Friday, November 30, 2012

SIRI BONGKAR : TOK JANGGUT

SIRI BONGKAR : TOK JANGGUT 1


Tok Janggut atau nama asalnya adalah Haji Mat Hassan bin Munas telah bangkit memperjuangkan nasib rakyat Pasir Puteh pada tahun 1915 dan terkorban dalam peperangan yang berlaku pada tahun tersebut. Setelah itu, pelbagai versi tentang  Tok Janggut yang dikatakan kebal dan sukar untuk ditewaskan, namun ketika itu beliau dianggap sebagai petualang dan penderhaka serta pemberontak oleh kerajaan yang dibayangi oleh British. Setelah terkorban, jenazah Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan diarak seluruh bandar setelah itu, jenazah beliau telah digantung secara terbalik di Pasir Pekan dan akhirnya dikuburkan di Pasir Pekan.Begitulah secara ringkasnya kisah Tok Janggut yang tercatat dalam Sejarah Malaysia.

Sudah banyak artikel jurnal dan juga posting di pelbagai blog. Mungkin pengamat sejarah juga akan mengatakan apa yang kami  dedahkan ini satu lagi sandiwara. Bagaimanapun, teruskan pembacaan anda terlebih dahulu.

PENAFIAN : Kami bukanlah mahu memperlekehkan usaha penulis buku asal yang memperihalkan kisah Tok Janggut sebelum ini, tetapi apa yang kami ingin sampaikan ini adalah pendedahan yang dilakukan oleh Waris Tok Janggut sendiri. Sila ikuti artikel ini selanjutnya. Terima Kasih.

Gambar diatas  bukan Jenazah Tok Janggut.

 Itulah yang dikatakan oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus dan gambar ini adalah mayat askar Benggali yang terkorban dalam Perang Pasir Puteh 1915.

Berikut disiarkan kenyataan beliau dalam fanpage KPSK.

Sedikit lagi info tambahan mengenai Tok Janggut @ Haji Mat Hassan Bin Munas.Adalah bahawa Tok Janggut sewaktu Perang di Kampung Saring Pasir Putih, Tok Janggut cedera di bahagian bahu terkena tembakan, dan parut tersebut lekat sehingga Tok Janggut berpindah alam di Kampung Panji, Kota Bharu Kelantan.Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak (Sohok), melarikan diri ke Selatan Siam di kawasan Reman, yang berdekatan dengan Fattani, dan salah seorang guru agama serta kerohanian Rashid Maidin adalah Haji Said

.Tok Janggut dilarikan oleh Mat Kelubi ke Gua Musang.Tok Janggut berpindah ke Kampung Panji, Kota Bharu Kelantan, menukarkan nama kepada Haji Ahmad, dan mengajar agama pada penduduk tempatan.
Kita boleh perhatikan kenapa yang dinamakan makam Tok Janggut di Pasir Putih atau di Pasir Pekan tidak terurus, ini kerana kaum tua yang menguruskan pengurusan makam tersebut tahu cerita sebenar.
Antaranya adalah sewaktu pengurusan jasad pada gambar yang saya sertakan, Tok Kenali dipanggil bersama.Satu kalimat keluar dari mulut Tok Kenali, ‘INI BUKAE ABE HASSAN (Tok Janggut), tiba-tiba, jasad tersebut hangus dan terbakar.
Suasana menjadi kelam kabut, akhirnya, urusan diteruskan, cumanya jasad tadi digantikan dengan batang pisang agar mengaburi orang ramai.
Banyak lagi sejarah mengenai Tok Janggut dan pahlawan lain yang telah digelapkan.

Bertuahnya orang Pahang kerana Mat Kilau hadir mengenalkan diri., jika tidak kita terus diomok-omokan bahawa mereka yang berani dan Alim ini mati di tangan British, diracun Siam dan sebagainya.
Tidak bermaksud orang Kelantan tidak bertuah apabila Tok Janggut memilih untuk berdiam diri. Bertuahnya orang kelantan kerana waris Tok Janggut terus menyimpan rahsia-rahsia ini.

Terutama rahsia kenapa Datuk Paduka Nik Mahmud mengarang Kitab Pati Rahsia dan menarik diri istana beberapa ketika selepas kehilangan Tok Janggut. - Sumber dari Wan Asrul Al-Aydrus
BERIKUT ADALAH SCREEN SHOT PENDEDAHAN WARIS TOK JANGGUT DI FAN PAGE KPSK
http://sejarah-kelantan.com/2012/09/13/siri-bongkar-tok-janggut-1/


SIRI BONGKAR : TOK JANGGUT 2

Haji Mat Hassan bin Panglima Munas @ Tok Janggut, telah menawan Pasir Puteh dan telah memaksa Encik Latif meminta bantuan askar tambahan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekut. Maka pada 6 Mei 1915, satu pasukan yang dianggotai oleh 200 askar (lebih kurang) berserta senjata berat telah dihantar ke Pasir Puteh.
Maka berlakulah peperangan yang hebat di Kampung Merbuk dan Kampung Pupoh pada 25 Mei 1915.
Tercatat dalam Sejarah Malaysia bahawa Tok Janggut telah gugur dalam pertempuran ini. Mayat beliau telah dibawa ke Kota Bharu dan di arak seluruh bandar dan jenazah beliau telah di gantung secara terbalik di padang bank, setelah seminggu ia dikuburkan di Pasir Pekan.
Begitulah fakta yang tercatat dalam Sejarah Malaysia dan ianya telah diterima pakai dalam silibus pengajian sejarah peringkat sekolah rendah dan menengah.

Makam Tok Janggut di Pasir Pekan.

Kubur Tok Janggut. Namun Waris beliau mengatakan ianya terletak di Perkuburan Kampung Panji dan beliau telah wasiatkan agar kuburnya dibuat seperti orang kebanyakkan.

PENDEDAHAN OLEH WAN ASRUL AL AYDRUS
Namun begitu, telah tampil waris Tok Janggut yang menyangkal fakta sejarah yang telah tercatat sekian lama. Beliau mengatakan bahawa bahawa Tok Janggut telah diselamatkan di bawa ke lari ke Gua Musang.
Kisah lanjut sudah didedahkan dalam Siri Bongkar : TokJanggut 1
Seterusnya beliau telah bersembunyi dan menukar identiti. Pada masa beliau bersembunyi, Tok Janggut amat rapat dengan Tok Selehor, iaitu seorang Tokoh Agama yang terkenal pada tahun 1920an. (kita akan buat posting mengenai Tok Selehor ini), bagaimanapan beliau Meninggal Dunia pada 1935.
Tok Janggut telah dipertemukan dengan Mat KilauDato BahamanMat Kelantan dan De Ibrahimoleh Tokku Paloh, Sayyid Abdul Rahman Al Aydrus. Setelah itu, bermulalah episod mereka belajar hukum hakam agama dengan Tok Janggut selepas ketiadaan Tokku Paloh ini kerana Tok Janggut adalah individu paling tua antara semua walaupun beliau lewat sedikit bangkit berjuang, disebabkan masanya banyak dihabiskan di Mekah.
Hampir kesemua pahlawan yang bersembunyi waktu itu merujuk hal-hal hukum hakam agama dengan Tok Janggut. Mat Kilau pernah bertanya kepada Tok Janggut “Abe Mat, tokse tubek ko? Oghe Putih tak dok doh ni…” Mat Kilau, fasih berbicara dalam dialek Kelantan kerana dia juga keturunan Orang Kelantan juga (sebelah bonda beliau).
Jawab Tok Janggut kepada pertanyaan Mat Kilau, “Puok-puok demo tu pilih nak turut oghe putih, biar oghe putih tak dop pun….biarlah aku lagu ni jah”.
Ini berikutan, usia Tok Janggut ketika itu sudah agak uzur dan dipercayai ketika itu umur Tok Janggut dalam lingkungan 117 tahun.
Pada tahun 1969,  Mat Kilau mengishtiharkan diri di Kampung Pulau Tawar, Pahang, Mat Kelantan terus menetap di Kuala Krai, Dato Bahaman terus menyamar menggunakan nama Tok Peramu dan Tok Janggut berpindah alam dan disemadikan di Tanah perkuburan Kampung Panji, seperti orang kebanyakan. Maka, hanya yang pernah sampai di kubur tu saja, akan tahu hok mano so kubur Pejuang Islam Sejati Kelantan Haji Mat Hassan Bin Munas Bin Samad @ Tok Janggut.
Paling utama Tok Janggut berjuang di Tanah Melayu ini adalah membawa pesanan dan didikan Sheikh Ahmad Al Fathoni, iaitu Islamkan Tanah Melayu, bagi Tok Janggut apabila sudah merdeka dan selepas merdeka mahkamah yang perlu cuba adili Tok Janggut, mahkamah dan sistem mahkamah yang pernah memghukum sahabat-sahabat Tok Janggut hok lain sepert Dato Maharajalela, sipuntum, dato sagor dan lain-lain, masih ada…
Baginya cukuplah berdiam diri, dengan pula keadaannya makin uzur waktu ketika itu.
 http://sejarah-kelantan.com/2012/09/14/siri-bongkar-tok-janggut-2/

No comments: