok dah kuar, errrr bercabang, ok dah paham....


Selingkar Kisah 2

"Mu kencing bercabang lagi jae!!"

Seorang rakan memberi gelaran tersebut kepada aku. Aku pada mulanya terpinga-pinga. Kencing bercabang? Buat donno, aku teruskan main bola kat kampung. Masa umur sekitar belasan tahun lagi. Kenapa muncul perkataan itu, aku dah lupa.


Selingkar Kisah 3

Bila dah abis blaja, ramai yang dah kawin. Aku masih tatau apa nak jadi masa depan. Tak terfikir langsung apa yang dilalui. Member dah ramai dapat anak.

Seronok bila berkumpul ramai-ramai dengan kawan lama. Masing-masing menayang kereta, kerjaya dan anak masing-masing. Aku pun dengan selamba ada jugak bercakap hal keluarga, ebendo belum kawin, menyampuk sana sini. Bercakap dari teori bukan fakta atau realiti. Banyak juga dari, errrr Permata Yang Hilang?

Maka, keluarlah sindiran...

"Mu kencing cabang lagi jae, tatau mende lagi".

Tajam lagi menghiris.


Selingkar Kisah 4

Umur aku dah melangkaui 31. Kawan rapat aku hanya ada 2 orang saja lagi tak kawin, tapi kerjaya mereka cemerlang. FB menjadi wadah memperlihat kejayaan dan kemajuan hidup masing-masing.

Akhirnya, aku sendiri yang berkata kepada diri sendiri.

"Mmmm, betul la, aku masih kencing bercabang!!".









Selingkar Kisah Wardina...



Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya pernah melihat ramai teman rapat yang berubah.
Sehingga terlalu ketara perubahan tersebut.
Jangan harapkan balasan, ingatlah Allah yang memberi hidayah, bukan kita.
Termasuk aku yang masih dalam golongan jahil.




Kenapa makin kurus???

Sekarang, pegi je mane2, semua org akan tanye:

1.Kenapa nampak kurus jae?
2.Guane napok kurus ngat ni?
3.Bakpo napok kurus ni jae?

MMmmmm....

yess, dah setahun, berat badan aku makin menyusut, x pernah naik selepas mencapai yang tertinggi 72kg 2 tahun lepas. anyone pun tatau y including me.




Thursday, August 11, 2011

Salam takziah untuk Bos

Hari ni, 11 Ogos 2011, 11 Ramadhan, Bos aku Prof Lokman kehilangan adikknya. Adik beliau mengalami sesak nafas, beliau memandu sendiri ke klinik Balqis, kawasan asrama UMT.


Alhamdulillah, tadi berkesempatan melihat jenazah sekujur tubuh beliau, Al Fatihah. Tenang dan mudah beliau pergi di kala bulan yang sangat mulia ini. Anak-anak hanya menangis tanpa dapat mengerti dan memikirkan masa depan masing. Semoga Allah melindungi anak-anak yatim ini, insyaAllah. Di luar, si isteri yang sudah menjadi balu, tetap menerima pelukan semangat dari rakan masing-masing.


Arwah baru berumur 34/35. Masih muda, anak-anak masih kecil, tetapi sudah dipanggil Ilahi, kerana itu sudah ketentuan umurnya setakat itu sahaja. Alhamdulillah, beliau pergi dengan ramai orang menyayangi beliau.


InsyaAllah, tiba giliran, orang yang menyayangi aku akan datang dan menyedekahkan bacaan doa, itu sahaja pintaku. Pemergiannya cukup memberi kesan, sehingga termenung dibuatnya. Ramai btul skang yang pergi dengan umur yg begitu muda, begitu juga kwn2 aku yg bala skali, sudah ramai yang pergi. Ada yang sudah pergi sebelum kawin, dan ada yang pergi belum mempunyai zuriat, malahan ada yang baru sahaja dianugerahkan keturunan....

Monday, August 8, 2011

Rahmat Ramadhan ke 8 - jumpe kwn lama, abby!!

Pagi tadi, saje kemas-kemas bilik, sebagai persediaan untuk pindah bangunan opis baru. Dengan brg yg sgt banyak, dan brg pemilik yang belum dikembalikan, entah bila dapat tunaikan jnji dgn brg sebanyak itu. Kemudian terjumpa kotak rokok, rokok yang seludup (hehehe) y diberikan Abby masa dia kerja kt port dulu. Aku jdkan rokok tu sbg kenangan... sampai skang!!!

Kemudian.. ptg td, dpt sms dari abby, dia br smpai kt KT, ada kije kat Merang Suria dan Bachok. Mmg terkejut, sudah bertahu kami tidak berjumpe.

Mlm ni kami sembang di rumah aku, dari maghrib sampai la hampir pukul 11. Seronok, mcm kembali zaman belajar dulu. Kami sebenarnye hosmet kt Tmn Uda Tok Jembal, dia final year, aku br abis blaja, jd RA mase tu.

Seronok betul... bile dpt jumpe kwn2 lama.Kwn2 waktu susah dan senang!!!!







Saturday, August 6, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 2011

Salam, walaupun terlambat, tidak salah rasanya saya ingin mengucapkan Selamat Bepuasa kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Maafkanlah segala kesalahan saya. Sesungguhnya, kasih dan sayang sangat global dan subjekif.

Maka, maafkanlah saya dan saya maafkan semua umat Islam.

Saya sayang sesiapa sahaja yag menyayangi saya :)