Tuesday, January 31, 2012

Nasib tulisan jawi semakin membimbangkan - Pakar


KUALA LUMPUR - Seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang 'tenat' dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

"Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Saturday, January 21, 2012

Keajaiban hadis lalat mendahului kajian saintifik




Keajaiban Hadis Lalat Mendahului Kajian Saintifik

Pernahkah anda mendengar Hadith Rasulullah SAW mengenai Lalat,di dalam sebuah hadith Baginda SAW menjelaskan bahwa jika ada lalat yang jatuh ke dalam minuman, kita hendaklah mencelupkan lalat tersebut sepenuhnya ke dalam minuman kemudian membuangnya, kerana diantara salah satu sayapnya mempunyai racun dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penawar.

Hadis Lalat Dan Sains

Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah. Benarkah pada lalat terdapat punca-punca penyakit serta penawar?

Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali sebagai Musca domestica. Lalat ini mudah ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Luther West dalam buku The Housefly – Its Natural History, Medical Importance, And Control, terbitan New York pada tahun 1951, menyatakan lalat jenis Musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila nabi bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang lalat dari jenis ini.

Lalat buah atau fruit-flies yang kadang kala dikenali juga sebagai lalat arak atau wine flies serta lalat cuka atau vinegar flies, juga banyak terdapat di Timur Tengah. Jenis yang agak terkenal daripada kumpulan ini ialah yang bernama Drosophila melanogaster. Kajian di dalam bidang entomologi mendapati lalat jenis ini jinak dengan manusia dan sering terdapat di kawasan buah-buahan yang banyak berlaku proses fermentasi. Justeru, arak merupakan tarikan kepada lalat jenis ini. Di samping itu ia juga menyukai suhu yang tinggi seperti yang disebutkan oleh Harold Oldroyd dalam buku The Natural History of Flies.

Mekah dan Madinah mempunyai suhu yang tinggi. Persekitarannya subur dengan pohon-pohon kurma dan anggur dan kedua-dua ini digunakan untuk membuat arak. Minuman arak, apatah lagi di zaman jahiliah, merupakan budaya hidup orang-orang Arab. Tidak akan meriah sesuatu majlis tanpanya.

Orang Arab begitu memuja arak hinggakan bahasa arab mempunyai lebih kurang 250 kalimat yang melambangkan arak. Hal ini disebutkan dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Ketika Islam datang arak belum diharamkan. Islam hanya mengharamkannya selepas berlakunya hijrah ke Madinah dan selepas diwajibkan ibadah solat. Justeru, persekitaran yang seperti ini yang kaya dengan arak cukup sesuai untuk pembiakan lalat Drosophila melanogaster.

Apa yang signifikan ialah, lalat daripada kedua-dua jenis ini, iaitu Musca domestica dan Drosophila melanogaster (terutamanya Drosophila melanogaster), menjadi bahan kajian utama para ahli sains pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar baginya. Justeru, fokus nabi tentang lalat dalam konteks penyakit dan penawar, amat relevan dengan isu kesihatan dan perubatan pada hari ini.

Lalat dan Penyakit

Sabda nabi yang bermaksud, “Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit,” adalah satu pernyataan umum yang menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia. Ia juga mengisyaratkan bahawa lalat mengandungi banyak kuman yang memudaratkan.

Sabda nabi ini hanya dapat difahami pada abad-abad terkemudian. Pada tahun 1577, Mercurialis melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit kepada manusia, tetapi pendapat ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti.

Hanya pada abad kesembilan belas sahaja kajian yang mendalam dilakukan untuk mengesahkan perkara ini, contohnya, kajian yang dilakukan oleh Profesor J. Leidy pada tahun 1871. Beliau yang merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda kuman berbanding luarannya. Hal ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.

Pada tahun 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai ‘serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selama ini’. Lalat dikenal pasti sebagai agen pembawa penyakit demam kepialu, taun, cirit birit, sakit mata, dan banyak lagi.

Lalat Memiliki Penawar

Sabda nabi, “Dan pada sebelah sayap (lalat) ada penawar,” menunjukkan, walaupun lalat ialah agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sama juga memiliki penawar serta bahan anti kuman yang bermanfaat bagi manusia.

Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.

Sebelum itu, pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria di dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku The Housefly – Its Natural History, Medical Importance, And Control oleh Luther West.

Penemuan sains pada abad ke-20 juga menyedarkan manusia tentang betapa benarnya sabda nabi yang bermaksud, “Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar.” Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva (maggots) amat bermanfaat pada manusia.

Sebagai contoh, M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii.

Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.

Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di www.soundmedicine.iu.edu.

Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.

Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr. Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al-Tibb al-Nabawi fi Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic Medicine in the Light of Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan tentang satu eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabîh Da’ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh. Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur.

Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. Selepas itu disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali.

Dr. Nabîh Da’ish mendapati kuman terus hidup dan membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. Dalam kultur yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat. Penemuan ini menunjukkan pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat ke dalam cecair. Ia selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini. (Untuk perincian sila baca buku ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin, terbitan PTS Publication).

Wallahu’alam…

Melayu Proto nenek moyang masyarakat dunia: Pengkaji

Seorang pengkaji asal-usul bangsa Melayu, Zaharah Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini berkata kajian arkeologi dan genetik boleh menunjukkan bahawa golongan Melayu Proto yang tinggal di Pentas Sunda merupakan nenek moyang kepada masyarakat dunia hari ini.

Dalam pembentangannya di satu persidangan hari ini, Zaharah menunjukkan bahawa penduduk di Pentas Sunda itu berjaya menyelamatkan diri daripada letusan besar gunung berapi Toba pada 75,000 tahun dahulu.

Penduduk seramai kira-kira 10,000 itu dan berjaya menyelamatkan diri kerana berada di Pentas Sunda – yang kini membentuk Asia Tenggara.

Golongan berkenaan yang berhijrah dari Afrika itu kemudiannya terpaksa berpindah lagi ke India, China, Jepun dan Amerika dan juga ke seluruh pelusuk dunia, bermula 50,000 tahun kemudian akibat pemanasan dunia.

Pemanasan dunia itu menyebabkan Pentas Sunda berpecah kepada kepulauan, menurut beliau lagi.

Teori berkenaan sekali gus menafikan satu lagi teori yang timbul sebelum ini bahawa orang Melayu berasal dari Yunan atau dari kalangan penanam padi Taiwan yang berhijrah ke kepulauan ini.

Teori ini disokong oleh pakar antropologi genetik Stephen Oppenheimer yang menunjukkan bukti bahawa Orang Melayu dan Orang Asi berasal dari Asia Tenggara.

Kajian DNA yang dilakukannya ke atas masyarakat Melayu, Semang, Senoi dan Orang Asli lain menunjukkan bahawa 44 peratus daripada nenek moyang komuniti berkenaan telah tinggal di kawasan ini sejak lebih 25,000 tahun dahulu.
Malaysiakini

Thursday, January 19, 2012

Siapakah yang dimaksudkan dengan WaliulLah atau Tok Wali?



Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Wali adalah perkataan mufrat ataupun singular, kata prural atau jamaknya adalah auliya’. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna ‘amat hampir’. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT.

Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah ‘adaawah’ yang beerti bermusuh.

Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar ‘aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.

Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.

“Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).

Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan.

Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, “Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan.” Itulah gambaran waliullah oleh Ali.

Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

“Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, ‘mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT.” Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi.

Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, “Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).

Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.

Firman Allah (mafhumnya), ” Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan.”
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).

Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.

Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.

Adolf Hitler

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.



Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya.

http://drmaza.com/home/?p=542


Fakta Menarik | Anggota Badan, Organ Di Bawah Mikroskop

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda. Menakjubkan...

Telur/ovum dengan sel korona



Sperma di atas telur/ovum



Vilus dalam usus



Sel darah merah



Hujung rambut yang pecah



Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)

Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.

Assalammualaikum.

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.

Wallahu A’lam.

Wednesday, January 18, 2012

Al Quran Terbesar di Dunia

Selama lima tahun, sekumpulan ahli kaligrafi Afghanistan di bawah bimbingan Mohammad Sabir Khedri berjuang keras untuk membuat Al Quran terbesar di dunia.

Setelah melalui perjalanan panjang, Al Quran tersebut akhirnya dirasmikan di Perpustakaan Hakim Nasir Khosrow Balkhi yang terletak di kota Kabul, Khamis (12/01/2012).

Al Quran gergasi ini seakan membuktikan kepada dunia bahwa perang yang berkecamuk selama 30 tahun terakhir di Afghanistan tidak pernah menghancurkan peradaban Islam di tempat tersebut. (Foto: REUTERS/ Mohammad Ismail)





Ahli kaligrafi, Mohammad Sabir Khedri (tengah), memberikan penerangan tentang Al Quran terbesar di dunia kepada pejabat Afghanistan di kota Kabul, Khamis (12/01/2012). Foto: REUTERS/ Mohammad Ismail



Murid ahli kaligrafi, Mohammad Sabir Khedri, berdiri di dekat Al Quran terbesar di dunia ketika upacara perasmian di kota Kabul, Afghanistan, Khamis (12/01/2012). Foto: REUTERS/ Mohammad Ismail

Tunjuk bukti Hang Tuah wujud, kata Khoo Kay Kim

8:04PM Jan 18, 2012

Matlamat menjadi tamadun moderat tidak akan tercapai jika subjek sejarah terus dipinggirkan oleh pelajar di negara ini, kata tokoh sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau juga berasa bingung dengan situasi yang berlaku di negara ini sekarang apabila ramai pelajar tidak tahu sejarah negara, sedangkan subjek itu merupakan ibu kepada segala bidang.

"Memang amat menyedihkan, ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil, tetapi kita amat bagus berkonfrontasi. Tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor, siapa yang pertama menjadi penjawat awam, mereka tidak tahu...90 daripada 100 kali ditanya mereka tidak dapat jawab," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Peranan Pendidikan dalam Menyuburkan Kesederhanaan" di Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM).

Khoo juga mendedahkan bilangan pelajar yang mengambil subjek sejarah semakin merosot, di mana Jabatan Sejarah di Universiti Malaysia yang sebelum ini menerima 1,300 pelajar setahun kini hanya disertai tidak lebih 300 penuntut.

Pada masa yang sama, Khoo berkata adalah penting bagi subjek itu diberi penekanan daripada segi fakta bukan unsur mistik.

"Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah, Hang Jebat yang mereka fikir amat penting. Jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya, padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik.

"Di Kuala Lumpur misalnya, ada Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat tetapi tidak ada Jalan Sutan Puasa (dan) beliau pemimpin Mandailing, yang pertama membuka KL (Kuala Lumpur)," katanya yang menyarankan kajian semula subjek sejarah.

Ditemui selepas itu, Khoo berkata bagi menghasilkan masyarakat moderat, sistem pendidikan harus memberi lebih penekanan kepada nilai murni bagi mengelakkan pelajar menjadi bangsa materialistik.

"...kalau kita sebut perkara itu (nilai murni) kepada mereka di universiti, mereka akan ketawa, yang mereka mahu ialah cara yang paling cepat untuk jadi kaya, materialisme sudah begitu penting dalam masyarakat kita," katanya.

Ditanya sama ada konsep kesederhanaan dapat dilaksanakan dalam sistem pendidikan, Khoo berkata perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pelajar sentiasa diberi nasihat yang sewajarnya sepanjang masa.

"Kalau kita nak mengutamakan aspek itu kita perlu meyakinkan murid-murid kita supaya mereka seharusnya lebih sabar, jangan nak bergaduh sahaja," katanya.

- Bernama

Tuesday, January 17, 2012

Mata manusia apabila di zoom in

MAHA SUCI ALLAH.....









Khoo Kay Kim Dakwa Hang Tuah Bersaudara Dan Hang Li Po Tak Pernah Wujud!


Masyarakat Malaysia secara amnya mengetahui tentang sejarah negeri Melaka biar pun ada yang bukan berasal dari negeri tersebut.

Antara yang paling kerap diperkatakan ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang Li Po semestinya.

Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477.

Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Kisah lima sahabat yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan kepada raja dan negeri mereka itu menjadi terkenal dan sering diceritakan semula oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun sejarawan terkenal, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Station (BFM) mendakwa sebaliknya.

Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.

Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.

“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.

Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia menyatakan kewujudan lima pahlawan Hang tersebut.

“Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita sejarah menceritakan semula sejarah ini berdasarkan ‘cerita’ dan bukannya bukti,” tambahnya.

Untuk menguatkan lagi dakwaannya, Kay Kim memberitahu ahli-ahli sejarah telah pun menjalankan penyelidikan yang bersungguh-sunguh tentang dakwaan cerita sejarah tersebut.

“Kita memang mempunyai banyak cerita tentang sejarah ini. Hanya baru-baru ini, ahli-ahli sejarah telah bersusah payah melakukan penyelidikan sejarah awal negeri Melaka itu dan mendapati banyak cerita-cerita yang dimaklumkan pada masa lalu tidak dapat dibuktikan, “katanya.

Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.

Sumber: http://kulaanniring.blogspot.com/2012/01/khoo-kay-kim-dakwa-hang-tuah-bersaudara.html

Monday, January 16, 2012

Gurauan bunuh pemimpin negara - Mahasiswa makin hilang senstiviti di internet?

Budak2 memang sekarang ni tak fikir panjang betul. Memanglah zaman sekarang dunia tanpa sempadan. Tapi setiap perkataan perlu di fikirkan sedalam-dalamnya. Apakah setiap perkataan itu boleh dibawa BERGURAU? Bergurau ugutan bunuh kepada pemimpian utama negara itu dianggap bboleh BERGURAU atau DIPERSENDAKAN? Fikir la sikit, nasib baik polis lepaskan untuk ambil peperiksaan, kalau tak, tambah 1 sem lagi???? Nampak sangat tak fikir panjang....

Huru hara sekejap, padahal banyak lagi masalah lain yang perlu masyarakat fikir. Lagi besar daripada memikirkan gurauan bodoh itu.

DULU



SEKARANG



SINAR HARIAN - Polis: Ugutan pelajar USM serius, motif hasut

GEORGETOWN – Penuntut tahun empat Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditahan kerana menulis kenyataan berbaur ugutan di laman sosial ‘Facebook’, disiasat secara menyeluruh membabitkan setiap aspek.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, siasatan dilakukan kerana polis beranggapan kenyataan penuntut itu adalah serius berikutan mengandungi motif menghasut serta menimbulkan kemarahan pihak lain.

“Pelajar tahun empat pengajian kejuruteraan universiti itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) semalam (Ahad).

"Siasatan dilakukan seluruh aspek memandangkan pengetahuan kejuruteraan serta rangkaian hubungan pelajar itu perlu dinilai bagi memastikan keseriusan motif kenyataan itu dilakukan," katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang semalam.

Menurutnya, walaupun penuntut itu mengakui tindakan mengemas kini status di laman Facebook miliknya itu hanya gurauan, namun polis tidak boleh mengambil mudah isu berkenaan kerana ia melibatkan pemimpin negara, yang sekali gus mampu boleh menyebabkan suasana porak peranda.

Bagaimanapun dia dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkannya mengambil peperiksaan akhir semester yang sedang berlangsung.

“Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu untuk mengenal pasti tujuan pelajar terbabit berbuat demikian, sama ada benar gurauan ataupun tidak.

"Kes ini akan disiasat di bawah seksyen ini sehingga kita dapat penemuan hasil siasatan. Jadi setakat ini kita benarkan dia menghadiri peperiksaan pada hari ini (semalam) dengan jaminan polis. Kita juga tidak mahu mengganggu dia mengambil peperiksaan,” katanya.

Ayub berkata, penuntut itu akan disiasat jika diperlukan selepas tempoh satu bulan dan akan dipanggil untuk membantu siasatan pada bila-bila masa jika polis memerlukannya.

Beliau turut mengesahkan tiga laporan polis dibuat terhadap penuntut itu berkaitan kenyataannya itu.

“Pengguna laman sesawang dan sosial dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mengemas kini dengan maklumat berbaur ugutan atas alasan bergurau kerana ia boleh mengakibatkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang sekiranya didapati mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Penuntut USM kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis semalam untuk diambil keterangan berhubung tindakannya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.

Dalam statusnya itu, penuntut berusia 24 tahun mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.

Antara yang ditulis penuntut itu ialah "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."

Sementara itu, Naib Canselor USM, Datuk Dr Omar Osman dalam kenyataannya berkata, USM memandang serius kes pelajar yang meletakkan kenyataan tidak sewajarnya yang boleh mengancam keselamatan dalam media sosialnya.

“USM menghargai tindakan pihak berkuasa dan akan bekerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang negara. USM tidak akan berkompromi dengan perbuatan seperti ini.

“Pelajar, warga universiti dan semua pihak dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati serta sedar implikasi terhadap apa yang diletakkan di dalam media sosial apatah lagi apabila ia boleh mengancam keselamatan individu, masyarakat dan negara walau atas apa alasan sekali pun,” katanya.

SIAPA WANITA CANTIK?



Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah

2.Tersenyum saat tertekan

3.Tertawa saat hati sedang menangis

4.Tabah di saat terhina

5.Mempersona kerana memaafkan

6.Mengasihi tanpa balasan

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU



1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.


2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.


3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.


6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.


sumber : http://syurga-bidadari.blogspot.com/

Melaka batal caj warisan lima peratus, perkenal caj RM2

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka hari ini membatalkan caj warisan lima peratus terhadap penginap hotel, rumah tumpangan dan inap desa di negeri itu dan menggantikannya dengan caj RM2.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pembatalan caj itu berikutan bantahan daripada pengusaha hotel, rumah tumpangan dan inap desa yang merasakan caj itu memberi impak negatif kepada perniagaan mereka. "Perbincangan dilakukan hari ini bersama semua wakil pengusaha hotel, rumah tumpangan dan homestay (inap desa) yang mana semua setuju untuk melaksanakan caj warisan baru ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Pelaksanaan Caj Warisan di sini, hari ini. Sebelum ini, caj warisan sebanyak lima peratus itu diwartakan berkuatkuasa 1 Oktober tahun lalu namun tidak mendapat kerjasama daripada pengusaha hotel, rumah tumpangan dan homestay di negeri itu.

Mohd Ali berkata, dengan caj RM2, penginap hanya perlu membayar tambahan RM2 setiap harga bilik yang mereka duduki.

Beliau berkata, pelaksanaan caj warisan RM2 membabitkan 12,000 bilik hotel, rumah tumpangan dan inap desa di seluruh negeri itu dijangka berkuatkuasa pada April depan.

Katanya, kerajaan negeri menganggarkan kutipan sekurang-kurangnya RM4 juta setahun, yang boleh digunakan untuk memajukan lagi sektor pelancongan Melaka.
Mohd Ali berkata, pengusaha perlu menjelaskan caj tersebut setiap bulan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Beliau berkata, satu Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan akan ditubuhkan bagi melicinkan proses pelaksanaan caj berkenaan. - BERNAMA

Sunday, January 15, 2012

Ada kalangan orang cina boleh menerima Hukum Hudud



Alhamdulillah, masih ada golongan bukan Islam yang boleh menerima Hukum Hudud. Hudud ini bukan dilaksanakan ke atas semua jenayah. Ada yang dijatuhkan dia atas hukum takzir. Yang paling paling penting, sesiapa yang dihukum dengan hukum Hudud, akan terlepas seksaan di akhirat.

Percayalah, hukuman dari Tuhan lebih adil dari hukuman ciptaan manusia.

Percayalah, jika kita betul-betul memahami, hukum ini adalah untuk mendidik untuk beberapa jenayah besar, PERCAYALAH!!!

Gambar Kaabah tanpa kiswah (Kelambu)

Chong Wei julang gelaran ke-8 Terbuka Malaysia


KUALA LUMPUR - Kedudukan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia terbukti masih belum tergugat apabila meraih kejuaraan badminton Siri Super Terbuka Malaysia buat kali kelapan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Chong Wei mudah menundukkan Kenichi Tago dari Jepun 21-6, 21-13 dalam masa 37 minit di hadapan ribuan penyokong di stadium berkenaan.

Beliau yang menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan akhir Terbuka Malaysia paling mudah buatnya, berharap dapat mengekalkan semangat dan prestasinya kali ini sehingga Sukan Olimpik London pada Julai ini.

Katanya, beliau juga gembira dapat menumpaskan dua musuh utama dari China iaitu Lin Dan (pada akhir Terbuka Korea minggu lalu) dan Chen Long (ketika peringkat separuh akhir kejohanan) pada awal tahun ini.

"Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan China akan bersedia dengan strategi yang lebih kuat pada Olimpik nanti.

"Buat masa ini saya gemberia dapat kalahkan mereka, namun saya juga akan buat persediaan yang lebih bagus," katanya kepada media selepas upacara penyampaian hadiah yang disempurnakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Chong Wei menerima piala dan wang tunai bernilai AS$30,000 (RM93,990).

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Selepas ini, Chong Wei berkata beliau akan menumpukan pada dua kejohanan iaitu pusingan kelayakan Piala Thomas dan All-England sebelum menghadapi temasya Sukan Olimpik.

"Saya akan kurangkan kejohanan tahun ini supaya boleh memberi tumpuan pada persediaan Olimpik," katanya.

Sementara itu, Wang Yihan dari China menjuarai perseorangan wanita setelah mengalahkan rakan senegara Wang Xin 21-19, 21-11. Pemain China turut mendominasi kategori beregu campuran apabila Zhang Nan/Zhao Yunlei dari republik itu muncul johan setelah menumpaskan rakan sepasukan Xu Chen/Ma Jin 21-12, 21-9.

Dalam perlawanan sengit beregu lelaki pula, kemenangan akhirnya berpihak kepada beregu Taiwan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu, yang mengatasi Cho Gun Woo/Shin Baek Choel dari Korea Selatan 16-21, 21-16, 21-16.

Selain itu, beregu wanita Denmark Christina Pedersen/Kamilla Rytter Juhl melakukan kejutan apabila menundukkan pilihan kedua Ha Jung Eun/Kim Min Jung dari Korea Selatan 21-19, 21-18 untuk menjuarai kategori itu. - Bernama

Bas SKMK henti operasi 31 laluan


KOTA BHARU - Setelah lebih 60 tahun menjadi syarikat tunggal yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negeri ini, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) menghentikan operasi di hampir 80 peratus laluannya mulai hari ini.

Langkah untuk menghentikan perkhidmatan bas SKMK/Cityliner itu dimaklumkan oleh syarikat tersebut melalui satu kenyataan yang difakskan kepada Kosmo! di sini semalam.

Syarikat itu memberitahu, ia tidak lagi mampu untuk meneruskan operasi bas henti-henti di hampir 80 peratus laluan akibat menanggung kerugian teruk.

"Kita tidak lagi berkemampuan untuk meneruskan perkhidmatan sebagaimana sedia ada setelah beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri ini menemui jalan buntu dan gagal untuk mencapai penyelesaian," kata kenyataan itu di sini semalam.

Syarikat bas itu sebelum ini beroperasi di 37 laluan yang melibatkan 130 buah bas.

"Dengan ini, mulai hari Ahad (15 Januari 2012) perkhidmatan bas syarikat akan tergendala di 31 laluan kecuali enam laluan," katanya.

kredit : kosmo.com.my

Prob Phobos-Grunt mungkin terhempas di bumi hari ini


SHAH ALAM - Pakar-pakar meramalkan yang prob Phobos-Grunt bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi akan jatuh semula ke bumi hari ini.

Gambaran artis menunjukkan bagaimana bahan api dari tangki bersalut aluminium pada kapal angkasa itu terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, kata satu lapor portal Pendidikan Sains Angkasa.

Beberapa media asing juga membawa laporan itu sejak semalam.

Kapal angkasa Phobos-Grunt yang terkandas di orbit bumi tidak lama selepas ia dilancarkan pada 8 November lalu yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari.

Kata portal itu, pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.

“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia.

Phobos-Grunt adalah sebuah kapal angkasa yang besar dengan berat 14.5 tan.

Sebahagian dari beratnya adalah terdiri daripada bahan api hidrazina toksik, yang menyebabkan sesetengah pemerhati bimbang tentang potensi impak terhadap alam sekitar yang akan muncul ketika proses kemasukkan semula.

Pegawai-pegawai angkasa Rusia telah berulang kali menyatakan kebimbangan tersebut, kata portsl itu.

Ia menambah, bagaimanapun bahan api yang bersalut di dalam tangki aluminium mungkin terbakar di atmosfera bumi yang tinggi.

Malah menurutnya, kebanyakkan serpihan Phobos-Grunt akan menemui nasib yang sama di mana pakar-pakar meramalkan antara 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400 kilogram akan terhempas ke tanah atau air.

"Di mana serpihan-serpihan itu akan terhempas adalah sukar untuk dikatakan pada masa ini kerana penganalisis tidak mengetahui masa yang tepat untuk Phobos-Grunt masuk semula ke atmosfera bumi.

"Sehingga kini, kebanyakkan tempat di bumi adalah mempunyai potensi yang sejajar," kata tulisan portal itu.

“Kami hanya mengetahui ianya akan terhempas antara 51 darjah Utara dan 51 latitud Selatan,” kata Brian Weeden, penasihat teknikal di Yayasan Keselamatan Dunia, dipetik berkata.

'Kematian' Phobos-Grunt adalah begitu rapat dengan dua lagi satelit lain yang jatuh secara tidak terkawal baru-baru ini iaitu satelit iklim UARS milik NASA dengan berat 6.5 tan yang masuk semula dan jatuh ke Lautan Pasifik pada September lalu dan satelit ROSAT milik Jerman dengan berat 2.7 tan yang jatuh ke Lautan Hindi sebulan kemudian.

Misi Phobos-Grunt yang bernilai AS$165 juta bertujuan untuk mengambil sampel tanah dari permukaan sebuah bulan planet Marikh iaitu Phobos dan menghantarnya kembali ke bumi.

Enjin utama kapal angkasa itu tidak terbakar seperti yang dirancangkan untuk memacu Phobos-Grunt ke planet Merah dan menyebabkan ia terkandas di orbit bumi.

Walaupun telah mencuba berulang kali, kata portal itu, jurutera tidak dapat berkomunikasi dengan kapal angkasa berkenaan dan pakar berfikir Phobos Grunt 'mati' dalam air.

-SINAR HARIAN

Saturday, January 14, 2012

Ratu Belanda hentam pemimpin anti-Islam


RATU Beatrix melawat Masjid Besar Sultan Qaboos di Oman.
AMSTERDAM: Ratu Belanda, Beatrix, menghentam pemimpin parti anti-Muslim negaranya, Geert Wilders, dengan menyifatkan kata-katanya sebagai ‘mengarut’ mengenai tindakan ketua diraja itu memakai tudung kepala ketika melakukan lawatan di sebuah masjid di sebuah negara Teluk.

Kenyataan beliau dianggap luar biasa kepada wartawan Belanda yang mengiringinya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, baru-baru ini. Beatrix memberitahu wartawan, beliau memakai tudung kepala berkenaan ketika di UAE dan sekali lagi sewaktu mengunjungi Masjid Besar Sultan Qaboos, sebagai menghormati agama Islam. Ratu Belanda berkenaan menjawab pertanyaan wartawan berhubung soalan yang dikemukakan di Parlimen yang dikemukakan oleh Wilders, pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang menuduh keputusan ketua diraja itu menutup kepala ketika mengunjungi masjid di Abu Dhabi, Ahad lalu, sebagai mengesahkan penindasan wanita.

Wartawan yang mengiringi ratu Belanda itu di Muscat pada Khamis lalu melaporkan Beatrix menarik nafas panjang sambil berkata beliau tidak terkejut dengan apa yang disuarakan oleh Wilders.

Puteri Maxima juga menolak tuduhan Wilders dengan menyatakan bahawa dua pertiga pelajar di Abu Dhabi adalah wanita, lapor media Belanda.

Media Eropah menyifatkan kata-kata yang diluahkan secara terus terang oleh Beatrix itu sebagai luar biasa kerana ia jarang disuarakan terhadap parti politik Belanda sendiri.
Wilders berpendirian menentang pemakaian tudung termasuk burqa bagi wanita. Malah, kerajaan Belanda sendiri sudah mengumumkan rancangan mengharamkan burqa.
Di Belanda, orang Islam meliputi satu juta daripada 16.7 juta penduduk negara berkenaan, kebanyakannya imigran dari Turki dan Maghribi.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pula mempertahankan tindakan Beatrix.

“Apabila beliau mengunjungi rumah ibadat, sudah semetinya beliau menghormati adab berpakaian,” kata Rutte dalam jawapan bertulis kepada soalan Wilders di Parlimen. – Agensi

-BERITA HARIAN

p/s Wilder ni apa yang tak puas hati sangat? Orang Islam pakai tudung kenapa dia pula yang bermasalah? Bencikan Burqa, bukan semua orang wajib pakai Burqa. Ramai yang cukup dengan menutup aurat. Burqa biasanya di pakai oleh wanita yang negara asalnya berdebu, jadi at the same time boleh elak kan???

Kenapa dia tak tegur biarawati yang pakai dan tutup semua kecuali muka dan tangan?

KAPAL persiaran Costa Concordia yang sedang belayar mengelilingi Mediterranean terkandas


TERKINI BHARIAN 15.01.2012
ROME: Sebuah kapal persiaran mewah karam di persisiran Tuscany, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan memaksa 4,165 penumpang dipindahkan dengan bot penyelamat ke pulau berhampiran semalam, kata pengawal pantai Itali.

Kira-kira 69 orang masih hilang selepas helikopter dikerah mengangkut 50 mangsa yang terperangkap di atas kapal Costa Concordia ke tempat selamat, kata Komander Pengawal Pantai, Francesco Paolillo. Paolillo berkata, tidak dapat dipastikan mangsa yang terbunuh adalah penumpang atau kru, begitu juga kerakyatan mangsa. Punca mereka maut masih belum diketahui. Agensi berita ANSA, melaporkan beberapa orang melompat keluar untuk menyelamatkan diri daripada kapal yang baru memulakan pelayaran itu.

Mangsa yang terselamat ditempatkan di sekolah, hotel dan gereja di pulau Giglio, tempat percutian popular terletak kira-kira 25 kilometer ke pantai barat tengah Itali.

ANSA memetik dua wartawan Itali yang kebetulan antara penumpang sebagai berkata kemalangan berlaku ketika waktu makan malam.

“Kami sedang menikmati hidangan makan malam apabila lampu tiba-tiba terpadam, dan kemudian kami mendengar bunyi dentuman kuat dan makanan bertaburan di atas lantai,” ANSA memetik wartawan Luciano Castro, sebagai berkata.
“Kejadian berkenaan seperti adegan filem Titanic, semuanya terjadi dalam sekelip mata,” kata seorang lagi wartawan, Mara Parmegiani, kepada ANSA.

Paolillo berkata, punca utama kemalangan masih tidak diketahui tetapi penggera pertama berbunyi pada jam 10.30 malam, kira-kira tiga jam selepas Concordia memulakan pelayaran dari pelabuhan Civitavecchia, ke pelabuhan pertama, Savona, di barat laut Itali.

Pegawai pengawal pantai berkata, kapal berkenaan melanggar halangan, tidak diketahui jika ia mungkin melanggar batu karang di perairan Giglio, menyebabkan garisan sepanjang 50 meter di bahagian kiri kapal itu, dan mula dimasuki air.

Kapten kapal itu kemudian cuba mengemudikannya ke perairan cetek, berhampiran pelabuhan kecil Giglio, bagi menjadikan usaha memindahkan penumpang dengan bot penyelamat lebih mudah.

Namun, kapal berkenaan mula condong ke bahagian kanan, menjadikan usaha mendekatkan bot penyelamat semakin sukar.

Lima helikopter, dari pengawal pantai, tentera laut dan udara, mengambil giliran mengangkut mangsa yang masih berada di dalam kapal itu ke tempat selamat. Seorang anggota pengawal pantai diangkut ke kapal untuk membantu penumpang memasuki bakul kecil untuk memudahkan mereka dinaikkan ke helikopter, kata seorang pegawai pengawal pantai, Kapten Cosimo Nicastro.

Kenyataan Costa Cruises, syarikat yang mengendalikan kapal itu, mengesahkan pemindahan 3,200 penumpang dan 1,000 sudah bermula tetapi kedudukan kapal, yang semakin teruk, menjadikan bahagian terakhir pemindahan kian sukar.

Kenyataan tidak menyebut sebarang kematian dan berkata ia masih belum menentukan punca masalah. Kira-kira 1,000 penumpang Itali berada dalam kapal terbabit ketika kejadian, selain 500 warga Jerman, 160 Perancis dan 1,000 kru kapal. – AP







KAPAL persiaran Costa Concordia yang sedang belayar mengelilingi Mediterranean terkandas dan mula dimasuki air serta senget kira-kira 20 darjah selepas terlanggar terumbu karang, dekat Pulau Isla del Giglio, lewat malam tadi.

ROME: Enam maut pada awal pagi ini selepas kapal persiaran terkandas di perairan Itali dalam kejadian yang memaksa pengawal pantai menyelamatkan kira-kira 4,000 orang, lapor media.

Kapal Costa Concordia sedang belayar mengelilingi Mediterranean apabila terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isla del Giglio, lewat semalam. Datuk bandar berkata, beliau bimbang jumlah kematian meningkat kerana sukar untuk menyelamatkan penumpang yang begitu ramai. Salah seorang penumpang yang maut berusia 70-an akibat serangan jantung kerana terkejut selepas melompat ke dalam air yang sejuk.

Beberapa orang lain mengalami kecederaan, dua daripadanya serius. - AFP

Wardina: Keselamatan saya dirompak

Selimut saya terbuka! Dibuka! Ya ALLAH, seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam, “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” dia bertanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati dan menyorok muka dan tubuh saya.

Kemudian saya cuba jawab dengan yakin, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas.” Yang ada pada saya hanya cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya.

“Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini sememangnya tiada apa yang dicarinya. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju di dalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi, namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini.

Separuh daripada diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal de­ngan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya.
Adakala bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ia mengambil masa untuk dilupakan.

Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurinya rencah di dalam kuali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. ALLAH mahu membersihkan kami.

“Syukur Ya ALLAH” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup berbuat begini? Mencuri demi wang ringgit semata-mata.

Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran kepada mereka, “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”.

Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam di kamar birunya. Diikatnya tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata, “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Di saat itu, saya berjanji pada diri, sekiranya orang ini cuba mengapa-apakan saya, saya akan bermati-matian hingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir dalam badan saya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya beri dan letakkan keselamatan diri mereka kepada ALLAH sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya ALLAH memelihara mereka.

“Imran!!!” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya.

“Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. ALLAH, sucinya anak ini. Belum mengerti apa-apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. ‘Sword’ Imran tak akan mungkin membantu. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk di kaki saya. Alhamdulillah, kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya, “barang kemas mana?” Ikhwan berkata, “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaALLAH, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu.

Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Peliharalah aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji ALLAH itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab, membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci di hadapan.

Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya benar! ALLAH SWT.

Yang masih trauma,
WARDINA

-SINAR HARIAN

Nenek kutip durian di kebun kena rogol

Perogol memang dah tak memilih mangsa sekarang. "Kacik" pil kot.

BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya. Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.

"Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol.

BERITA HARIAN

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, January 13, 2012

10 kesan pemanasan global ke atas Alam Sekitar


1. The Great Barrier Reef akan terima kesan teruk dari pemanasan global dan akan musnah dalam masa 20 tahun. Charlie Veron, bekas Ketua Jabatan dari Australian Institute of Marine Science, kepada The Times:“Tidak ada jalan keluar, tidak dapat dielak. Great Barrier Reef akan hilang dalam masa 20 tahun atau lebih. “Jika karbon dioksida semakin meningkat maka dianggarkan pada 2030 dan 2060, semua terumbu karang akan musnah” katanya.
2. Hutan Hujan Amazon akan berubah menjadi padang pasir
3. Gurun Sahara akan menjadi padang rumput
Pengkaji melihat tanda-tanda bahawa gurun Sahara dan kawasan sekitarnya menjadi semakin hijau kerana meningkatnya curahan hujan. Jika berlanjutan, hujan ini boleh merevitalisasi kawasan yang dilanda kekeringan, berubah menjadi kawasan untuk pertanian masyarakat
4. Taufan akan menjadi lebih besar berbanding Taufan Katrina
Belum dapat dipastikan apakah Taufan Katrina mempunyai hubungan dengan pemanasan pemanasan global, tetapi ada indikasi bahawa pemanasan global akan menghasilkan taufan dengan kategori 5 dan Katrina hanya Kategori 4 ketika menghentam Louisiana.Pemanasan global juga menjadikan taufan lebih ganas dengan menaikkan permukaan laut, yang mengakibatkan banjir pantai yang lebih serius.
5. London akan hilang tenggelam pada 2100.

Bukan hanya batu karang dan dataran rendah pulau-pulau yang berada di bawah ancaman dari pemanasan global. Malah, ancaman utama adalah daerah bandar besar yang berisiko akhirnya tenggelam di bawah air.
Keadaan ini disebabkan oleh perubahan permukaan laut yang terjadi ketika terjadi pemanasan global, sehingga bandar-bandar pesisir akan ditengelami oleh banjir. Puluhan bandar di dunia, termasuk London dan New York, sudah mengalami banjir pada akhir abad ini.Menurut kajian, pemanasan global akan meningkatkan permukaan air laut lebih cepat daripada yang dianggarkan sebelumnya. London adalah salah satu ibu kota dunia utama yang berisiko tinggi ditengelami banjir.
6. Haiwan akan mengecil
Pemanasan iklim dapat menyebabkan spesies kecil lebih besar. Pengkajian, analisis didasarkan pada massa badan ikan, plankton, dan bakteria dalam ekosistem Eropah, datang hanya beberapa minggu setelah pengkaji melaporkan bahawa haiwan domba di Pulau Scotland menyusut kerana keadaan panas.Kajian baru menunjukkan bahawa spesies individu kehilangan rata-rata 50 persen dari massa tubuh mereka selama 30 tahun.Pengurangan ukuran tubuh adalah yang ketiga dai tindak balas ekologi universal pemanasan global.
Kajian terhadap domba sebelumnya menunjukkan bahawa musim dingin yang lebih pendek dan lebih ringan bererti domba tidak perlu memerlukan tinggi berat badan seperti dulu untuk bertahan hidup .Suatu faktor yang juga dapat mempengaruhi populasi ikan. Meskipun demikian para pengkaji mengatakan pergeseran boleh mengubah rantaian makanan, dengan keperluan pemangsa terutama dipengaruhi oleh kurangnya mangsa.
7. 2000 Pulau di Indonesia akan tenggelam
Sekurang-kurangnya 2.000 pulau-pulau kecil di seluruh kepulauan Indonesia akan menghilang pada tahun 2030 sebagai akibat dari pemanasan global yang berlebihan dan lain kegiatan yang merosakkan lingkungan. Indonesia telah kehilangan 24 dari lebih kurang 17.500 pulau.
8. Global Warming dapat meningkatkan jumlah terrorisme
Pemanasan global akan mendorong migrasi massa dan menciptakan tempat berkembang biak bagi teroris. Orang-orang cenderung untuk melarikan diri dari ketidakstabilan negara, dan beberapa mungkin menyertai terorisme.Menurut Ketua Dewan Intelektual Nasional di AS, ekonomi negara penerima pelarian bertambah merosot akibat kemasukan pelarian dan pelarian menjadi penyebab iklim yang panas.Tekanan pada negara-negara yang menerima pelarian, banyak di antaranya tidak mempunyai sumber dan tidak mahu menerima pelarian.
9. Puncak Alpen akan mencair akhirnya
Glasier yang mengurang semasa panas, kering musim sejuk dan musim panas yang disebabkan oleh pemanasan global. Walaupun hujan salji di musim 2008-2009 adalah kekal, keseluruhan tahun-tahun terakhir telah menyaksikan kurang salji di ketinggian rendah, dan glasier kurang dan frost mencair lebih tinggi akibat signifikan pada musim sejuk dan kegiatan pelancungan. Dianggarkan bahawa glasier akan hilang antara tahun 2030 dan 2050. Itali dan Swiss telah memutuskan untuk mengubah semula sempadan negara selepas pemanasan global Alpine gletser yang menentukan sempadan antara kedua negara.
10. Maladewa mungkin tenggelam
Daratan terendah dan negara di dunia mengalami kesan penenggelaman pantai, dan boleh melihat sendiri tenggelam jika permukaan laut terus meningkat, dengan pulau besar menjadi pulau yang lebih kecil dan lebih kecil. Kesan ekstrim ini akan menghancurkan prospek untuk penduduk dan berita buruk bagi pelancong yang hadir di pantai putih yang lembut dan air panas
setiap tahun. Para pengkaji memberikan hanya kira-kira seratus tahun sebelum benar-benar menghilang ke laut sekitarnya.
Sumber: LamanKongsi.com