KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO hari ini mengemukakan dua tuntutan kepada kerajaan berhubung peranan kakitangan awam yang setia bersama Kerajaan Pusat serta kenaikan gaji mereka yang kini ditahap maksimum.
Ketua Pergerakannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Wanita UMNO mahu supaya kerajaan mempertimbangan pasangan suami isteri yang bekerja pada jarak jauh, dapat ditugaskan berdekatan antara satu sama lain bagi mengukuhkan lagi institusi keluarga.
"Saya harap permohonan suami isteri untuk ditugaskan berdekatan dapat dilayan dalam tempoh masa paling lama setahun dari tarikh permohonan.
"Saya yakin prestasi dan produktiviti kerja mereka pastinya dapat ditingkatkan sekiranya masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya dalam ucapan dasar Persidangan Wanita UMNO 2012 bertemakan 'Masa Depan UMNO: Beranjak Untuk Melonjak ke Arah Kemenangan' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.
Shahrizat berkata, permohonan kedua ialah pegawai awam yang sudah mencapai gaji maksimum diberikan kenaikan gaji tahunan.
Katanya, setakat ini, pegawai awam yang sudah mencecah gaji maksimum tidak diberikan kenaikan gaji sedangkan golongan ini adalah pegawai berpengalaman dan begitu signifikan dalam melonjakkan kemajuan serta pembangunan negara.
"Oleh itu, amatlah wajar mereka diberikan gaji tahunan, seiring dengan kenaikan kos sara hidup dan sumbangan mereka kepada negara," katanya
No comments:
Post a Comment