Saturday, June 30, 2012

Jenazah Allahyarham Osman Kering Selamat Dikebumikan


osman kering, mati, meninggal dunia, kubur, selamat, sakit apa, kebumi, islam, bila, berita, reda, tenang, siap sedia, mungkin, koma, batuk berdarah, reda, masa, kejadian, ibu, kata, pemergian

Jenazah Allahyarham Osman Kering selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang selepas solat Maghrib semalam, 29 Jun 2012. Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58 tahun meninggal dunia HUKM Cheras kira kira pukul 3.45 petang semalam selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.

mStar: 

Anak ketiga pelakon dan pelawak Allahyarham Osman Kering iaitu Nor Ain berkata dia sekeluarga berasa lega apabila hasrat terakhir Allahyarham untuk meninggal dunia di pangkuan isterinya Che Norhayati Che Omar, 48, termakbul.

Allahyarham atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.

Menurut Nor Ain, 25, dia sekeluarga menerima berita kematian itu dengan reda dan tenang kerana sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sejak bapanya koma selepas mengalami batuk berdarah di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dekat sini.

“Kami reda dan tenang menerima kematian ayah kerana sudah bersiap sedia sejak dia koma lagi. Pernafasannya yang terhenti kira-kira 20 minit pada masa kejadian mengakibatkan otaknya membengkak kerana ketiadaan udara dan sekali gus menjejaskan sistem organ dalaman.

“Namun sebelum dia koma, ayah sempat berpesan dia mahu meninggal dunia di pangkuan ibu. Kebetulan pada hari tersebut, ayah rebah di pangkuan ibu dan terus koma selepas itu. Pada hari ini (Jumaat), ayah meninggal dunia di sisi ibu dan kami anak beranak,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat petang.

Ditanya mengenai kenangan dan pesanan terakhir Allahyarham sebelum koma, Nor Ain berkata, ayahnya begitu sinonim dengan keletah suka bergurau bersama anak-anak.

“Tiada ada apa-apa yang dapat kami berkongsi dengan ayah pada saat-saat terakhir hayatnya kerana dia sudah berada dalam keadaan koma. Cuma sebelum koma, ayah pernah berpesan kepada anak-anaknya agar menjaga ibu dengan baik.

“Malah, dia juga pernah bercakap kepada saya sama ada dia berpeluang untuk melihat cucu keempatnya yang sedang saya kandungkan pada waktu ini. Ayah akan terus diingati kerana sikapnya yang suka bergurau senda dan mengusik anak-anak,” kongsinya.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib, Jumaat dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang di sini, malam yang sama.

Sebelum ini terdapat khabar angin berita kematian Allahyarham tetapi pelakon itu hanya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana berada dalam keadaan kritikal dan bergantung pada alat bantuan pernafasan di hospital berkenaan.

Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan mula menceburi bidang lakonan secara serius selepas dinobatkan naib juara pertandingan Bakat TV di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1979.

Pada awal pembabitannya, Allahyarham menggunakan nama Osman Kassim tetapi kurang dikenali ramai.

Nama jolokan Osman Kering yang diberikan secara spontan oleh pelawak Mek Habsah ketika mereka mengadakan persembahan pentas pada pertengahan 1980-an, terus melekat dan membawa tuah kepadanya sehingga kekal digunakan ke akhir hayatnya.

Allahyarham sudah membintangi lebih daripada 30 buah filem dan puluhan drama televisyen.

Antara filem lakonannya adalah XX-Ray, Ringgit Kassorga, Soal Hati, Mr Cinderella, Gila-Gila Pengantin dan Man Laksa.

Filem terakhir lakonannya berjudul Oh Mak Kau (OMK) arahan Nurul Ain Nordin menjalani penggambaran pada Mei lalu dan dijangka ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Allahyarham atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.

Selain Che Norhayati, Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun dan tiga orang cucu.
sumber

No comments: