Sunday, May 27, 2012

Kemalangan Drag Race, 2 Cedera Parah Di Himpunan Jutaan Belia 2012

Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan.

Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut.

Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.















mutakhir dari berita harian.

17 penonton perlumbaan drag cedera 


2012/05/27


PUTRAJAYA: Seramai 17 penonton perlumbaan drag mengalami kecederaan termasuk 4 daripadanya parah selepas dirempuh kereta yang terbabas di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19, awal pagi tadi. 

Kejadian berlaku pada acara yang berlangsung sempena Himpunan Jutaan Belia yang berakhir hari ini.



Kabinet diminta mempercepatkan kelulusan litar perlumbaan drag


2012/05/27

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau akan meminta Kabinet mempercepatkan kelulusan pembinaan litar bagi perlumbaan 'drag' bagi mengelak kejadian tidak diingini sekiranya ia dianjurkan di jalan raya. 

Beliau berkata, peruntukan itu ialah bagi membina litar lurus sepanjang kira-kira 800 meter dengan kemudahan tempat duduk untuk penonton memandangkan sukan permotoran itu semakin mendapat tempat di kalangan anak muda.
"Kita pernah memohon tetapi belum dapat kelulusan. Jadi saya akan maklumkan kepada Kabinet supaya disegerakan kelulusan peruntukan yang diperlukan," katanya selepas melawat kawasan nahas ketika perlumbaan 'drag' yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Presint 19, malam tadi.
Dalam kemalangan itu, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu. 

'Drag' ialah perlumbaan kereta atau motosikal di trek pendek dan lurus, dengan pelumba dikehendaki menghabiskan cabaran dalam tempoh paling singkat. Ia menggunakan enjin berkuasa tinggi dan mengeluarkan bunyi bising. 

Ahmad Shabery berkata, sukan itu tidak patut dihentikan semata-mata kerana nahas berkenaan kerana dikhuatiri mereka yang meminati sukan itu akan berlumba secara haram termasuk di tempat awam yang jauh lebih bahaya. 

"Perlumbaan ini adalah satu sukan yang dianggap sebagai satu aktiviti pembangunan belia yang mana mereka boleh memahami konsep sukan permotoran daripada segi kejuruteraan, kecekapan pemanduan dan sebagainya,” katanya. 
Ahmad Shabery berkata, beliau juga akan melihat kepada penubuhan badan induk sukan berkenaan kerana pada masa ini tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan. 

"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang membabitkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya. - BERNAMA

No comments: