Thursday, April 7, 2011

Lagi Kes Jatuh Bangunan SPRM


BERITA HARIAN KUALA LUMPUR: Pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan semalam, datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibongkar baru-baru ini.


Ahmad Sarbani Mohamed, 56, (atas) yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.








UTUSAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 6 April – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dalam aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain dalam Operasi 3B pada Jumaat lalu, ditemui mati terjatuh di bangunan Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, di sini hari ini.


Mayat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui berlumuran darah dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan tersebut. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, Ahmad Sarbani ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat sini bagi membantu siasatan melibatkan Operasi 3B iaitu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.


Beliau berkata, pegawai JKDM terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan pada pukul 12.30 tengah hari, keesokan harinya. “Pada pukul 8.26 pagi ini, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang motosikal. “Sebaik sahaja tiba, beliau meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi membincangkan kes terhadapnya,” kata Mustafar pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur hari ini.


Menurutnya, disebabkan pengawai penyiasat yang ingin ditemui sedang bermesyuarat, maka Ahmad Sarbani menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi sebelum seorang pegawai lain datang berjumpa dan mengiringinya untuk menemui pegawai penyiasat berkenaan.


Beliau berkata, pengawai pengiring terbabit berada bersama Ahmad Sarbani dalam bilik pejabatnya di tingkat tiga, namun tidak lama kemudian meninggalkan mangsa bersendirian kerana mahu mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui oleh mangsa.


Selang beberapa minit, katanya, pegawai pengiring itu kembali ke pejabatnya dan mendapati Ahmad Sarbani sudah tiada di situ. “Setelah mencari dalam kawasan pejabat, antara pukul 10.15 dan 10.20 pagi, seorang pegawai terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini,” katanya.







No comments: