Sunday, January 18, 2009

Minyak di Kawasan Miskin

Perlombongan di daratan


Salam

Masa kecik-kecik dulu, aku tak pernah terfikir pun bab-bab minyak atau apa-apa pun. Yang aku tahu, kedai runcit umah aku ada jual minyak moto untuk orang kampung hehehehe. Maklumlah, zaman aku start baca paper tu adalah tahun perang antara USA dan sekutu menyerang Iraq atas alasan Iraq menakluki Kuwait.


Perlombongan di lautan


Tapi bila dah meningkat dewasa ni, banyak dah kita dapat ilmu sampingan dari sekolah, surat khabar, buku-buku dan sekarang ini internet. Dulu aku ingat internet ni untuk dunia chatting je hehehehe. Melalui pembacaan baru terperasan negara-negara yang memiliki minyak ini adalah dari kumpulan negara/kawasan yang miskin/terpencil.


Kalau kita lihat contoh dari negara lain terutama US, minyak pertama ditemui di California dan Texas. Malahan syarikat Caltex itu sendiri adalah gabungan dari kedua-dua negeri terbabit. Dahulu California ni adalah kawasan gurun, tandus. Dan Texas pula dikenali dengan kawasan cowboy.


Simbol Caltex

Contoh-contoh lain adalah negara-negara arab. Tempat yang dikatakan di mana negara yang `terapung' di atas minyak. Siapa sangka, bangsa arab yang dipandang serong oleh negara lain sebagai negara yang suka berbalah sesama sendiri rupanya memiliki kekayaan yang tiada tara. Jika kita baca sirah nabi pun, sudah ada bayangan-bayangan mengenai kekayaan ini. Contohnya negara Iraq tidak akan aman kerana manusia berebutkan `emas hitam'. Keduanya bangsa yang dulunya miskin dan hanya memakai selipar akan membina kekayaan dan bangunan yang tinggi-tinggi. Tiada yang salah bayangan dari seorang nabi, lihatlah bagaimana Dubai dibangunkan sekarang. Bangunan Burj Dubai, hotel terapung dan kawasan bandar yang dialiri dengan sungai, bot laksana ingin meniru bayangan syurga yang diceritakan. Namun ada kelemahan jugak, kandungan sulfur minyak mereka adalah tertinggi maka harganya adalah rendah. Kelebihannya, simpanan minyak dalam perut bumi mereka tidak terkira banyaknya.


Perbandingan ketinggian Burj Dubai dengan menara lain


Contoh kawasan gersang lain ialah, kawasan Iran dan Laut Kaspia. Dengan bumi yang tandus dan cuaca ekstrem pun menyimpan kekayaan yang dianugerahkan oleh Tuhan Sekelian Alam. Laut Kaspia nampaknya dikuasai oleh Russia sejak zaman Soviet Union lagi. Kawasan sebelah parsi dikuasai oleh Iran. Satu lagi Afghanistan, ntah apa nasib masa depan negara ni. Contoh kritikal adalah Timor Leste (Timur Timor). Dulu mahukan kemerdekaan, Presiden Gus Dur kata nak merdeka macam mana, tanah situ berbatu, nak buat pertanian pun rugi. Australia bersungguh-sungguh menolong untuk tuntut merdeka. Last-last, rintihan dari Xanana Gusmao, Australia patut bahagi kekayaan minyak sama rata, bukan sedut sendirian minyak tu. Rupanya ada sebab kenapa Australia nak sangat tolong. Padan muka.


Bagi contoh domestik ambil sahaja Malaysia. Semenjak zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun an Inggeris, kawasan yang dimajukan adalah kawasan yang memberi manfaat kepada kerajaan British sahaja. Di mana ada bandar, jalan raya, keretapi disitulah ada bijih besi, bijih timah, emas dan sebagainya. Ratusan tahun kawasan Barat Malaysia dimajukan oleh penjajah mengaut keuntungan. Tiba-tiba menjelang penghujung zaman penjajahan, Malaysia telah dikurniakan emas hitam yang jauh lebih memberi keuntungan. Bukan di Kuala Lumpur, Perak, Johor atau Melaka. Tetapi emas hitam itu telah dijumpai di negeri-negeri termiskin di Malaysia iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak. Kemudian dijumpai pula petroleum (emas hitam) di laut Kelantan, entah bila akan ditapis dinegeri kelahirannya sendiri.

Telaga minyak dan gas Kelantan (Blok A18, Blok B17 & C19, PM3, Sub-Blok Ular
PM301 & PM302, PM303, PM311 & 312)



Jadi, contoh-contoh inilah yang menguatkan hujah bahawa Allah telah mengurniakan satu amanah untuk dijaga oleh manusia untuk dimanfaatkan di negeri-negeri yang sekian lama jauh dari pembangunan. Allah itu Maha Adil. Negeri/negara kaya dikurniakan kekayaan dengan cara lain, dan di negeri miskin lain pula dikurniakan Tuhan.




Kajian oseanografi di Angsi Selatan, Laut Kemaman



Yang penting, manusia harus menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menguruskan kekayaan yang telah dikurniakan. Lagipun sejak sekolah lagi kita telah diberitahu minyak di Terengganu adalah yang termahal sekali di dunia kerana kandungan sulfur yang sangat rendah. Adakah kita bersyukur dengan kelebihan ini??? Gas asli di perut bumi Kelantan pula dikatakan cukup untuk digunakan untuk 7 keturunan rakyat Kelantan, sekitar 500 tahun (13 trillion kaki persegi). Teringat akhbar harian yang pernah menyiarkan beberapa tempat di Pasir Mas, terdapat gas yang keluar dari lubang sehingga penghuni rumah itu menjadikan ia sebagai gas memasak semulajadi. Penyambungan paip sendiri ke dalam rumah, mungkin gas pun tak sabar-sabar untuk keluar dan dimanfaatkan rakyat.


Akhir sekali, cuba kita renung kembali petroleum yang dikeluarkan oleh Petronas mencapai hampir sejuta tong sehari. Sekitar 700 000 hingga 800 000. Kalau sampai 1 juta tong sehari, kena jadi negara OPEC la Malaysia. Baik jangan, nanti harga, pengeluaran dan undang-undang di kawal oleh negara-negara arab. Barangkali, sudah banyak ruang kosong yang kita tinggalkan di dalam perut bumi. Padahal minyak itu sendiri yang memadatkan struktur untuk mengukuhkan bumi kita. Risau jugak kalau banyak ruang-ruang kosong di bawah sana. Kalau diganti dengan benda lain seperti air atau entah apa sahaja tentu tidak sekukuh seperti mana yang dibina asal oleh Maha Pencipta.


Fikir-fikirkanlah.

Thursday, January 15, 2009

2009 29

Salam

Walaupun lewat sikit posting berkenaan tahun baru, tapi tak apalah. Masuk je tahun 2009 bermakna umur aku dah masuk 29, kira masih muda remaja la sebab blom masuk 30 kan. Kalo dah masuk 30 bermakna akan melalui peringkat dewasa. Dan 40 adalah peringkat kematangan seseorang individu.

Peringkat umur 1-6 tahun, adalah peringkat mempelajari sesuatu yang baru, jauh dari tahap kematangan.Tahap di mana pengaruh sekeliling ke atas individu. Dari meniarap, merangkak, berjalan dan terus ke tadika. Masih tersisa memori ketika di tadika, masa paling best adalah bila waktu makan. Peberet aku masa tu bila time nasi bubur atau bubur kacang hijau, perghhhhh.

Kemudian masuk pula kategori pra pendidikan dari darjah 1 sampai 6. Mula-mula aku dilantik sebagai ketua kelas/darjah. Tapi tak lama, sebab aku dah belajar memprotes/membangkang. Ada la sekali tu ada sesuatu yang berlaku (tak ingat), tapi aku dipersalahkan dari perbuatan orang lain. So sebagai tanda protes aku, masa cikgu kelas masuk aku buat bodoh je, "Assalamualaikum Cikgu" langsung tak kedengaran. Cikgu pelik. Dalam hati aku, tolong lah pecat aku, lantik orang lain, kaki bodek senang skit. Cikgu dah bising, terus dia lantik orang lain, yess. Menjadi plan aku. Bayanglah, darjah 1 dah pandai tunjuk protes. Tapi bersebab la, bukan salah aku. Darjah 4-6 jadi pengawas, best gak sebab dapat banyak lesen nak ke mana-mana. Lagipun abah keje kat sekolah tu, kdg2 ada cikgu suruh pegi "gelek" kertas ujian (masa dulu mana ada mesin fotostat or printer). Biase abah suruh aku buat sendiri la copy untuk semua murid. Kah kah kah kah, sebelum ujian aku dah dapat baca soalan awal-awal kah kah kah kah.

Kemudian, peringkat ketiga adalah pendidikan menengah. Form 1-3 aku kt mrsm PT. Walaupun banyak memori best, tp ending nyer sedih. kena rejeck sebab dapat B matematik. Aku maybe tak tragis sangat. Tapi ada yang 7A 1B pun kena jugak. Cerita kawan-kawan kena homesick, cerita jadi hantu kemudian terusik warden. Makan lempan dengan rotan je lah. Cerita curi tembikai kat dewan makan. Cerita lauk ikan jaket. Bergaduh dengan staf dewan makan sebab bias kat student pompuan. Macam2lah. Disini bermula tahap mumayyiz hehehehe. Kemudian sambung di sekolah Menengah Hamzah, Machang. Dapat kawan yang best2 jugak.

Lepas SPM, dapat sambung matrikulasi UPM di KYPM, Kota Bharu. Sini kira bermula antara era berdikari di tahap yang lebih tinggi. Semua benda kena buat sendiri. Era pendidikan tinggi. Antara kenangan tak boleh lupa ialah semua student yang dapat pointer semester pertama bawah 2.0 maka duduklah dalam hutan kat Belukar Bukit, hulu Terengganu. Abis je matrikulasi, sambung kat UPM terengganu. Nama dia bertukar-tukar. Dari UPM Terengganu, KUT dan KUSTEM. Lepas dapat kerja kat KUSTEM tukar nama lagi ke UMT.

Kemudian, tahun ni dah 29. Fikir-fikir balik. Hmmm teringat zaman-zaman belajar dengan kerja yang cukup berbeza. Rindu jugak zaman belajar, dengan moto pimai pimai tangtu (GSX). Banyak kenangan dan kesilapan dalam hidup kita hehehe.

Tapi kita harus lihat ke hadapan. Look forward. Apa azam aku 2009???? ntah, belum fikir.

Monday, January 12, 2009

Hong Kong mahu laksana sistem kewangan Islam


Utusan Malaysia 10.01.2008 mengeluarkan sedikit artikel pendek berkenaan penguasa Hong Kong mahu sistem kewangan islam. Kecik je, kalau tak teliti, tak perasan pun. Kadang-kadang bingung juga memikirkan sebuah kerajaan bukan islam mahu tukar sistem kewangan kapitalis, perdagangan bebas kepada sistem kewangan islam.

Umum mengetahui, negara Barat yang memulakan penggunaan wang kertas. Sistem kewangan yang berasaskan nilai wang kertas. Jika dulu, kita dengar wang syiling emas, perak dan bermacam-macam lagi benda berharga dijadikan sebagai agen penukaran jual beli.

Menjelang abad ke 21, sudah masuk tahun ke 8, dunia tergamam apabila sistem kewangan kapitalis yang tentunya berasaskan riba telah jatuh teruk sehingga merugikan trilion dollar US. Kesannya sehingga ke seluruh dunia, yakni sesiapa yang berniaga dengan USA turut terkena tempiasnya. Agaknya, selamat sedikit kot negara yang dikenakan sekatan ekonomi oleh USA. Bayangkanlah, seorang warga amerika (Bernard Madoff) telah ditangkap kerana menjalankan perniagaan sistem piramid. Dengan kejatuhan ekonomi 2008, 5o billion US hangus begitu sahaja yang melibatkan wang orang kaya dan miskin. Bayangkan jika ada 1000 orang di US yang melaksanakan sistem piramid ketika itu.

