Walau apa pun, aku ada saham ke atas lebuhraya ini, InsyaAllah !!!
Info:
RMK5 = Lebuhraya ini mula dikemukan kepada Pusat, tidak diluluskan.
RMK6 = Tidak diluluskan.
RMK7 = Tidak disenaraikan.
RMK8 = Tidak ditimbangkan.
RMK9 = Diluluskan dan dimasukkan ke dalam RMK9 (zaman Paklah). Kontraktor (Padang maju, Padang Indah, padang Bina) telah dianugerahkan projek secara 'design and build' dengan kos permulaan 1.8 bilion dan diangkat menjadi 3.2 bilion. Ukur dan survey (3 konsultant) telah dilakukan. EIA report telah disiapkan.
RMK10= Lebuhraya ini DIBATALKAN dan DIGUGURKAN dari senarai. (zaman najib)
1. Kuari, pasir dan sebahagian tanah sudah milik kerajaan negeri. Ini juga sudah boleh mengurangkan kos pembinaan yang dianggarkan 1.8 billion oleh Pusat.
2. Tanah milik rakyat pula diberi pilihan sama ada mahu diganti dengan tanah lain atau dibayar pampasan dengan wang ringgit. Ini akan menjimatkan kos pengambilan tanah.
3.Ladang-ladang sawit juga boleh menyumbang keuntungan kepada lebihraya ini kerana ladang ini telah memberi keuntungan kepada kerajaan negeri sekitar 20 - 30 juta ringgit setahun. Lebuhraya ini akan disiapkan dalam masa 3 tahun, dan mekanisme pembiayaan oleh ladang ini jugak boleh dibuat selama beberapa tahun.
4.Lombong besi Kelantan mempunyai simpanan 'estimated' paling rendah 50 juta tan. Cukai tambahan akan dikenakan ke atas besi yang dieksport ke China melalui pelabuhan Tok Bali. Perancangan sedang dilakukan bagi menyambung lebuhraya ke pelabuhan Tok Bali.
*Sifir Mudah : eksport 40k tan seminggu, akan meningkat 100k tan seminggu = RM15 diambil 1 tan tambahan akan dapat 1.5 juta seminggu = 6 juta ringgit sebulan = 60 juta ringgit setahun. 60 juta x 15 tahun = 900 juta ringgit.
5.Rakyat diajak menderma untuk sama-sama membuat pahala ke atas sesuatu yang akan diguna oleh masyarakat sehingga kiamat. Selagi lebuhraya itu digunakan, selagi itulah pahala akan diperoleh walaupun derma itu RM1.
No comments:
Post a Comment