Tuesday, December 27, 2011

ADAB-ADAB SUAMI/ISTERI TERHADAP ISTERI/SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG


Abdullah bin Mas’ud pernah berkata: Empat perkara yang menggelapkan hati iaitu:

1.Perut yang kenyang tanpa perhitungan.
2.Berkahwin dengan orang yang melakukan aniaya.
3.Melupakan segala dosa yang telah lalu tanpa insaf.
4.Panjang angan-angan.

Menurut para ahli sufi:

Menurut para ahli sufi, iaitu mereka yang amat mengambil berat tentang bahan makanan, bahawa makanan yang dimakan oleh ibu yang sedang mengandung akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan pembinaan daging dan darah anak dalam kandungannya hingga ia lahir dan memberi kesan kepada perangai dan tingkah laku. Diantara kesan yang mereka amati hasil pengalaman dan penelitian terhadap perkembangan generasi dalam masyarakat ialah:

a)Jika makanan itu haram, maka mengakibatkan jiwa seseorang itu menjadi kotor (dijangkiti sifat mazmumah) sehingga mengganggu ketenangan jiwanya, menjadikan ia gelisah dan tidak tenteram.
b)Berat melakukan ibadah.
c)Hati yang kotor itu akan menjadi keras sehingga menjadi kesat dan lahirlah sifat-sifat mazmumah seperti dengki, suka membantah, kasar dan lain-lain.

Menurut pakar jiwa:

Jika ibu memakan makanan haram atau syubahat ketika mula atau sedang mengandung, mengakibatkan kesan sampingan yang buruk kepada anak-anak.
a)Anak-anak akan cenderung mencuri.
b)Anak-anak akan cenderung kepada makan dan minum yang haram juga, seperti suka minum arak, dadah dan lain lain.
c)Anak-anak akan cenderung membuat kerosakan dan merusuh.
d)Anak-anak akan mempunyai kecenderungan kepada perakara immoral, bergaul bebas, dedah aurat dan lain-lain. Jika telah dewasa mereka cenderung kepada seks bebas, berzina dan lain-lain.

ADAB-ADAB SUAMI TERHADAP ISTERI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

a)Lebihkan menunjukkan kasih saying dan simpati sehingga ia merasakan ada pembela.
b)Selalu memberi nasihat yang baik yang boleh menguatkan semangat dan jiwanya.
c)Hendaklan berlaku jujur.
d)Jika ada tanda akan timbul krisis, tenang dan selesaikan segera.
e)Jangan mentalak isteri ketika mengandung. Sebab itu Islam mengharam mentalak isteri ketika mengandung, kerana boleh mengganggu fikiran dan perasaanya dan memberi kesan kepada anak dalam kandungan.

ADAB-ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI KETIKA IA MENGANDUNG

a)Mentaati, menghormati dan mengasihi suami.
b)Jika terasa hendak memarahi suami, tahan perasaan itu, bertenangd an bersabar.
c)Tidak cerewet dan membuat banyak karenah terhadap suami dan rumah tangga.
d)Jaga perasaan, jangan sampai menyintai orang lain selain suami, kerana nanti melahirkan anak yang curang dan suka berasmara serta pergaulan bebas. (Tiada pada suami, mungkin kerana suami boleh berkahwin sehingga 4).
e)Jaga lidah, jangan mengumpat, mencaci suami atau keluarganya dan juga orang lain.
f)Jaga mata daripada melihat lelaki lain selain suami.
g)Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
h)Menghargai nasihat dan pandangan serta ibubapanya (mertua).











No comments: