Kementerian Kerja Raya hari ini menjelaskan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kelima tidak pernah dibatalkan.Timbalan menteri kerja raya Datuk Yong Khoon Seng berkata, kementerian bagaimanapun memerlukan lebih masa untuk
memperolehi peruntukan dan penelitian ke atas beberapa aspek pembinaan seperti dirancang.

"Kementerian tidak pernah membatalkan lebuh raya itu, ia cuma ditangguhkan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Abdul Aziz Abdul Kadir (PKR-Ketereh), Yong memberi jaminan bahawa projek itu akan diberi pertimbangan dan keutamaan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Mengulas rancangan PAS Kelantan untuk meneruskan pembinaan lebuh raya itu sendiri, Yong berkata kerajaan sedia menghulurkan bantuan teknikal dan sebarang bantuan kepakaran yang diperlukan negeri itu.

Bagaimanapun, kementeriannya masih belum menerima sebarang permohonan daripada Kelantan sejak mereka mengumumkan rancangan itu, katanya.


malaysiakini