Wednesday, May 23, 2012

DEBAT RAFIZI Vs KHAIRI PENGHAPUSAN PTPTN

1) Maklumat daripada PTPTN bermula dari tahun 1997-2010 sebanyak RM 26 billion wang pinjaman PTPTN diberikan hanya 10% peratus sahaja iaitu 2.6 billion sahaja yang berjaya dikutip... namun kenapa peminjam masih liat nak bayar??? kerana ketidakmampuan peminjam, ekonomi malaysia dan dunia tidak stabil, gaji dan pendapat rendah dan peluang pekerjaan tidak mencukupi...

2) Tahun 2010, PTPTN telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 6 billion... 3.5 billion untuk IPTS dan RM 2.5 billion untuk IPTA..

3) Yuran Pembelajaran - Daripada anggaran perbelanjaan negara... anggaran bagi pemberian geran bagi 21 buah universiti dalam malaysia adalah sebanyak 7.5 billion... anggaran setiap seorang pelajar akan mendapat RM 16,000 setiap seorang (iaitu 90% daripada kos yuran)... ianya memerlukan hanya 562 juta sahaja tambahan untuk diberikan yuran pecuma untuk penampung semua perbelanjaan yuran universiti...

4) Basiswa sara hidup pelajar sebanyak RM 5,000.00 setahun bagi setiap pelajar... jumlah pelajar IPTA sekarang berjumlah 465,000 orang... jumlah tanggungan kerajaan jika dihapuskan PTPTN adalah sebanyak RM 2.32 billion setahun...

5) Untuk penghapusan tunggakan hutang PTPTN yang RM 26 billion... jika kerajaan membayar dalam masa 10 tahun... bayaran setahun dalam anggaran bayaran sebanyak RM 2.6 biilion sahaja setahun...

6) Nak tambah 100,000 orang pelajar ke IPTA dan merangka membina tambahan 10 buah universiti dalam masa 10 tahun... anggaran kos pembinaan yang perlu dikeluarkan hanya RM 200 juta untuk sebuah universiti bagi menampung 5,000 orang pelajar (bukan kos pembinaan Umngok punya)... anggaran pembinaan 2 buah IPTA untuk 10,000 orang pelajar setiap tahun dalam tempoh masa 10 tahun adalah sebanyak baru hanya 400 juta setahun...

7) Total perbelanjaan negara jika nak hapuskan PTPTN adalah... nak bagi
a) yuran pengajian pecuma = RM 562 juta
b) yuran sara hidup pecuma = RM 2,320 juta
c) penghapuskan tunggakan hutang PTPTN = RM 2,600 juta
d) pertambahan 10,000 pelajar untuk 2 buah universiti = RM 400 juta

Jumlah keseluruhan adalah = RM 5,882 juta atau 5.8 billion setahun

No comments: