dikemaskini Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa beliau mula merekrut pengundi hantu selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.
Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.

http://www.malaysiakini.com/news/219122







Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an. 

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi. 

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam". "Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya. Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan. 

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama. Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan. Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.

  


http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/01/rci-skandal-x-files-beranikah-najib.html