Tuesday, December 13, 2011

Jika Ku Salmi Seorang Isteri... (Tentang Dhia)




Dulu, cukup benci dengan watak Melly. Jahatnya sangat pelik, seperti melakukan sesuatu langsung tidak memikirkan impak yang akan berlaku selepas itu. Kemudian, watak Melly jadi menarik. Jahat, tapi unik. Sehinggakan watak beliau pula yang ditunggu-tunggu berbanding watak utama. Frust juga jadinya jika episod yang tiada watak Melly.

Sehinggalah tiba episod di mana Ku Salmi (mak Zikir) mengaku membunuh suami sendiri. Terkejut kejap. Rupanya menggunakan bomoh yang boleh memalsukan kematian, dan seseorang itu akan lemas di dalam kubur.

Jahatnye kemain, sehingga tergamam. Macam tak percaya kebergantungan beliau kepada industri perbomohan. Zaman ini.

Kemudian terfikir, apa nak buat kalau dapat isteri macam ni. Ada dua:

1. Kalau aku kena macam suami beliau, aku takkan maafkan sampai alam kubur, aku takkan maafkan sampai di padang mahsyar pun. Bayangkang hidup seseorang menjadi pendek hanya kerana dibomoh isteri sendiri. Bayangkan... bila tersedar dari sihir, diri berada dalam liang lahad yg gelap, dan kemudian mati kelemasan, betapa seksanya suami beliau.

2. Kalau aku kena macam suami beliau, mungkin aku boleh maafkan beliau sejajar dengan saranan supaya kita mudah memaafkan orang lain. TAPI, akhirat nanti, sila cari suami lain. AKu malu untuk mengaku sebagai isteri kepada penghuni akhirat lain. Aku sanggup hanye berteman bidadari, walaupun mungkin teman lain isteri masing2 dicantikkan berkali ganda berbanding bidadari. Itupun jika dapat masuk syurga dengan rahmat Allah, insyaAllah.

Berhati-hatilah, kita hidup hanya sekali.... Jangan kerana cinta/kasih sayang/ tamak membinasakan masa depan. Lebih-lebih lagi perbuatan yang buat masuk neraka selama-lamanya.

Nauzubillah.







1 comment:

mimi said...

Hahaha..kuat pengaruh mung...hahahaha..