Bagi orang islam, agama bukan sahaja mengajar cara-cara untuk solat, atau mandi wajib ataupun istinjak sahaja. Malahan merangkumi cara-cara membentuk perlembagaan negara islam dan mentadbirnya dengan sistem kewangan islam. Sistem yang tidak riba, tidak merampas hak orang miskin. Pembahagian kekayaan seadilnya mengikut yang hak. Tetapi yang rajin bekerja tetap dapat memperolehi kekayaan melebihi orang lain. Sistem kapitalis atau riba pula menyedut keuntungan dari segenap sudut semaksimum mungkin.

Ekonomi dunia nampaknya akan mengalami masalah setiap 10 tahun secara putaran roda. Dulu 1987-1988 juga zaman kemelesetan ekonomi. Kemudian tahun 1997-1998, Malaysia teruk juga kena bila kita miskin 10 tahun ke belakang. Sekarang ini tahun 2008-2009, pun zaman ekonomi jatuh teruk.Bila jatuh sahaja ekonomi akan kedengaranlah suara-suara kecil mahu menukar sistem kewangan yang berasaskan nilai emas. Satu nilai yang tidak akan jatuh nilainya smapai bila-bila.Tetapi usaha ke arah itu tak pernah berlaku secara konkrit, nak ajak negara arab huhhhhh buang masa saja.Jika ada sekelumit manusia cuba menggunakan wang emas, nanti ada kedengaran suara bising menghina. Entahlah.

Akhirnya, kedengaran tiba-tiba Hong Kong mahu laksanakan sistem kewangan islam di tengah kekalutan dunia tadi. Kita bila agaknya???

Sunday, January 11, 2009

Yahudi Laknatullah

Bom berangkai di tabur di bumi Palestin

Salam

Dahulu, kita dengar orang mengkritik kerajaan Palestin, kenapa bermusuhan dengan Israel. Berkawanlah, bangunkanlah ekonomi supaya ekonomi sekuat setanding dengan negara Israel. Realitinya, bantuan kemanusiaan selalu disekat. Bantuan negara luar selalu dipintas di tengah jalan. Tembok dibina supaya rakyat Palestin dipecah belahkan dan diasingkan walaupun tembok itu dibina di atas tanah Palestin. Rumah disodok untuk dibina penempatan Israel. Rakyat Israel dari luar negara dialu-alukan untuk berpindah ke Israel supaya ramai melebihi Palestin. Teori dominasi untuk menguasai sesebuah kawasan/negara.

Dahulu, kita tidak terima wakil dari kerajaan Hamas. Walaupun Hamas menang pilihanraya yang diiktiraf Barat sebagai yang terbersih dan telus. Alih-alih kemenangan sah itu dirampas oleh puak Fatah. Gila kuasa. Realitinya, daripada tidak menerima wakil Hamas, tiba-tiba kita jadi penyokong kuat Hamas. Hamas baik, Hamas mati syahid melawan Israel. Itupun kerana dunia lain juga menganggap Palestin dianiaya.

Dahulu kita kata Hamas bom diri adalah mati katak, tidak syahid. Realitinya, mereka hidup sejak lahir sehingga meninggal dengan kematian dan kesengsaraan di depan mata.Tidap pernah sekalipun seorang Palestin tidak melihat badan keluarga ataupun jiran di bom berkecai oleh Israel. Padanlah meraka mempunyai keberanian yang tiada tara, sudah biasa dengan kehancuran dan kemusnahan. Negara yang sudah terlalu asyik dengan kesenangan tentu melihat mereka sebagai ganas.

(Suicide bomber? Teringat dulu kisah zaman Rasulullah, seorang sahabat telah rela dicampak ke dalam kota musuh. Dengan cepat-cepat beliau terus membuka kunci kota supaya tentera Islam dapat masuk ke dalam kota itu, namun beliau terus dibunuh ketika membuka pintu kota terbabit. Sama juga dengan Palestin, mengebom diri sendiri untuk membunuh rakyat Israel supaya menimbulkan ketakutan kepada rakyat Israel dari berpindah ke tanah rampasan Palestin. Maka akan gagallah Israel untuk menubuhkan Israel Raya - dari sungai Nil sehingga sungai Tigris-Euphrates. Kononnya tanah yang dijanjikan Tuhan, The Promise Land.)


Ya Allah, Selamatkanlah Palestine.

Monday, January 5, 2009

Cuti2 ujung tahun 2008

Salam...

Aku baru balik bercuti, sempena cuti hujung tahun. Nilah salah satu cara nak tingkatkan industri pelancongan negara (Cisssss hahaha). Nak kata sambut new year, tak pernah plak aku sambut new year. Just habiskan cuti, lagipun masih berbaki 17 hari untk dibawa ke depan. Mewah jugak la cuti tahun 2009 ni, banyak.
Mula-mula, aku dgn member 3 biji kete pegi bukit merah resort, best beb. Kalau bawak famili best lah.Boleh la main2 dgn anak member aku, bella. Maklum la lom ada anak sendiri lagi, reheasal dengan anak member dulu hehehe. Tapi, ramai giler orang kat sana, tak puas mandi kt tmn tema, kitorang bantai sambung mandi kt kolam hotel, best skit. Bleh berenang puas2.

Bukit Bendera

Pastu, sambung cuti ke penang, saje nak kenal bukit bendera. Best gak, sejuk. Tapi letih, majang je rase panjat bukit, boleh ketar2 lutut wakakakka. Terfikir gak teori penjajah membawa kemajuan. Tapi aku tak setuju, kalo tak dijajah pun boleh maju jugak. Masa orang Mesir maju, Arab belom maju. Masa org Arab maju, orang Eropah masih dalam zaman gelap, 1000 tahun plak tu. Orang jepun pun tak dijajah, tapi hantar rakyat pergi belajar ke luar negara, siapa sangka masa perang dunia ke 2 dia antara terkuat. Pendek kata, semuanya atas dasar kerajaan, elok kerajaan tu, elok lah semua. Dan sebaliknya.

Hari ke 3, sambung cuti ke KL, tak lama gak, famili ajak gi JB, apa lagi ptg tu jugak pegi. Lepak sana, tido, makan, main badminton. Pastu keseokan hari, diorang ajak gi PD plak, hepi gak. (walaupun sedih tak dpt main badminton dgn member kat KL, gambar diorang main gitar aku letak sini, nama geng dia, The Bujangfinggers). Huh tu la salah satu cara nak jumpa member2 lama. rindu zaman2 blaja dulu.



The Bujangfingers

Bila balik je umah semula kt terengganu, sabtu aku bantai tido....ahad kije balik.

mmmmm tahun depan nak gi mana plak???? Kenyir? Taman Negara Kuala Tahan? JB?

Wednesday, December 3, 2008

Kampus ku banjir




Kampus aku banjir lagi...1 Disember 2008
Masa student dulu, tahun 1999 kena sekali, kitorang dpt cuti, sebab kete-kete lecturer tak dapat masuk kampus...apa lagi, sambung tido lerrr.
2002, banjir lagi. masa tu jadi RA pada lecturer aku. Umah sewa masuk air daaaaaa. Depan umah air naik sampai paras pinggang, dalam umah naik paras betis...moto pun masuk dalam umah. Tv, mesin basuh, semua naik atas meja.
2008 kena lagi, tapi kali ni aku outstation kat KL dengan bos. Hampir teruk macam 2002, tapi lagi teruk skit kot. Pagar UDM kusza sampai org kampung robohkan, air tak boleh kuar, tersumbat kat culvert (kalbod).

Tapi, teringat plak zaman kanak-kanak, asal musim tengkujuh je, main bot kertas. Lepas tu bertanding bot sapa sampai dulu di garisan penamat. Buku-buku lama memang jadi mangsa la. Bila hujan berenti, air surut, bersepah sampah. Bot dah hancur. Bot kertas ni sekali lawan je, dah menang or kalah kena buat lain. Maklum la kertas.

Bila dah kotor keliling rumah, abah dan ma pun bising. Apa lagi, strategi menyelamatkan diri perlu digunakan. Semua berkumpul umah datuk dan nenek. Ceeeee, selamat..fuhhhh. Silap2 my sweet grandmama buat kopi panas lagi sama cekodok. Perghhhhhhhhhh.

Tuah Lima Bersaudara


Hang tuah lima bersaudara.

Tajuk ni kita telah dengar atau baca sejak kecil lagi. Dipasakkan dlm minda kita inilah wira, hero kebanggaan Melayu berkurun lamanya. Buku hikayatnya (hikayat?) tebal, masa sekolah rendah dulu pernah jugak baca (mak sedara punya, dia banyak buku lama-lama dan citer antu, Bercakap dgn Jin, Tamar Jalis). Bahasa lama-lama cukup tebal, tp dapat la jugak tangkap maksud dia sikit-sikit.

Hang Tuah Lima Bersaudara, perkataan yang terpenting adalah BERSAUDARA, di awal cerita tebal sungguh ikatan persaudaraan. Terhiris paha kanan, berdarah paha kiri. Tapi di mana hilang 3 beradik apabila Bang Tuah dan Bang Jebat bersengketa? Tiada mahu dipujuk atau dileraikan pergaduhan mereka kah? Atau kerana Bang Tuah sudah lama bekerja dengan sang penguasa, hubungan menjadi renggang dek kesibukan tugasan Laksamana?

Sejarah telah tercatat, kita tidak lagi mendengar ada bangsa Melayu yang meletakkan nama Hang di awal nama anak-anak. Dulu (melalui hikayat), kita hanya mendengar Hang Tuah lima bersaudara dan sorang lagi yang terkenal iaitu Hang Nadim.

Proses mencari ilmu adalam membaca. Tetapi makin lama membaca, aku makin hilang kepercayaan akan kewujudan Hang Tuah bersaudara. Adakah ia hanya mitos oleh Tun Sri Lanang? Hang Tuah yang menjadi Laksamana kepada banyak sultan (pjg umur) tidak pula tercatit dalam catatan pelayar-pelayar terkemuka dunia. Malahan Ibnu Batutta hanya singgah di Pattani. Kenapa tidak Melaka, Melaka juga pusat perdagangan dan penyebaran Islam terkemuka.

Bagi aku, hikayat itu hanya menggambarkan watak atau sifat umat Melayu ketika itu.

Hang Tuah – watak di mana sifat Melayu yang sangat tunduk patuh kepada penguasa/bos sehinggakan di hukum bunuh kerana fitnah pun langsung tidak dikesali. Begitulah totoknya kepatuhan sifat Hang Tuah. Walaupun sedih, ditikam juga sahabat yang membela beliau. Selepas bunuh, menangis penyesalan. Tidakkan bodoh tindakan begitu (jika zaman ini sudah pastu dituduh gila). Tindakan bodoh yang dikutuk manusia sekiranya ia berlaku di zaman sekarang. Zaman ini pun masih ada yang menyokong totok macam ini, tp bila bos hilang kuasa, nasib la kau bos hehehehe.

Hang Jebat – watak yang sangat setia kepada setiakawan. Tapi rela mengalirkan darah jika sahabatnya di perkotak katikkan oleh sultan/penguasa/PM. Menggegarkan bumi Melaka hanya kerana seorang sahabat.

3 Hang lain – kemana watak ini selepas Hang Tuah bergaduh dengan Hang Jebat? Mungkin ini sifat Melayu zaman dulu dan sekarang, menyelamatkan diri sendiri dan menjaga periuk nasi sendiri. Jika di lawan, mungkin hilanglah pekerjaan, projek.

Kesimpulannya, bandingkanlah perkara ratusan tahun yang lepas dengan yang berlaku sekarang. Pasti ianya sangat sama dari segi sifat. Setiap 10 tahun sekali, negara kita akan digemparkan dengan perbalahan peringkat atasan. Sifatnya sama, satu pihak membantah penguasa, satu pihak menyokong penguasa dan pihak ketiga walaupun ramai, mereka masing-masing akan menyelamatkan diri dari terlibat dengan persengketaan.

Pedulikan kewujudan mereka, belajarlah dari sejarah. Hayati semangat dan sifat Hang Tuah 5 bersaudara. Baandingkan sifat mereka dengan sifat masyarakat Melayu zaman ini.

p/s Ada juga sejarah yang sangat menghiris hati aku. Tun Teja tunangan orang sanggup dilarikan oleh Tuah semata-mata keinginan nafsu Sultan. Bila tunangannya anak raja Terengganu Megat Panji Alam marah, dibunuh pula oleh Jebat dan Kasturi. Kan logik dan bersebab beliau mengamuk, siapa tidak marah tunangan dilarikan orang lain.