Tuesday, November 27, 2012

5 Adengan Mustahil Dalam Filem


Adengan atau scene sesebuah filem merupakan faktor penerimaan masyarakat terhadap filem tersebut. Namun jika ditambah dengan aksi hiperbola maka sesuatu filem mungkin menjadi lebih menarik. Namun filem yang paling baik ialah bukan meletakkan adengan mustahil, tetapi meletakkan adengan yang sukar dilakukan namun logik pada akal. Barulah sebuah filem itu berkualiti dan boleh diterima ramai. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 5 Adengan Mustahil yang tidak logik pada sains yang mungkin kita tidak perasaan akan kelemahan adengan tersebut.

1. Titanic - Latar langitnya palsu di mana setiap kedudukan bintang adalah salah dari segi masa dan kedudukan tambahan langitnya dipantulkan pada tengah. Sebenarnya langit ini adalah hasil kerja lukisan Rorschach arahan Cameron
Tak seperti ini tapi sepatutnya langit lebih seperti ini

2. Star Wars - Adengan yang tidak berpaksikan pada sains untuk filem ini ialah dari segi ruang angkasa. Ruang angkasa seharusnya vakum atau tiada sebarang pergerakan zarah seperti bunyi atau getaran. Namun dalam filem ini kedengaran banyak bunyi tembakan, derauan bunyi jet dan sebagainya


Angkasa adalah vakum

3. Transformer - Adengan menangkap manusia yang jatuh dari bangunan pada saat akhir adalah tidak sesuai kerana badan manusia sangat lembut berbanding besi yang solid. Dengan tangkapan Optimus Prime yang berbadankan besi yang keras boleh menyebabkan manusia itu hancur bersepai.

Body yang padu

4. The Day After Tomorrow - Kepanasan Global yang meningkat menyebabkan ais di Kutub Utara serta Antartika mencair. Tetapi dalam satu adengan terdapat aksi di mana air membeku kemudian mengembang dan memusnahkan bangunan-bangunan di Manhattan. Air yang beku tidak mengembang malah mengecil. Inilah salah yang berlaku dalam adengan filem ini di mana menurut sains ia tidak logik sama sekali.


Musnah kerana ais yang mengembang?

5. Armageddon - Saiz Asteroid sangat keterlaluan kerana paling besar dalam solar adalah 560 batu sahaja dan Asteroid tidak pecah apabila dilanggar komet kerana komet terlalu lembut dan mungkin kecil. Ketiga komet tidak mampu membuat Asteroid keluar daripada orbit. Dan akhir sekali letupan 10 000 bom nuklear adalah impak yang berlebihan jika satu asteroid jatuh ke bumi. Sangat tidak logik.

Asteroid jatuh

sumber

No comments: