Semalam telah tersebar video seks yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang telah tersebar di Youtube. Namun pada pagi ini, 5 April, video itu telah dibuang. Mengikut komen dari orang ramai, semacam ramai yang percaya itu anwar, dan ada jugak yang kata badan orang tu 'tough' banding anwar, dan perut dia mmg buncit sedikit.
Akhbar hari ini pula semacam bertindak menjatuhkan hukuman mendahului mahkamah. Kita tunggu sahaja apa yang berlaku kat Malaysia selepas ini.
Apa pun, jika benar memang pemimpin tersebut yang melakukan seharusnya beliau meletak jawatan. Jika bukan beliau, agak-agak berapa ramai yang kena menjawab dalam kubur nanti, dari sebawah-bawah golongan marhaen, pertengahan, akhbar, pengguna internet dan golongan atasan. :)
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 4 April – Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.
Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘thepowerman’. Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di hotel Seri Carcosa baru-baru ini.
Lagi:
SINAR HARIAN
SHAH ALAM – Video salah laku seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang disedari tersebar di laman video Youtube mulai petang semalam selepas dimuat naik pemilik akaun baru didaftarkan kelmarin, dikenali ThePowerCam. Klip video yang dipaparkan selama 1 minit 47 saat itu disunting. Rakaman asalnya difahamkan berdurasi 21 minit seperti yang dipertontonkan di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu. Rakaman video hitam putih itu menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita yang berpakaian lengkap sebelum dua daripadanya menanggalkan pakaian, kemudian mengenakan tuala.
Lelaki yang lengkap berpakaian itu kelihatan buat kali terakhir pada durasi ke-54 saat dan kemudiannya menghilangkan diri meninggalkan seorang lagi lelaki itu bersama wanita asing dipercayai warga China. Pada babak akhir klip tersebut, lelaki bertuala itu berjalan melintasi kamera beberapa kali sebelum memeluk wanita terbabit.
Rakaman disedari apabila didedahkan dua laman blog terkenal, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com dan http://www.papagomo.com sebelum diikuti oleh blog-blog lain. Difahamkan, video itu yang jelas disunting terlebih dahulu dan memotong babak-babak lucah di mana wanita tersebut menanggalkan baju dan juga baki 19 minit aksi lucah seperti yang didedahkan sebelum ini tiada.
HARIAN METRO
KUALA LUMPUR: Satu klip video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang didakwa sudah dimuat turun ke laman web YouTube dan beberapa laman blog sejak tengah hari semalam. Dalam klip video selama satu minit 47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dalam sebuah bilik sebelum seorang daripada lelaki terbabit keluar.
Video tersebut telah dibuang dari Youtube
No comments:
Post a Comment