Wednesday, August 28, 2013
Bukti Mursi Tidak Dikongkong
Kenyataan balas kepada temubual Sinar Harian bersama Profesor Dr Mohammed Selim, wakil Rejim Kudeta ke Malaysia. http://on.fb.me/18ZMIa2
SHAH ALAM - Kenyataan seorang profesor sains politik dari Mesir yang mendakwa Dr Mohamed Mursi terpaksa digulingkan kerana beliau mengecewakan majoriti rakyat negara itu yang memilihnya pada pilihan raya presiden tahun lalu lantaran terlalu memberi ruang kepada Ikhwanul Muslimin untuk memerintah, dicabar pakar politik Timur Tengah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Menurut Maszlee, apa yang disebut oleh Prof Dr Mohammad Selim, saintis politik dari Universiti Kaherah itu sama dengan propaganda kumpulan penentang Mursi, Tamarood yang mendakwa Mursi sekadar jadi 'pak turut' kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain sedangkan rakyat Mesir memilih beliau untuk jadi presiden mereka, bukan Ikhwan Muslimin.
"Mursi dituduh oleh Tamarood sebagai presiden yang tidak berkuasa sebaliknya yang berkuasa adalah Ikhwanul Muslimin. Dari sudut mana dikatakan begitu? Dalam membuat keputusan, setiap keputusan Mursi dibuat bersama Majlis Penasihat Presiden. Dalam majis itu, hanya seorang saja wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Wael Haddad. Itu pun Wael Haddad adalah penasihat Mursi dalam hal hubungan antarabangsa. Anggota Majlis Penasihat lain pelbagai latar belakang, ada wakil Kristian Koptik, wanita, teknokrat, Salafi."
Paling jelas, kata Maszlee, Mursi malah pernah menawarkan jawatan timbalan presiden kepada Mohamed El Bardaei, pesaingnya dalam pilihan raya.
"Bukan El Baradei saja, calon-calon lain juga ditawarkannya jawatan, satu bukti komitmennya untuk perpaduan dalam politik Mesir. Satu lagi bukti ialah beliau tidak meletak orang Ikhwan sebagai Menteri Pertahanan, posisi yang sangat penting untuk pemerintahannya sebaliknya beliau lainti Abdel Fattah Al Sisi. Beliau gantikan Hussain Tantawi dengan Al Fattah yang akhirnya menggulingkan beliau.
"Jadi di mana boleh dikatakan Mursi memerintah dengan ikut telunjuk Ikhwan? Itu yang saya tidak faham," katanya. Maszlee menjelaskan demikian kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Selain itu kata Maszlee, perkara yang paling nyata pada era Mursi ialah Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil bukan orang Ikhwan.
"Beliau juga tidak melantik rakannya, Muin Abdel Futuh yang keluar meninggalkan Ikhwan ke Kabinet atau Majlis Penasihat Presiden. Terlalu banyak fakta untuk menyangkal kenyataan seperti itu," katanya.
Sebenarnya jelas Maszlee ada banyak bukti untuk dijadikan hujah penggulingan Mursi dirancang, didalangi oleh saki baki rejim Mubarak dan juga kaitan dengan kuasa asing.
"Apabila berlaku revolusi 25 Januari 2011 yang menyaksikan jatuhnya bekas Presiden Hosni Mubarak, kita tidak boleh anggap bahawa revolusi itu sudah sempurna. Ini kerana walaupun kepala (Mubarak) sudah dibuang, badan dan ekornya masih yang lama. Jadi keadaan tidak banyak berubah seperti apa yang disangka.
"Bayangkanlah, polis terutama daripada Cawangan Khas (SB) yang sudah sekian lama melindungi seorang diktator (Mubarak), terpaksa menghadapi perubahan besar untuk berkhidmat kepada rakyat di bawah pentadbiran Mursi. Begitu juga tentera. Inilah yang mungkin jadi masalah bagi mereka, walaupun Mursi tidak mengongkong mereka sebagaimana di bawah rejim Mubarak."
Lebih ketara, kata Maszlee, di bawah pemerintahan Mursi juga, pejabat Ikhwanul Muslimin di seluruh Mesir diserang, diceroboh, dibakar dan dirompak oleh kumpulan samseng yang dikenali sebagai Baltajia.
"Sungguh pun demikian, polis tidak ambil tindakan, biarkan saja. Inikah apa yang dikatakan Ikhwanul Muslimin menguasai pentadbiran Mursi sedangkan dalam keadaan keselamatan mereka sendiri diancam oleh samseng pun, polis tidak buat apa-apa sedangkan presiden orang mereka?" tanya Maszlee.
Selain itu, kata Maszlee, media juga rata-ratanya masih dikuasai oleh penerbit dan editor yang pro Mubarak. Ini termasuk Naguib Sawiris, taikun media Mesir daripada etnik Kristian Koptik yang diketahui bersikap anti Mursi dan anti Ikhwanul Muslimin.
"Sewaktu revolusi 25 Januari 2011, banyak gereja diserang tetapi polis tidak ambil tindakan kerana apa yang saya andaikan, mereka sengaja mahu beri gambaran buruk kepada revolusi tersebut. Di Mesir, politik mereka tidak kreatif. Sejak zaman Gamel Abdel Nasir yang naik jadi presiden selepas rampasan kuasa tentera pada 1952, seluruh dunia dimomokkan Ikhwanul Muslimin kumpulan yang ganas.
"Mereka tidak ada skrip baru dan ini menyebabkan pihak luar, media antarabangsa, kumpulan hak asasi sesetengahnya sudah tak larat nak layan Mesir. Kita amat sedih apabila seorang profesor universiti (Selim) pun tidak boleh berfikir out of the box (di luar kotak)," katanya.
Sebenarnya, kata Maszlee apa yang paling jelas di sebalik penggulingan Mursi ialah tangan ghaib pihak yang terjejas sejak pemimpin Ikhwan itu naik sebagai Presiden Mesir.
"Ini sudah tentu AS dan Israel. Paling nyata, dalam tempoh setahun saja jadi presiden, Mursi dengan berani telah menyanggah telunjuk AS yang menetapkan peraturan bahawa negara itu tidak boleh menanam gandum lebih daripada 20 peratus yang diperlukan rakyatnya. Peraturan ini termaktub dalam Perjanjian Camp David yang dimeterai pada 1978.
"Tetapi Mesir di bawah pemerintahan Mursi yang singkat itu, berjaya mengeluarkan gandum sehingga 60 peratus dengan bantuan Rusia. Mesir juga pada era Mursi mengikut model ekonomi Malaysia, 'dasar pandang ke Timur' ketika di bawah Tun Dr Mahathir dengan menjalin hubungan dagang dengan Rusia, China, Jepun dan Singapura.
Juga negara Selatan antaranya Brazil, Chile dan Venezuela. Ini yang tidak digemari oleh AS. Mereka bimbang jika Mesir terus dibiarkan dalam tangan Mursi, republik itu mungkin akan jadi Turki kedua," katanya.
Sumber : Sinar Harian
Thursday, August 22, 2013
37 maut bas Genting - KL jatuh gaung
GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Sebanyak 37 orang maut apabila sebuah bas ulang-alik Genting Highlands yang membawa 53 penumpang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter sewaktu menuruni pusat peranginan itu di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands- Kuala Lumpur hari ini.
Nahas terburuk dalam sejarah kemalangan negara itu berlaku kira-kira pukul 2.24 petang ketika bas dipandu Lim Kok Ho, 44, yang turut maut, menuruni puncak Genting Highlands ketika hujan renyai-renyai menuju ke ibu negara.
Selain 37 mangsa yang terkorban, 16 lagi penumpang cedera parah dan mereka dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong.
Malah ada di antara mangsa kemalangan ngeri itu yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter selepas kenderaan itu terhumban ke dalam gaung. Kebanyakan mangsa maut akibat terhimpit dan tercampak ke bahagian tempat duduk pemandu selepas bas itu terjunam.
Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Soiman Jahid memberitahu, bas itu dipercayai hilang kawalan sewaktu menuruni selekoh berhampiran tokong Cina lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.
Terdapat beberapa mangsa yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter ke dalam gaung ketika bas itu terhumban.
Sebanyak 53 penumpang dipercayai menaiki bas berkenaan. Bagaimanapun setakat ini kita belum mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.
Mangsa pertama yang cedera dibawa keluar pada pukul 3.54 petang manakala mayat terakhir dikeluarkan pada pukul 8.01 malam. Kesemua mayat mangsa dihantar ke HKL manakala 16 mangsa yang cedera dihantar ke HKL, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Identiti kesemua mangsa yang maut belum disahkan namun pecahan mereka ialah seorang lelaki Melayu; 19 lelaki Cina dan sembilan wanita Cina; tiga lelaki India dan seorang wanita India serta keturunan lain tiga lelaki dan seorang wanita.
Menurut Soiman, sebanyak 452 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan perubatan bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan mangsa kemalangan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memberitahu, setakat ini belum dikenal pasti sama ada terdapat kanak-kanak yang turut terkorban.
Pasukan menyelamat menggunakan kren untuk mengeluarkan semua mereka yang tercedera dari lokasi kejadian," katanya.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai melawat tempat kejadian.
*Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di genting highlands semalam....

KUALA LUMPUR: Berikut senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan bas di Genting Highlands semalam dan hospital tempat mereka menerima rawatan.
HOSPITAL BENTONG, PAHANG
1. Nama :Suryadi Budiarto
Jantina :Lelaki
Umur :52 tahun
Warganegara:Indonesia
HOSPITAL SELAYANG
-----------------
1. Nama :Nurul Quraitul Aini
Jantina :Perempuan
Umur: :20 tahun
Warganegara:Malaysia
2. Nama :Rezyan
Jantina :Lelaki
Umur :24 tahun
Warganegara:Bangladesh
3. Nama :Nurfridil Gusman
Jantina :Lelaki
Umur :23 tahun
Warganegara:Indonesia
4. Nama :Raawlok
Jantina :Lelaki
Umur :14 tahun
Warganegara:Bangladesh
5. Nama :Nur Shamimi Jaafar
Jantina :Perempuan
Umur :25 tahun
Warganegara:Malaysia
6. Nama :Nur Fathih Jaafar
Jantina :Perempuan
Umur :22 tahun
Warganegara:Malaysia
7. Nama :Rashidah Buyah
Jantina :Perempuan
Umur :50 tahun
Warganegara:Bangladesh
8. Nama :Andri Purwadi
Jantina :Lelaki
Umur :25 tahun
Warganegara:Indonesia - BERNAMA

Sunday, August 4, 2013
Khilafah Islam pernah wujud di Nusantara dan pusat pentadbirannya adalah di di Ayuthia, Siam
https://www.facebook.com/photo.php?v=489224244500251
"Khilafah Islam pernah wujud di Nusantara dan pusat pentadbirannya adalah di di Ayuthia, Siam. Pada waktu itu sudah ada sistem pertukaran khalifah 5 tahun sekali disana."
"Wilayah Melaka pada masa itu adalah dari Bandar Hilir Melaka di Melaka hari ini hingga ke Ulu Melaka di Langkawi"
"Tempat pertempuran besar antara Pihak Portugis dengan Kerajaan Islam Melayu berlaku di Teluk Bahang-Kuala Kedah."
"Syed Abdul Rahman adalah nama sebenar Hang Tuah ketika berkhidmat di Ayuthia"
Itu adalah diantara beberapa kata kunci kepada sejarah Islam yang telah digelapkan di Nusantara.
Admin sejak dua tiga tahun lepas sudah mengikuti bibit-bibit sejarah Islam Nusantara yang sudah mula timbul sikit demi sedikit. Pada waktu itu pun sudah ada ramai yang tahu akan adanya kerajaan Islam Ayuthia atau Kedah Tua.
Hari demi hari ada sahaja yang sedar akan perkara ini dan membuat kajian masing-masing. Kesedaran kepada sejarah yang benar ini mula mendapat perhatian ramai terutamanya sejak dokumen Undang-Undang Kedah kembali ke Tanah Melayu.
Antara yang menjadi perhatian ialah apabila keluarnya kuliah Mudir Darul Hadith Kedah iaitu Syeikh Zainol Asri Mohd Romli menceritakan pengalaman peribadinya bertandang ke Ayuthia.

Zakiyamani Tohai Saya pernah bersembang dgn seorang warga Pattani, katanya terdapatperigi Hang Tuah bersebelahan Masjid Kerisik, kebenarannya Wallahua'lam. Satu perkara lagi jika disingkap, Pattani juga diberi Gelaran pattani Darussalam,Acheh Darussalam dan hingga kini Brunei yang masih kekalkan Brunei Darussalam.
Hasrul Rizal Ulu melaka di langkawi...hilir melaka kat negeri melaka bayangkan betapa besarnya pelabuhan melaka masa tu...masyaALlah....
Pak Abu Ada maklumat mengatakan Ayuthiya di perintah oleh kerajaan Islam berbangsa Siam (bukan bangsa Thai). Dikatakan di Paris terdapat catatan dari pedagang Perancis pada masa pemerintahan Islam terdapat tidak kurang 20 masjid di Ayuthaya. Apabila kesulatanan Islam Kemboja di bawah diserang oleh tentera Die-Viet (Vietnam) keluarga sultan telah berpindah berlidung di barat. Maksudnya di Ayuthaya. Apabila Ayuthaya ditakluk oleh tentera bangsa Thai-Buddha dari sempadan Burma masjid-masjid telah diubah menjadi wat-wat Buddha. Orang dewasa dibunuh dan kanak-kanak dipaksa menganut agama Buddha. Namun sebahagian penduduk Islam Siam ini telah melarikan diri ke Tanah Melayu terutamanya Kedah. Sebab itu di Kedah terutamanya di pendalaman Kedah terdapat keturunan masyarakat Melayu yang bercakap bahasa Siam. Bahasa Siam berbeza dengan bahasa Thai. Mereka adalah bangsa Melayu Siam keturunan dari Ayuthaya dahulu. Dalam sejarah lama Eropah negara Thailand dikenali dan dicatatkan sebagai negara Siam. Ia merujuk kepada negara Islam Siam. Apabila negara ini dikuasai oleh bangsa Thai-Buddha ia telah diubah menjadi Thailand sebagaimana dikenali sekarang.
Gabriel Ally II Sy berkerja di singapura..sy pernah terbaca 1 artikel dlm Berita harian singapura tahun lepas mengenai kajian mendalam seorang prof.berbangsa Yugoslavia yg mengajar di NUS..sebenarnya kerajaan Melaka brmula dari Langkawi hingga ke kepulauan Riau..pusat ketenteraan armada laut Melaka berpusat di Temasik(singapura lama).pelabuhan di temasik di kuasai seorang laksamana Melaka.pada hujung 1500 5 org warga Okinawa telah di tawan kerajaan Cambodia..raja Okinawa telah menghantar surat yg ditujukan kpd Sultan Melaka untk meminta bantuan dan surat ini telah dijawab oleh wakil sultan iaitu laksamana ini..siapa laksamana ini?..surat ini masih wujud di muzium Okinawa...1 lagi sejarah barat mengatakan melaka bertahan hanya mengguna keris dan tombak adalah mitos yg di cipta untk melemahkan bangsa melayu itu sendiri..menurut manuskrip2 kuno yg tertulia dalam tulisan2 jawi bangsa melayu lah yg mencipta meriam2 kecil sehingga boleh di bawa oleh sesrorang askar dan ia menyerupai senapang moden
Monday, July 29, 2013
Orang Kelantan dan Internet
Anda pasti terkejut dengan hasil eksperimen yang admin buat sendiri menggunakan aplikasi Google Trends yang membolehkan kita melihat statistik penggunaan internet di seluruh dunia. Pada post kali ni, admin akan tunjuk beberapa hasil data eksperimen yang mengejutkan admin sendiri dan anda juga pasti boleh menilai hasil kajian ini.
Google Trends adalah aplikasi Google yang menyimpan dan memapar data penggunaan search engine seterusnya memetakan data untuk kegunaan kajian. Admin akan embed setiap aplikasi data pada post ini. Setiap data adalah berpandukan keyword carian di search engine.
Anda hanya perlu rujuk dan klik pada negeri-negeri yang telah didatakan di bawah untuk melihat index carian. Admin akan buat ulasan dan ringkasan pada penghujung post.
Carian “PRU 13″
Carian “Pas”
Carian “BN”
Carian “Pakatan Rakyat”
Carian “Keadilan”
Carian “DAP”
Carian Rasuah
Jika anda rujuk taburan data search engine di atas, anda pasti terkejut betapa aktifnya penduduk Kelantanmenggunakan internet untuk mendapatkan maklumat. Hampir 80% dari carian keyword penting dalam politik Malaysia telah didominasi oleh penduduk Kelantan.
Laporan index ini juga membuktikan Kelantan bukan negeri yang mundur, malah boleh dikatakan paling maju dari segi kaedah kajian maklumat mereka. Negeri yang diterajui oleh pimpinan Pas itu menunjukkan mereka tidak cetek maklumat walaupun negeri itu ditekan dari pelbagai sudut, dari segi politik, kewangan, kemudahan, royalti minyak dan pelbagai lagi.
Orang Kelantan bukan orang kampung, orang Kelantan paling celik politik di Malaysia
Setelah meneliti hasil data yang diberi, quote di atas mempunyai asas yang kuat. Data-data menunjukkan penduduk di Kelantan bukanlah orang berpemikiran ‘kampung’ yang hanya mendapatkan maklumat dari buah mulut orang dan janji manis wakil rakyat yang dipilih.
Jika anda rasa post ini sangat berguna, bolehla tekan like dan share kat bawah ni.. Admin akan membuat beberapa kajian data lain menggunakan Google Trends untuk menilai apa yang kita cari di internet.
Sunday, July 28, 2013
Tidur sekejap selepas solat sunat subuh... sunnah yang dilupakan !!!
![Photo: [Soalan 31] Salam ustaz, saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah. Agak berulang-ulang juga saya melihat perbuatannya. Segan untuk bertanya beliau, jadi soalan saya, adakah ada nas perbuatannya itu?
[Jawapan 31] Waalaikumussalam. Ya, perbuatan berbaring sebelum iqomah solat subuh iaitu selepas mengerjakan solat sunat sebelum Subuh ialah perbuatan yang thabit di dalam sunnah Rasulullah SAW. Agak malang, sunnah ini agak tidak masyhur di kalangan masyarakat kita.
Daripada ‘A-isyah R’anha:
كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا صلى ركعتي الفجر اضطجع على شقه الأيمن
Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”
Dikatakan bahawa hikmah berbaring sekejap dan bukannya lena tidur ialah untuk mengingatkan kita bahawa kematian akan menjemput bila-bila masa sahaja. Dan manusia apabila mati hanya akan 'berbaring' sementara sahaja di alam kubur sebelum dipanggil untuk menghadapi hisab di hari kiamat, wallahualam.
Kami kepilkan bersama gambar cara berbaring yang menghampiri kaedah Rasulullah SAW berbaring....
kredit : Anda Bertanya Islam Menjawab](https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/p480x480/1002461_615315768489620_2060228691_n.jpg)
[Soalan 31] Salam ustaz, saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah. Agak berulang-ulang juga saya melihat perbuatannya. Segan untuk bertanya beliau, jadi soalan saya, adakah ada nas perbuatannya itu?
[Jawapan 31] Waalaikumussalam. Ya, perbuatan berbaring sebelum iqomah solat subuh iaitu selepas mengerjakan solat sunat sebelum Subuh ialah perbuatan yang thabit di dalam sunnah Rasulullah SAW. Agak malang, sunnah ini agak tidak masyhur di kalangan masyarakat kita.
Daripada ‘A-isyah R’anha:
كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا صلى ركعتي الفجر اضطجع على شقه الأيمن
Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”
Dikatakan bahawa hikmah berbaring sekejap dan bukannya lena tidur ialah untuk mengingatkan kita bahawa kematian akan menjemput bila-bila masa sahaja. Dan manusia apabila mati hanya akan 'berbaring' sementara sahaja di alam kubur sebelum dipanggil untuk menghadapi hisab di hari kiamat, wallahualam.
Kami kepilkan bersama gambar cara berbaring yang menghampiri kaedah Rasulullah SAW berbaring....
kredit : Anda Bertanya Islam Menjawab
Tuesday, July 16, 2013
Cara nak kawal harga ayam???
Contract Farming adalah kaedah penternakan yang dilakukan oleh syarikat2 besar seperti KFC bagi memastikan bekalan ayam segar mereka mencukupi dengan harga yang terkawal.
Petani hanya menyediakan reban yang berkapasiti 10 ribu ekor pengeluaran sehari dengan 30 reban. KFC pula membekalkan anak2 ayam, makanan ayam, vaksin, ubat-ubatan, manakala di pihak penternak pula selain dari reban tertutup hendaklah menyediakan pekerja, utiliti, keselamatan dan lain-lain berkaitan kebersihan dan keselamatan.
Penternakan moden cara KFC membolehkan penuaian ayam dewasa hanya dalam tempoh 30 hari. Reban moden bertutup, berlampu dan bersaliran udara dengan sistem pembersihan automatik membolehkan reban direhatkan hanya beberapa jam selepas penuaian dan anak-anak ayam baru boleh diternak semula.
KFC memberikan bayaran tunai RM1 (seringgit) bagi setiap ekor ayam yang dituai dengan risiko kematian ayam yang minimal dan terkawal bagi mengelakkan ayam dijual ke luar.
Seandainya kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan sistem ini secara terus iaitu tanpa kontraktor pembekal anak ayam, makanan dan lain-lain, harga seekor ayam mampu dikawal dibawah paras RM5.00 sekilogram. Ini bermakna Kementeria menerusi agensi-agensinya mesti mengeluarkan makanan ayam sendiri dan menyediakan hatchery sendiri yang berkapasiti 1 juta ekor minima sebulan.
Kaedah penternakan secara kontrak ini jika dibuka kepada rakyat marhaein terutamanya dari kalangan bumiputera mampu melahirkan sekurang-kurangnya 100 jutawan ayam dalam tempoh setahun sahaja.
Kiraan mudah ; 10,000 ekor ayam x RM1 x 30 hari = RM300,000.
Kos kakitangan, utiliti dan lain-lain dibawah RM50,000 sebulan; ini bermakna usahawan ayam mampu meraih keuntungan bersih RM250,000 sebulan iaitu RM3 juta setahun.
Sekiranya peluang ini dibuka hanya untuk 150 orang usahawan sahaja, maka kerajaan mampu mengeluarkan 1.5 juta ekor ayam sehari. Bayangkan jika peluang ini dibuka kepada 200 atau 500 usahawan, nescaya kita mampu mengeksport ayam dan produk berasaskan ayam halal dalam tempoh setahun sahaja.
Kaedah ini mampu mengimbangi harga ayam di pasaran maksima 2 bulan dari tarikh perlaksanaan, sekiranya diuruskan dengan betul.
Kejayaan sistem ini memerlukan komitmen dari semua pihak dan paling penting adalah TIADA KONTRAKTOR ATAU PEMBEKAL PIHAK KETIGA TERBABIT!
Azanisham Samat
FB
Rahsia Masjid Nabi Yang Disembunyikan
Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)

Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan
Tulisan didinding timur makam dihapuskan – dalam petak merah
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai
Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi
Subscribe to:
Posts (Atom)