Friday, December 9, 2011

Bangsa Siam, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi.



"Jika peta di atas dijadikan rujukkan, kitalah bangsa di Benua Siam dengan rumpun yang pelbagai. Teks Undang-Undang Kedah tidak menyebut negeri Siam tetapi menyebut Benua Siam. Kalau hari ini kita katakan dalam ruang sempadan peta Malaysia, “Malays is Malaysian”. Jadinya, dengan merujuk kepada peta tahun 1730 diatas “Siam tentulah Siamese”.






Kita lah rakyat Benua Siam itu, ia tidak terhad kepada raja-raja sahaja. Kita adalah warga benua Siam itu dari pelbagai rumpun yang tinggal di dalam benuanya seperti Jawa,Acheh, Minang, Bugis, Sunda, Malanau, Dayak,dll. Jika dulu kita dikenali sebagai Siam, tetapi hari ini kita dikenali sebagai Melayu, Melayu yang terdiri dari pelbagai rumpun. Melayu pada zaman dahulu adalah bahasa untuk menyampaikan syiar islam di seluruh nusantara dan jawi pula adalah tulisannya. Hari ini, Melayu telah menjadi bangsa dan rumi pula adalah teks tulisannya.






Adat raja-raja di BENUA SIAM, di atas itu lah petanya. Meminang dengan tepak sireh dan cincin sebentuk pun adat siam?. Yang mana dahulu, yang mana kemudian, Siam ke Melayu? Bagi kami, Melayu itu rakyat benua siam asalnya.Sila klik untuk besarkan.



Kedatangan Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah I ke no-san-ta-ra bermaksud, pucuk-muda-mula-bercambah (pucuk muda ialah syiar islam) adalah di atas perintah Maharaja Cina Sai Tee Sungyang telah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi.Jelasnya, jika ulamak dan syiar islam telah sampai ke negeri Cina, bahasa Arab sudah pasti turut di pelajari di sana. Adakah orang siam ini kuat Islammya dan turut menggunakan perkataan Arab untuk merujuk kepada bangsa mereka yang dikatakan warak? Sebagai contoh di dalam UUK, keturunan Raja Besar Benua Siam Islam ini turut menggunakan gelaran Maulana dan Khalifah. Mengenai undang-undang pula, sesiapa yang tidak berpuasa, sembahyang lima waktu dan sembahyang jumaat “..apabila ia keras (melawan), suruh tangkap dan bawa ke masjid,kekang lehernya”,ms18. Banyak lagi contoh-contoh lain yang terdapat dalam UUK.



Illustrasi Sheikh Huang Tee yang dipetik dari blog sejarah maharaja China. Dari benih manakah Sheikh ni berjambang? Setahu kami orang china ni jangan kata nak berjambang, nak bermisai pun payah.

Menurut wasiat dari TNL Kassim, Maharaja Cina Sai Tee Sung tidak terkejut dengan kedatangan Saad bin Waqas untuk menyebarkan syiar islam. Rupa-rupanya, mereka di cina ketika itu masih lagi mengamalkan agama Allah tinggalan zaman Sheikh Huang Tee (yang bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius). Sheikh Huang Tee (Huang Tee bermaksud maharaja) adalah juga dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Setelah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650m, Sai Tee Sung telah mengutuskan cucunya Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan syiar islam ke nusantara. Cucu baginda Merong Mahawangsa iaitu Khalifah Sayyidina Ali ketika menjadiRaja di Acheh telah bertindak menulis Undang Undang Kedah dalam tahun812 masihi/222hijrah.



Muka surat terakhir UUK. Sial klik untuk besarkan.



HMMW ialah ringkasan untuk Hikayat Merong Maha Wangsa, klik untuk besarkan. Jelas, bukan raja thai yang membuka negeri Siam tetapi raja siam Islam. Sila klik untuk besarkan.


Semakin jelas kepada kita dalam artikel kami sebelum ini bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa thai yang mana hari ini memerintah di Thailand. Bagi kami bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dalam tahun 1767melalui Raja Thai Buddha, Rama I Yotfa Chulalok. Pada mulanya, mereka memerentah tanpa menukar nama negara Siam kepada Thailand secara resmi. Oleh itu kita menyangka bahawa Siam itu beragama Buddha dan bertindak menyerang Patani, Kedah sekitar tahun 1800an dahulu. BUKAN SIAM YANG MENYERANG KITA, TETAPI PUAK SUKHOTHAI PENJAJAH NEGERI SIAM ISLAM ! Dengan bantuan penjajah Inggeris mereka memusnahkan tinggalan sejarah kita yang mana kini sudah mula ditemui semula di Lembah Bujang.

Mereka bertindak kejam dengan membunuh waris, walaupun masih dalam kandungan ibu. Ini adalah tindakan puak yang tidak bertamaddun yang berjaya beroleh kuasa lalu mahu kekal dengan kuasa itu. Mereka membunuh Khalifah Syarif Abu bakar Syah di istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821namun gagal membunuh anakandanya Sultan MudZaffar Syah III kerana baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar. Tentangan hebat di berikan olehSyed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang dikatakan Sultan Kedah telah melarikan diri ke Melaka dengan bantuan Inggeris.

Puak musuh thai penjajah negeri Siam ini berasal dari puak Suk-kho-thai, bermaksud puak-musuh-kafir. Hingga ke hari ini orang-orang Siam di kedah masih menyebut kafir dengan sebutan tai. Thai kemudiannya menukar nama negara Siam Islam kepada Thailand sempena nama bangsa mereka. Hari ini setelah rakyat mereka mengetahui sejarah sebenar, mereka membuat demonstrasi jalanan, ahli politik mereka turut mengetahui sejarah realiti, mulalah mereka sibuk ingin menukar nama Thailand kepada Siam. Mereka lupa satu perkara, Siam dahulunya adalah sebuah kerajaan Islam.

“Satu hal yang agak anih ialah di antara penduduknya terdapat ramai orang keturunan Melayu (tetapi tidak boleh bercakap Melayu lagi). Terdapat banyak kampung Melayu, dan tidak kurang masjid-masjid di kawasan Ayyuthaya.”
http://business.fortunecity.com/rocke/24/thai5.html

Semua ini dulunya dilakukan dengan pertolongan penjajah Inggeris yang sememangnya ingin menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah dan empayar Islam yang lain. Di peringkat dalaman penjajah Inggeris mendapat sokongan raja-raja Melayu yang di lantik oleh mereka (memerintah negeri-negeri Selat). Kami katakan di sini bahawa Raja-raja Melayu yang dilantik penjajah Inggeris dan thai telah engkar kepada Yang Di Pertuan Kedah (hari ini Yang Di Pertuan Agong) ketika itu, demi tamakkan kuasa dan harta.

Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLANDdan satu lagi dinamakan TANAH Melayu.


Peta semenanjung di zaman penjajahan Inggeris (sudah dikenali sebagai Malaya) masih menunjukkan wilayah di utara semenanjung berada di bawah penguasaanYang Di Pertuan Kedah hingga ke Ser Genting Kra (bukan negeri-negeri Selat).

Terdahulu mereka telah menjatuhkan Empayar Monggol Islam di Indiadan sudah tiada halangan bagi mereka mencaturkan semula sejarah negara kita. Queen mereka dinobatkan sebagai Ratu India. Adakah semua ini tohmahan kosong saja dari kami. Ingin tahu konspirasi mereka dengan lebih lanjut dan teliti, sila singgah untuk membaca dan menonton video YouTube di “The Malay Press” dan “mistisfiles” di url berikut…(excellant reading materials !) http://mistisfiles.blogspot.com/







No comments: