Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman empat peneroka FELDA Jengka Pahang yang mencabar keputusan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 23 Mei tahun lalu yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili keempat-empat pemohon ketika ditemui berkata, hakim memberikan alasan bahawa panel pertikaian dan SKM melakukan kesilapan dengan mengekalkan keahlian Mohd Isa.
Semua peneroka terbabit yang bertindak sebagai pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman mereka pada 12 Jun tahun lalu dengan menamakan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM dan KPF selaku responden pertama hingga ketiga.
Mereka memohon deklarasi responden pertama dan kedua yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan. Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan mengarahkan KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa.
Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan dilantik secara tetap oleh FELDA.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeahlianMohdIsatidaksah/Article/
No comments:
Post a Comment