Showing posts with label selingkar kisah artis. Show all posts
Showing posts with label selingkar kisah artis. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Nasihat Akhil Hayy kepada golongan artis yang baru berhijrah..




Ini adalah nasihat Ustaz Akhil Hayy kepada golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam.

Nasihatnya ialah mereka perlu berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini ada sumber mengatakan bahawa Amy Search telah mendakwa ketika beliau merapatkan diri dengan PAS, beliau telah dipergunakan oleh individu tertentu dalam PAS.

Yang dimaksudkan mereka ialah Individu tertentu dalam PAS.. bukannya Parti PAS..
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya - mStar Online

Wednesday, August 1, 2012

Abby Abadi Berbuka Puasa & Solat Maghrib Bersama Memey, Norman




Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
SITI JULIANA MOHD JOHAR
2 Ogos 2012
Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
Abby dan Memey mesra bergambar bersama
Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
Norman, Abby, Memey dan tiga anak mereka berbuka puasa bersama-sama
SHAH ALAM – Jika sebelum ini heboh mengenai hubungan kurang baik antara Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama Abby Abadi, tetapi gambar Abby bersama Memey dalam persalinan telekung, yang dikongsi dengan peminat mereka menerusi laman twitter semalam, menjawab segala persoalan berkaitan selama ini.
Bulan Ramadan mulia namapknya telah menyatukan keluarga ini.
Norman yang dihubungiSinar Harian Online hari ini berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.
“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.
“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.
Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."
"Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!” kata Norman lagi.
Norman, 36, turut memberitahu sebagai seorang Muslim, dia tidak pernah berhenti dan berputus asa daripada berdoa demi kesejahteraan keluarganya dan sekarang segala doa itu sudah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. dan berharap perkara ini akan berkekalan buat selama-lamanya. 
Semalam, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama. 
Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.
Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah politik Abby yang semakin serius menceburi bidang itu kebelakangan ini, Norman berkata, dia tidak pernah mencampuri hal itu dan berkata perkara itu adalah hak dan kebebasan seseorang individu untuk menentukan hala tujunya sendiri.
“Jika kami bertemu, tidak pernah sesekali saya bertanyakan mengenai perkara itu. Kami hanya banyak berkomunikasi mengenai masa depan dan perkembangan pendidikan anak-anak kami, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania, 7, dan Maria Danisha, 4.
“Saya sangat menghargai Abby menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya dan lain-lain hal mengenai dia saya tidak mahu masuk campur kerana itu adalah hak dia,” kata Norman.
“Kami berdua juga masih dalam perbincangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan mengerjakan umrah bersama mungkin selepas Memey bersalin nanti,” katanya. 
Memey yang kini tiga bulan hamil dijangka melahirkan anak Februari depan.
“Anak sulung, Danish sangat teruja mengenai rancangan umrah ini dan tidak sabar-sabar untuk pergi ke sana bersama kedua-dua mama dan mummynya turut serta,” tambah Norman.
Sementara itu, Memey yang dihubungi Fara Fauzana, deejay Hot FM, menyatakan memang benar mereka berdua sudah berbaik dan semalam mereka berbuka puasa bersama di rumah Abby.
Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006.
Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu.

SINAR HARIAN




Berkat Ramadhan, Alhamdulillah. Baru sebentar tadi Abby telah berkongsikan gambarnya berbuka puasa bersama En Norman Hakim, Memey. Lihat sahaja gambar-gambar tersebut, terserlah suasana harmoni keluarga bahagia.





































Kuasa ALLAH mengatasi segalanya..... Doakan yg terbaik utk kami & ank3 ini, huhu http://t.co/LTMb95iz
abby abadi
Abby juga turut menyatakan dalam twitter-nya itu yang dia berimam-kan Norman untuk solat maghrib.
Hari ni 'Maghrib Sy ber 'imam' kan En Norman Hakim, ngee! Setelah 4 tahun berlalu...
abby abadi
*yang penting pakai telekung sama corak. hihi



Sunday, July 22, 2012

Pelakon Ismail Hudson Meninggal Dunia



sakit apa, jantung, gambar, ismail hudson

PETALING JAYA – Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson meninggal dunia pada pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini.

Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.

“Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.

“Dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.

“Saya agak sedih kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini Sabtu.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini.

Selain Hafidzah, Allahyarhan juga meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun.

Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.

Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978). – mStar

Sunday, July 15, 2012

Azrinaz: 'Saya masih sama seperti dahulu'


KIFFY RAZAK
15 Julai 2012
Azrinaz: 'Saya masih sama seperti dahulu'
Azrinaz Mazhar Hakim ketika ditemu bual oleh majalah NONA, Mei lalu. - Foto ihsan NONA
Azrinaz: 'Saya masih sama seperti dahulu'
Nona Keluaran Julai
SUDAH lama sebenarnya impian untuk menjadikan Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim sebagai penghias wajah hadapan Nona, tetapi kesempatan itu belum terbuka.

Lantaran itu saya membawa angan-angan itu berganti tahun dan akhirnya alhamdulillah... kala menyuarakan hasrat tersebut awal bulan lalu pada Saidatulnisa, Azrinaz bersetuju.

Namun tarikhnya belum dapat diputuskan kerana tuan punya diri terlalu padat dengan pelbagai urusan. Beliau di Malaysia hanya untuk beberapa hari bagi menjalani rakaman program ON AIR, kemudiannya akan terus terbang ke Singapura, Brunei, London dan Sepanyol.

Oh! Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan insan yang pernah mengejutkan rakyat Malaysia dan Brunei dengan kisah perkahwinannya, malah pernah menjadi insan dikenali dunia.

Namun, saya enggan berputus asa, berbalas pesanan ringkas melalui Saidatulnisa sebagai insan perantaraan.

Kata saya, jika Azrinaz tidak sempat balik ke Malaysia, ingin sekali saya ke Singapura atau Brunei bagi memenuhi impian ini. Jawab Azrinaz, "amboiiiii bukan main lagi Kiffy ni!"

Dengan pantas saya berbalas, "saya memang betul-betul inginkan Azrinaz sebagai penghias wajah depan Nona, berusaha tangga kejayaan."

Selang beberapa hari dan secara berterusan, pesanan ringkas saya sering mengganggu Saidatulnisa dan Azrinaz! Maafkan saya kerana selagi tidak diputuskan tarikh pertemuan, tidak boleh duduk diam dibuatnya.

Alhamdulillah, saya mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu. Rasa kebahagiaan bertamu, sujud syukur saya kepada-Nya kerana membuka pintu hati Azrinaz untuk menerima lamaran ini.

Namun sehari sebelum sesi fotografi diadakan, petang itu saya menerima pesanan ringkas dari Azrinaz mengenai busana yang ingin dipakai. Kata sepakat diputuskan Azrinaz akan membawa beberapa helaian koleksi peribadinya dan saya akan memilih beberapa lagi daripada pereka tempatan.

Selepas Maghrib, lampu merah berkelip-kelip di telefon bimbit saya menandakan ada pesanan ringkas.
Terbeliak biji mata saya membacanya, "saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak boleh buat Nona esok atas sebab-sebab tertentu. Saya minta maaf atas kesulitan ini."

Lidah saya menjadi kelu, tergamam tanpa boleh berkata apa-apa. 'Deadline' majalah sememangnya di atas garisan.

Saya seperti nyawa-nyawa ikan kerana tidak ada sebarang penghias wajah lain sebagai pengganti. Saya percaya, Azrinaz tidak bermaksud untuk berbuat demikian.

Pastinya di atas sebab tertentu, beliau terpaksa menarik diri pada saat akhir. Saya bertemu ketua editor untuk memaklumkan perkara ini.

Selepas beberapa baris ayat, suara saya semakin bergetar dan air mata mengalir. Saya tidak dapat menahannya lagi perasaan kecewa ini kerana segala-galanya sudah hampir di kemuncak, hanya menanti detik pertemuan itu sahaja.

Namun, saya perlu berfikiran positif dan bertenang untuk memikirkan apa yang seharus saya lakukan seterusnya. Dalam suasana muram dan sempat menghabiskan dua pinggan nasi (begitu cara saya melepaskan segala rasa tekanan).

Tepat jam 9.03 malam, saya menerima pesanan ringkas daripada Azrinaz menyatakan, beliau telah berusaha menyelesaikan beberapa perkara dan Insya-Allah esok boleh dilaksanakan.

Sekali lagi air mata saya mengalir, tanda gembira dan bersyukur. Alhamdulillah... impian bakal tercipta. Terima kasih berkali-kali saya ucapkan buat Azrinaz.

Tanggal 26 Mei 2012. Hari yang ditunggu tiba, saya dan Azrinaz bertentang mata, membuka bicara kemesraan dengan tenang.

Seindah itu juga aura kemewahan Penthouse Le Meridien, menyambut pertemuan kami ini. Azrinaz sekali lagi meminta maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku dan saya faham keadaan ini juga bukan mudah baginya. Ia menjadi sebahagian daripada kenangan teristimewa dalam hidup saya untuk berkongsi kisah perjalanan sewaktu sesi, UP CLOSE & PERSONAL WITH AZRINAZ MAZHAR HAKIM diadakan khas buat semua pembaca Nona...

PERTEMUAN BERMAKNA

Wanita anggun yang sering kali saya lihat di kaca televisyen dan dada akhbar, kini berada di hadapan mata. Tipu kiranya saya menyatakan tidak berasa gementar pada awal pertemuan tetapi Azrinaz membuka ruang dirinya untuk sesiapa sahaja yang berada di sekeliling, berasa cukup selesa. Tampil dengan gaya kasual chic!

Azrinaz menyarung skinny jeans bersama white t-shirt DIOR dan jaket ala-old school rona biru gelap.

Langkah diatur kemas bersama sepatu LV dan menggenggam tas tangan daripada jenama yang sama. Tutur kata kala berbicara sopan dan lemah lembut, jelas mencerminkan keperibadian dirinya yang merendah diri dan disenangi.

"Saya tidak menghilang kemana-mana. Sekarang saya sering berulang-alik di Malaysia, Brunei dan London. Jika di Brunei, masa saya sepenuhnya bersama anak-anak. Pulang ke Malaysia, waktu bersama keluarga dan saya masih lagi tinggal di sini bersama ibu dan ayah. Ini tanah tumpah darah, sejauh mana saya pergi Malaysia tetap di hati.Ó"

"Sejak dari dahulu lagi, sewaktu bekerja sebagai penyampai dan wartawan penyiaran saya tidak menerima atau keluar di mana-mana wawancara untuk majalah atau sebagainya. Termasuklah juga sewaktu berumah tangga, saya lebih selesa untuk 'low profile'.

"Cuma sekarang saya memberi banyak tumpuan kepada urusan peribadi dan perniagaan hartanah bersama ayah tercinta kerana beliau sememangnya dari dahulu lagi terlibat dalam jurusan ini," jelas Azrinaz dengan tenang.

Adakah disebabkan kerinduan dalam dunia penyiaran membuatkan Azrinaz menerima undangan sebagai salah seorang juri dan tenaga pengajar untuk rancangan ON AIR.

"Ya! Masih ada rindu saya pada bidang yang pernah diceburi. Dunia kewartawanan senantiasa dekat dalam hati saya.

"Menerima tawaran tersebut bukanlah kerana ingin glamor atau bayarannya, saya ingin berkongsi pengalaman bersama mereka yang benar-benar ingin berkecimpung dalam industri ini. Malah topik untuk episod yang saya hadir sebagai juri dan penasihat, amat sesuai sekali dengan rujukan yang diberikan kepada saya 'ratu stand upper'.

"Malah jadual rakaman tidak terlalu lama dan saya terima dari segi profesional, walaupun beberapa kali saya berfikir juga untuk membuat come back!".

"Malah saya cukup teruja apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Aznil Nawawi dan melepas kerinduan bertemu Datin Seri Normala. Banyak yang kami sempat berbual dan bicarakan termasuk perancangan perniagaan yang mungkin boleh dilakukan suatu hari nanti, insya-Allah." ujar Azrinaz.

Selepas ini, mungkin Azrinaz akan kembali aktif di hadapan kamera?

"Oh! Tidak lagi aktif seperti dahulu. Saya hanya lakukan jika ada masa kelapangan dan sebagai hobi.

"Sebenarnya gemuruh juga apabila berhadapan dengan kamera buat pertama kalinya, setelah lama ditinggalkan. Kamera sekarang pun sudah kecil berbanding dahulu (ketawa kecil Azrinaz). Paling penting saya rasa gembira sangat, rasanya seperti kembali ke zaman muda dahulu."

Sempat saya berseloroh pada Azrinaz, sekarang pun masih kekal muda, cantik dan langsing lagi. Tersenyum malu, Azrinaz.

Nasihat terbaik daripada Azrinaz buat mereka yang ingin menjadikan bidang kewartawanan penyiaran sebagai satu kerjaya, "mereka seharusnya lebih fokus dengan pilihan kerjaya ini, bukan sekadar untuk menjadi seorang yang glamor. Harus bermula dari bawah, tidak cerewet dan jangan sesekali menjadi diva. Selain itu, sebagai seorang wartawan penyiaran penampilan harus dijaga."

"Kerjaya ini menuntut anda untuk bersedia 24 jam dan kadang-kadang masa peribadi juga terpaksa dikorbankan. Tetapi ia cukup menyeronokkan dan banyak pengalaman yang bakal diperoleh. Kita akan belajar lebih banyak erti kehidupan dari masyarakat biasa sehinggalah ke tahap VVIP. Semuanya ini bergantung pada kesungguhan dan minat mendalam individu tersebut."

"Hidup ibarat sebuah perjalanan, penuh liku-liku. Terkadang jalan yang kita tempuh mulus tanpa hambatan. Namun tak jarang juga jalan yang kita lewati berkelok-kelok, berbatu-batu dan juga terjal. Ada ketika sambil berjalan, kita mungkin tersungkur. Namun segala kesedihan dan kegembiraan itu menjadi momen sejarah peribadi yang tidak mungkin dilupakan.

"Hampir separuh perjalanan hidup saya di muka bumi telah dilalui dengan pelbagai warna. Saya reda dengan segala-galanya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya jadikan sebagai satu bingkisan perjalanan hidup yang cukup istimewa. Walaupun status kini berbeza, namun keperibadian saya masih sama seperti dahulu."

Saturday, June 30, 2012

Jenazah Allahyarham Osman Kering Selamat Dikebumikan


osman kering, mati, meninggal dunia, kubur, selamat, sakit apa, kebumi, islam, bila, berita, reda, tenang, siap sedia, mungkin, koma, batuk berdarah, reda, masa, kejadian, ibu, kata, pemergian

Jenazah Allahyarham Osman Kering selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang selepas solat Maghrib semalam, 29 Jun 2012. Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58 tahun meninggal dunia HUKM Cheras kira kira pukul 3.45 petang semalam selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.

mStar: 

Anak ketiga pelakon dan pelawak Allahyarham Osman Kering iaitu Nor Ain berkata dia sekeluarga berasa lega apabila hasrat terakhir Allahyarham untuk meninggal dunia di pangkuan isterinya Che Norhayati Che Omar, 48, termakbul.

Allahyarham atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.

Menurut Nor Ain, 25, dia sekeluarga menerima berita kematian itu dengan reda dan tenang kerana sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sejak bapanya koma selepas mengalami batuk berdarah di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dekat sini.

“Kami reda dan tenang menerima kematian ayah kerana sudah bersiap sedia sejak dia koma lagi. Pernafasannya yang terhenti kira-kira 20 minit pada masa kejadian mengakibatkan otaknya membengkak kerana ketiadaan udara dan sekali gus menjejaskan sistem organ dalaman.

“Namun sebelum dia koma, ayah sempat berpesan dia mahu meninggal dunia di pangkuan ibu. Kebetulan pada hari tersebut, ayah rebah di pangkuan ibu dan terus koma selepas itu. Pada hari ini (Jumaat), ayah meninggal dunia di sisi ibu dan kami anak beranak,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat petang.

Ditanya mengenai kenangan dan pesanan terakhir Allahyarham sebelum koma, Nor Ain berkata, ayahnya begitu sinonim dengan keletah suka bergurau bersama anak-anak.

“Tiada ada apa-apa yang dapat kami berkongsi dengan ayah pada saat-saat terakhir hayatnya kerana dia sudah berada dalam keadaan koma. Cuma sebelum koma, ayah pernah berpesan kepada anak-anaknya agar menjaga ibu dengan baik.

“Malah, dia juga pernah bercakap kepada saya sama ada dia berpeluang untuk melihat cucu keempatnya yang sedang saya kandungkan pada waktu ini. Ayah akan terus diingati kerana sikapnya yang suka bergurau senda dan mengusik anak-anak,” kongsinya.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib, Jumaat dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang di sini, malam yang sama.

Sebelum ini terdapat khabar angin berita kematian Allahyarham tetapi pelakon itu hanya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana berada dalam keadaan kritikal dan bergantung pada alat bantuan pernafasan di hospital berkenaan.

Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan mula menceburi bidang lakonan secara serius selepas dinobatkan naib juara pertandingan Bakat TV di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1979.

Pada awal pembabitannya, Allahyarham menggunakan nama Osman Kassim tetapi kurang dikenali ramai.

Nama jolokan Osman Kering yang diberikan secara spontan oleh pelawak Mek Habsah ketika mereka mengadakan persembahan pentas pada pertengahan 1980-an, terus melekat dan membawa tuah kepadanya sehingga kekal digunakan ke akhir hayatnya.

Allahyarham sudah membintangi lebih daripada 30 buah filem dan puluhan drama televisyen.

Antara filem lakonannya adalah XX-Ray, Ringgit Kassorga, Soal Hati, Mr Cinderella, Gila-Gila Pengantin dan Man Laksa.

Filem terakhir lakonannya berjudul Oh Mak Kau (OMK) arahan Nurul Ain Nordin menjalani penggambaran pada Mei lalu dan dijangka ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Allahyarham atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.

Selain Che Norhayati, Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun dan tiga orang cucu.
sumber

13 Gambar Perkahwinan Irma Hasmie Dan Redza Syah



Sebelum anda melihat beberapa gambar perkahwinan yang ZoOM jumpa daripada abang dan kakak Google Images, mari kita baca berita dan serba sedikit cerita Irma yang comel ni.

Biodata Irma Hasmie:

Nama: Irma Hasmie Ibrahim
Tarikh Lahir: 8 Januari 1982
Usia: 27 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pencapaian: Gadis Jelita 2004
Iklan Komersil: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha & Pringle's.
Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva & Dua Hati Satu Jiwa
Drama: Lima, Awan Dania, Bella, Rahsia Gambar, Hantu Raya, Segalanya Ku Terima &Cinta 5 Bintang.


Beliau Selamat diijabkabulkan dengan Redza Syah Azmeer sebentar tadi kira-kira jam 3.40 petang selepas selesainya solat jumaat.. Dengan hanya sekali lafaz sahaja Irma Hasmie telah sah menjadi isteri kepada Redza.. Majlis pernikahan yang serba ringkas tetapi meriah itu telah diadakan di Dewan Persidangan Putrajaya.

Kisah percintaan Irma Hasmie dengan Nabil Raja Lawak yang putus di pertengahan jalan tu pun aku tahu juga sikit-sikit. Tapi aku takde la buat entri sebab masa tu aku takde pun lagi blog.

Harinie, 29 Jun 2012, pukul 3.40 petang waktu Malaysia, Irma Hasmie telah sah diijabkabulkan bersama arjuna pilihan hatinya iaitu Redza Syah Azmeer.


Dan berikut 12 lagi gambar pernikahan Irma dan Redza :
 Bergambar bersama rakan-rakan termasuk artis Malaysia
 Pose Rakan-Rakan
 Wajah Seorang Bakal Menjadi Seorang Isteri

 Masa batal air sembahyang kot :)
 Kad Kahwin Irma Dan Suami
 Heliza Helmi Dan Mak Irma


 Semasa Redza Akad Nikah
 Mesti Redza Berdebar-debar masa ni kan
 Indah Dan Meriahnya

Friday, June 29, 2012

Osman Kering meninggal dunia


Osman Kering meninggal dunia 


2012/06/29

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 57 meninggal dunia jam 3.45 petang tadi selepas lebih dua minggu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana diserang masalah batuk kering yang serius. 

Awalnya Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi PPUKM 10 Jun lalu selepas pengsan di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras sebelum disahkan koma kerana sebelah otak pelawak itu sudah tidak berfungsi, bengkak dan mengalami pendarahan beku.
Jenazah terlebih dulu dibawa ke Masjid Al-Najihin, Cheras untuk disembahyangkan selepas Maghrib dan kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Pandan, Petaling Jaya untuk dikebumikan.
Allahyarham meninggalkan balu, Che Norhayati Che Omar, 48 dan tujuh anak iaitu Mohd Al-Anas, 28, Mohd Al-Amin, 27, Nor Ain, 25, Nor Hidayah, 24, Norhidriyah, 16, Mohd Al-Adnin, 13 dan Mohd Al-Ajmie, 10 

Osman terbabit dalam bidang seni sejak 1985 dan sering ditawarkan watak pelakon pembantu. Antara filem lakonannya, Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella. 




Osman Kering  
Osman Kering
 Twitter Zed Zaidi 
Twitter Zed Zaidi

Wednesday, June 27, 2012

10 Kecederaan Paling Ganas Dialami Jackie Chan


Jackie Chan ketika mudanya sangat gila. Kini beliau sudah berumur lebih 50 tahun dan beliau mengaku terpaksa menggunakan body double dan trik kamera untuk kelihatan bad ass di dalam filem. Tidak seperti semasa muda dahulu. Di bawah ialah koleksi 10 kecederaan beliau yang paling ganas pernah dialami beliau. Go Go Jackie!

Tuesday, June 26, 2012

Misteri Kematian Michael Jackson


siapa, info,misteri, michael jackson, peluk islam, bagaimana, menarik, konspirasi, tenang, masuk, gempar, asmara,  baca, al-quran, mj, gambar, olok, pengebumian, cara, kristian

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
sumber

Monday, June 25, 2012

Terkini: Bob Lokman Terlantar Di Hospital kerana Makan Durian !


Hari ini email kami dikejutkan dengan beberapa keping gambar Bob Lokman terlantar dihospital. Menurut info email yang dikirimkan kepada kami Bob Lokman kini terlantar di hospital akibat sesak nafas setelah selesai satu majlis di Kuala Kangsar.

Menurut pengirim email itu juga Bob Lokman yang kini aktif bersama parti politik dikhabarkan telah ditempatkan di wad kecemasan Hospital Taiping pada pagi ni (24 Jun 2012). 


Apa yang menarik perhatian kami tentang email yang dikirimkan, disebutkan punca sesak nafas yang dialami Bob Lokman ialah akibat buah durian yang menjadi santapan beliau bersama YDP Taiping, Ustaz Fakhruddin setelah selesai program 8 X 24 di Kuala Kangsar. Apa pun puncanya semoga Bob Lokman Kembali sihat seperti sedia kala. 


Credit : Buahmulut.com

ZoOM: Durian kalau tak terkawal dan pantan sure akan jadi sesuatu yang tidak diingini. Dan bukan sekali dua ZoOM dengar kisah seseorang yang memakan raja durian dan kesannya.

Semoga Bob Lokman kembali sembuh daripada sakit dan dugaan olehnya. Insyallah 



http://www.zoomartis.net/2012/06/terkini-bob-lokman-terlantar-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Zoomartis+%28Malaysian+Artist+%29