Thursday, June 16, 2011

Karikatur Utusan Malaysia


Apa motif kartun ni?
Nak sindir? Nak perli?
Hati-hati oittttt. Bahaya kalo main-main dengan hukum hakam ni.

Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan 4 orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil di dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik (Surah an-Nur, ayat 4)

Tujuan dari hukuman sebat dikenakan ialah untuk memelihara maruah orang yang dituduh yang telah dicemarkan nama baiknya dengan tuduhan zina (termasuk juga rogol dan liwat). Dalam kes seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol, pengadu juga wajib membawa empat orang saksi yang melihat perkara tersebut. Bagaimanapun, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti yang lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada masyarakat awam kerana tuduhan masih belum dibuktikan. Tuduhan dan bukti-bukti tersebut hendaklah dibicara dengan di dalam mahkamah di hadapan hakim yang berautoriti. Justeru, video dan apa jua bukti tetap boleh diterima sebagai bukti untuk dibicarakan di mahkamah tetapi ia tidak mutlak sebagaimana empat orang saksi yang adil. Ia tidak boleh dijadikan rujukan asas kerana ia boleh dimanipulasi dan terdedah kepada rekaan dan pengubahsuaian. Adapun senario yang berlaku pada hari ini ialah kecenderungan untuk menjadikan rakaman video sebagai bukti asas tanpa melalui penghakiman dan perbicaraan yang sepatunya.

Inilah hukum Islam. Ia menjaga hak orang yang menuduh (serta mangsa) dan juga menjaga hak orang yang dituduh. Jika Hanya orang menuduh mempunyai hak, sesiapa sahaja berhak untuk tampil mendakwa dirinya dirogol dengan membawa bukti yang direka-reka, sementara menunggu perbicaraan bermula, si tertuduh telah diaibkan dan dijatuhkan maruahnya.











Wednesday, June 15, 2011

Ma

Hidup di dunia
Orang yang paling tidak boleh kita derhaka
adalah ma kita

Walau macam mana betul pun kita
Tone suara tinggi sikit dari ma kita pun
Dosa sebesar gunung menimpa kepala
Kebetulan dia meninggal dalam keadaan tak puas hati kepada kita
Neraka selama-lama lah kita.

Derhaka kepada orang lain belum tentu masuk neraka
Tapi derhaka kepada ma, tak payah beli tiket
Straight to the HELL
Tak perlu tinggal solat
Straight to the HELL
Tak perlu ponteng puasa
Straight to the HELL
Hanya kerana derhaka kepada ma.

Ma
ajae mintak maaf jika banyak meninggi suara
Ma
ajae bukan anak ma yang boleh dibanggakan
Ma
ajae minta maaf kalo sebelum ini melebihkan orang lain dari ma
Ma
ajae tak sanggup ke neraka kerana derhaka kepada ma




Tuesday, June 14, 2011

Apa Yang Lelaki Tidak Suka Pada Wanita

Wanita yang suka mengumpat
Sombong dan bongkak
Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
Kurang sifat kasih sayang
Pengotor dan pemalas
Tak bertanggungjawab langsung
Tak pandai mengemas
Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
Kuat berleter walau hal remeh temeh
Boros berbelanja
Tidak tahu memasak
Queen Control atau suka mengarah-arah
Tak pandai bergaya atau selekeh
Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
Panas baran
Kuat merajuk dan sukar dipujuk
Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Sumber:
http://www.zoomartis.net/2011/06/tips-zoom-apa-yang-lelaki-tidak-suka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Zoomartis+%28Malaysian+Artist+%29









Layan Suami Macam Pelacur Kelas Pertama

Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ - Dr Rohaya, Naib Presiden Kelab Isteri Taat.

Kesian Dr Rohaya, niat asalnya baik, sangat baik. Melayan seperti pelacur kelas pertama bukan bererti menjadi pelacur atau manjadi hamba abdi.

Seperti biasa sekonyong-konyong ada orang besar menuduh Dr Rohaya seperti menggalakkan lelaki mengambil peluang ke atas golongan wanita. Yang paling lawak, menuduh beliau menggalakkan kaum lelaki berpoligami. BODOH. Menjadi seperti, bukan bererti menjadi pelacur, BODOH!!!

Bila baca paper, hari-hari kuar cerita pasal ni. Orang lelaki senyap je, kenapa? Tak pernah terfikir kenapa? Malahan orang besar lelaki senyap 'tupah'. Yang bisingnya orang besar wanita.

Dari sudut lain, memang mungkin bagi yang 'beriman' kononnya agak tersentap dengan penggunaan perkataan pelacur. Mereka lebih suka menggunakan layanan seperti wanita kelas pertama. Tapi harus diingat, manusia ni ada pelbagai jenis. Ada jenis yang tak reti bahasa, ada yang sekali bgtau pun dah paham, ada yang kena rotan baru paham dan ada yang kena jerkah pun masih tak paham-paham lagi.

Hina ke layan suami macam pelacur kelas pertama yang berharga beribu-ribu semalaman? Menjadi pelacur kepada lelaki lain dijanjikan neraka, tetapi menjadi pelacur kepada suami silap-silap kejap je dihisab sebelum diarak ke syurga!!!

Ahhhh lain orang lain pemahaman. Berikut ialah cerita yang boleh dijadikan pedoman kepada orang wanita besar berduit banyak tu.

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam.
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! !
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
" jawab Mutiah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! !
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Nah!!! mcm mana? Itu baru layanan kelas pertama di dalam rumah. Bezakanlah, si orang besar wanita tu boleh buat macam tu, silap suami dia plak yag kena ikut cakap dia, hahah malang suami itu. Boleh tiru mcm mutiah? dia memang dah konpom syurga. Beliau yang akan menarik pedati dinaiki Fatimah ke syurga. Maknanya kaki beliau yang pertama jejak syurga, bukan Fatimah. Amcam? ada lagi ke wanita mcm tu kt dunia ni???







Monday, June 13, 2011

Seri Pemanok Makin Hilang?

Dulu, majlis kenduri, berkhatan (umah aku biasa jadi port), asyura, semuanya dilakukan secara bergotong royong.

Hinggakan cuci kubur, kait petai (skang jd masjid baru Pemanok) buat sekali. Masa tu ingat lagi, siap jumpa tempat harimau tidur lagi, dan siap kesan cakar kuku dia kat batang pokok. Aku standard la, abah yang bawak gi tempat tu,dengan moto abah. Fuhhh xda yang lebih seronok selaind ari naik moto dengan abah masa tu.

Itu dulu...

Sekarang banyak cerita yang sedih je dalam sedekad ni.

Abah meninggal di usia yang muda (44)tahun 1997.

Moyang (paksu pa) belah mek meninggal tahun 1999.

Moyang (mak bukit) belah ayah meninggal tahun 2000. (umur 100 lebih tu).

Abang sulung aku meninggal tahun 2000.

Dua pupu mati lemas di Bukit Bakar sekitar 2003.

Baby ira meninggal dalam perut dikala 9 minggu lagi utk dilahirkan, 2011.

Kemudian sekeliling kampung, terdengar isu perbalahan isu tanah. Walhal boleh diselesaikan secara aman kalo ikutkan otak aku yang ciput je ni. Bertetak berparang adik beradik kerana sempadan tanah. Buat rumah masuk tanah orang, tapi tanak bayar. Walau seciput je masuk tanah org, byr tetap kena bayar. Takpe2, besok ko byr dgn pahala ko yang banyak tu. Isteri mohon cerai di usia sudah pencen. Kita ketepikan je la dulu hal orang lain.

Sudah agak lama aku x berkumpul ramai-ramai di Pemanok. Helai tawa gurau senda dan usik mengusik. Suara aku paling kuat sekali. Bak kata ma, suara aku dr kecik mcm plaka (petir). Aku sengih2 je.

Yang betul2 best, adalah bila hari raya. Semua balik kg. 2 permata hati aku si budak nakal dania dan adam memang menggamit dan meriuhkan Pemanok. Sekurang-kurangnya kesunyian aku hilang begitu sahaja bila ada mereka.

Tetibe takda mood nak berb blog, aku sambung lain kali je lah!!!!!!!!!







Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti

Fizikal dan mental sudah penat
Tiada daya dan semangat telah lama hilang
Penat..... Penat untuk segala-galanya
Rehat sebentar,sementara angin mencucuk-cucuk dinding perut
Tiba-tiba datang berita menyayat hati
Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.

Penantiaanya begitu menggembirakan
setelah si abg sulung pergi dahulu
penantiannya mengukir senyum setiap legasi kami
akhirnya, Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.

9 minggu sahaja memisahkan
Antara dunia sementara dan dunia nyata
Begitu hampir malah setiap anggota sudah sempurna
Namun, Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.

Sepupu aku memang kuat
Dari kecil lagi, dia memang lebih kuat dari aku
Semangat dia nyata kental, disebalik kehancuran semangat aku
Senyuman selalu terukir dengan gurauan, menyejukkan hati Zaimee
Menanti saat tiba, yang ditunggu oleh sesiapa sahaja di dunia ini
Bagi yang diberi peluang oleh Penguasa dan Pemberi
Apakan daya, Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.

Semoga mereka tabah
Kerana mereka lebih tabah dari aku
Semoga mereka kuat
Kerana mereka lebih kuat dari aku
Biarkan dia pergi dengan aman
Kerana, Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.







Sunday, June 12, 2011

Kelantan Kalah Bukan Kerana Daudsu !!!!!


Mungkin Ramai Yang salahkan Daud Su kerana menyebabkan kekalahan Kelantan dalam Final Piala FA tapi…

Ya memang betul Daud Su Yang Jaringkan Gol di Minit terakhir, tapi hakikatnya bukan itu yang di ingikan beliau, mana ada pemain yang sanggup menjaringkan gol sediri di saat Kejuaran betul betul hampir dalam gengaman, dan kalau pun Daud Su tiada di situ jaringan mungkin akan tetap terjadi keran masih terdapat dua pemain Terengganu Yang berada di belakang beliau dan mampu Rebound bola tersebut ke Gawang.

Yang pasti jangan kerana kesilapan yang tidak di sengajakan, Peminat Kelantan Menghukum dan mencemuh Daud Su yang pada hakikatnya telah banyak membantu Pasukan Red Warriors selama ini, dan kejadian tadi pun berpunca daripada semagat beliau untuk menyelamatkan gawang dari dibolosi.

Tapi Ada satu Hakikat yang sepatunya kita sedar…..

Kekalahan malam ini adalah berpunca daripada Peminat Bolasepak Kelantan sendiri, iaitu penonton, Tapi bukan Ahli Kelab Red Warriors, kerana dia memang tidak layak untuk menjadi peminat Red Warriors, Peminat dan Individu yang aku maksudkan ialah Makhluk Yang telah membaling mercun kearah Gol Terengganu dan menyebabkan Perlawanan terpaksa dihentikan selama 4 minit, Kalau makhluk tu tidak ada di Stadium Malam Ni memang Kelantan dah pun bawak balik Piala FA,

Kalau bukan kerana makhluk yang baling mercun tu perlawanan dah ditamatkan lebih awal, dan kita akan tersenarai sebagai salah seorang Juara Piala FA,

Kalau Bukan Kerana Makhluk yang baling Mercun tu kita mungkin mampu melengkapkan senarai piala kemenagan…

Kalau bukan Kerana Makhluk Yang Baling Mercun tu Kita sekali lagi akan merayakan kejayaan dengan melakukan perarakan besar besaran…

Jadi Pada Daud SU… Ini Bukan Salah Anda dan anda tetap salah seorang tunggak Red Warrior yang Berjasa…

Untuk Makluk Yang baling Mercun tu….. Jasa Mu tetap dikenang dan terima kasih kerana menghampakan seluruh rakyat Kelantan

Ps : Lepas NI buat la lagi….

Sumber:
http://dnobiz.com/santai/daud-su-kelantan-kalah-bukan-kerana-daud-su-tapi-kerana/