Wednesday, April 27, 2011
Bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark)
" When the word went forth: "O earth! swallow up thy water and O sky! withhold (thy rain)!" and the water abated and the matter was ended. The Ark rested on Mount Judi and the word went forth: "Away with those who do wrong! "
The 49th verse of the same Chapter says:
" Such are some of the stories of the Unseen which We have revealed unto you: before this neither you nor your people knew them. So persevere patiently: for the end is for those who are righteous "
Martin Wroe, LONDON - Noah's Ark has been found on the Turkish-Iranian border, 32 kilometres from Mount Ararat, according to the leader of a team of scientists that has been investigating the site for six years.
The Turkish government is so convinced by the findings that, after years of intransigence, it has designated the site one of special archaeological interest and agreed to its excavation next summer.
On surrounding terrain, the American and Middle Eastern scientists have identified huge stones with holes carved at one end, which they believe are "drogue-stones," dragged behind ships in the ancient world to stabilise them. Radar soundings indicate unusual levels of iron-oxide distribution.
Salih Bayraktutan, head of geology at Turkey's Ataturk University, estimates the age of the 'vessel' at more than 100,000 years. "It is a man-made structure and for sure it is Noah's Ark." The site is directly below the mountain of Al Judi, named in the Koran as the Ark's resting place.
David Fasold, an American shipwreck specialist with no religious affiliation, has led the investigation. He says subsurface radar surveys of the site have produced "very good pictures." "The radar imagery at about 25 metres down from the stern is so clear that you can count the floorboards between the walls."
He believes the team has found the fossilised remains of the upper deck and that the original reed substructure has disappeared. But the findings have infuriated the scores of Christian Ark-hunters who travel to Turkey, convinced the Ark will only be found on Mount Ararat.
Fasold, who calls himself an "Arkologist," also argues that it was not a great flood that pushed the Ark into the mountains. He says it was "an astronomical event causing a tectonic upheaval, a tidal bore causing gravitational pull in the ocean waters that forced the boat into the mountains."
Some of Fasold's team of geophysicists and geologists are reserving final judgement until the excavation and carbon-dating. But in a British TV series on the environment next month, team member Vendyl Jones, a Middle East archaeologist and inspiration for film character Indiana Jones, says it is "between maybe and probably" that they have found Noah's Ark.
Monday, April 25, 2011
Bertuah Dapat Suami Mcm Nie
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis.
1.Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang Tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
Sunday, April 24, 2011
Jalan Kehidupan Manusia
21-30
Waktu ini, umut manusia melalui proses pembelajaran dalam pendidikan yang terakhir kebiasaannya. Pendidikan yang akan menentukan masa depan seseorang manusia dalam karier mereka. Selain itu juga, ramai yang memilih lingkungan umur ini untuk melalui proses perkahwinan.
Peringkat Umur ini, adalah umur di mana manusia mula melalui proses kehidupan sebenar. Mempunyai keluarga dan harta benda utnuk dimanfaatkan sehingga akhirnya.
51-60
Inilah peringkat terakhir dalam karier seseorang manusia. PENCEN.
Di bawah ini adalah beberapa contoh keadaan yang sesiapa sahaja tidak mahu dilalui ketika sudah memasuki fasa tua, fasa terakhir dalam hidup seseorang.
Saturday, April 23, 2011
Kisah wanita tua zaman Nabi, berulang di Amerika Syarikat
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.
Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.
Moral of the story :
Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh ketuk pintu hidayah.
Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang sentiasa berleter.
Sejarah itu sentiasa berulang.
Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa Suhaib Webb di waghih.blogspot.com
Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
http://kisahteladan.info/rasulullah/sifat-kasih-sayang
Poco-poco tak haram - Majlis Fatwa Kebangsaan
SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.
Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.
Katanya, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.
“Kita dimaklumkan poco-poco dibuat dengan pelbagai cara dan ada pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.
“Bagaimanapun, kita nasihatkan umat Islam berhati-hati ketika mengamalkan sebarang tarian atau senaman termasuk poco-poco, jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan baik untuk kesihatan, kita tidak akan menghalang,” katanya pada sidang media, di sini.
Sejak Rabu lalu, beliau mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dihadiri hampir semua mufti seluruh negara di hotel terkemuka di sini. Hadir sama Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baru, Othman Mustapha.
Ketika mengharamkan tarian itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memberi alasan ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan Kristian selain pemujaan roh seperti diamalkan di Jamaica.
Berikutan itu, Abdul Shukor berkata, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan akan menjalankan kajian terperinci bagi membolehkan mereka membuat keputusan muktamad mengenai keperluan pengharaman tarian terbabit.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Poco-pocotakharam/Article/
Tuesday, April 19, 2011
Sejarah Salib, Swastika, dan Penggunaannya dalam Paganism dan Kristian
Pisces, lambang awal mula Kristian
Lambang Pisces yang pertama kali digunakan Kristian di Roma
Pada mulanya, salib adalah salah satu buruj bintang yang digunakan untuk menandai langit di selatan semenjak zaman awal peradaban manusia. Ada juga kaum-kaum terdahulu yang menyembah bintang salib dan digunakan sebagai lambang bagi para dewa mereka.
Jaringan Bintang Selatan yang membentuk Salib
Ketika lambang salib akhirnya dipakai, orang-orang Kristian merasa tidak selesa terhadap gambar atau patung seorang lelaki yang tergantung pada salib. Perkara ini tidak pernah berlaku terhadap Gereja Kristian sebelum abad ke tujuh.
Faktanya, salib dengan orang tergantung padanya telah dimasukkan oleh orang Rom dari India berabad-abad sebelum zaman Kristian.
Relief salib pagan di India 2000 tahun SM
Apa kata para sejarawan tentang penggunaan lambang salib ?
•Walker berkata, “Orang-orang Kristian pada awalnya menolak salib kerana (bersifat) pagan. Patung-patung Jesus pada awalnya tidak menggambarkan dia di atas salib, tetapi dalam samaran ‘Gembala yang Baik’ yang membawa kambing.” (Acharya, The Christ Conspiracy)
•Churchward mengatakan, “Pada dasarnya Salib merupakan tanda astronomi. Salib dengan lengan sama panjang menunjukkan waktu siang dan malam yang sama panjang, dan merupakan tanda equinox.”
Para alcemist menggunakan salib untuk penelitian
•Sedangkan Derek Patridge menyatakan, “Yang ditunjukkan oleh salib dengan lingkaran di dalamnya adalah sebenarnya matahari yang mengecil atau mati di zodiac, dan bukannya orang.”
•Encyclopedia of Funk and Wagnalls menyebutkan bahwa “Tanda salib sudah digunakan sebagai lambang sebelum zaman Kristian.”
Di Rom, Itali yang menjadi salah satu pusat paling awal bagi penyebaran agama Kristian, terdapat salib sebagai peninggalan dari zaman prasejarah.
Salib Keltik Pra-Kristian banyak ditemui di tepi Sungai Shannon di Ireland dengan gambar dewa bumi dan roh hutan.
Salib-salib Keltik di Eropah yang telah ada semenjak 1200 SM
Di Mesir purba, yang memuja dewa-dewi yang mati menebus dosa dengan darah, salib dijadikan lambang keagamaan yang umumnya berbentuk huruf T, disebut dengan Tau. Ada pula salib Tau yang di atasnya dipasang sebuah “gagang” yang berupa lingkaran. Lingkaran itu melambangkan kekekalan.
Ankh Mesir atau Salib Ansata (crux ansata) salah satu lambang pagan Mesir
Sejarawan barat meyakini bahawa konsep Maria dan Jesus adalah salinan dari Isis dan Horus
Salib yang di atasnya bergagang lingkaran itu melambangkan kekelalan hidup atau kehidupan yang abadi. Salib berlingkaran (crux ansata/salib ankh) yang biasanya dipakai di leher para pendeta Mesir kuno sebagai kalung. Di kalangan berbagai bangsa purba di sekitar wilayah Mediterian, termasuk Phoenicia yang berjiran dengan Palestin, lambang salib Mesir itu juga mengandungi pengertian yang cukup sukar di fahami.
Berbagai jenis salib yang digunakan semenjak pra-Kristian hingga sekarang
Selain Salib Tau terdapat satu lagi jenis salib yang disebut dengan Salib Berlengan Sama Panjang. Salib ini telah dikenal di seluruh dunia purba. Para sejarawan mengatakan bahawa di kalangan dunia purba salib ini melambangkan empat unsur (bumi, udara, air, dan api) yang dipandang sebagai sumber penciptaan segala sesuatu. Unsur-unsur ini dipandang sebagai yang abadi, sehingga semua yang tercipta darinya, tidak akan pernah musnah atau berubah-ubah.
Swastika atau Salib Berlengan Panjang
Lambang-lambang Swastika di dalam pelbagai budaya dan masyarakat
Salib berlengan panjang juga digunakan sebagai simbol pada makanan suci dan air suci dalam keagamaan. Penggunaan salib ini terdapat dikalangan bangsa-bangsa Assyiria, Babilonia, Persia purba, bahkan di benua Amerika sebelum datangnya agama Kristian.
Relief Salib Swastika di Eropa ribuan tahun sebelum Kristian
Swastika berumur 5000 tahun SM di Samara, Iraq
Bentuk lain salib jenis ini adalah swastika. Ini sebenarnya adalah salib berlengan panjang, yang bagian ujung lengannya tertekuk atau dipatahkan menurut arah yang sama (seperti arah jarum jam). Menurut sejarawan, hujung lengan yang tertekuk itu asalnya melengkung, ini akan membentuk lingkaran yang memperlihatkan lambang matahari.
•Encyclopedia of Funk and Wagnalls mengatakan, “Bentuk atau model ini adalah salah satu lambang paling awal yang terkenal yang telah dibuat oleh manusia, dan salah satu lambang yang paling tersebar di kalangan bangsa-bangsa primitif. Lambang ini terdapat di seluruh benua selain Australia, dan merupakan lambang dewa matahari, dari Apollo (Rom), Odin (Viking) sampai Quetzalcoatl (Aztec). Lambang ini masih bertahan dalam keagamaan di India di kalangan para penganut agama Budha dan agama Jain, serta di China dan Jepun, mahupun di kalangan suku-suku Indian di Amerika Utara yang masih meneruskan pengubatan perdukunan.”
•Dalam Encyclopedia Britannica, Prof. Shepherd menulis, “Bentuk-bentuk salib telah digunakan sebagai lambang, keagamaan atau lainnya, jauh sebelum zaman Masihi, di hampir semua bahagian dunia. Dua bentuk salib Pra-Kristian telah menjadi model dalam Kristian. Lambang hieroglyph Mesir tentang kehidupan (salib ankh, salib Tau dengan lingkaran di atasnya) dipungut dan digunakan secara meluas pada monumen-monumen Kristen Koptik. Salib Swastika (crux gammata), yang terdiri atas empat huruf gamma kapital Yunani, dijumpai pada kebanyakan batu nisan makam Kristian sebagai lambang yang tersamar. Lambang ini tersebar luas sebelum zaman Kristian di Eropah, Asia, dan Amerika dan umumnya dianggap sebagai lambang matahari atau api. Dari situlah makna sumber kehidupan berasal.”
Di beberapa tempat di dunia ini, hujung tekukan pada salib swastika di letakkan simbol tapak kaki yang menandakan adanya gerak “berjalan”. Di tempat lain, ada pula yang menggambarkan hujung swastika dengan gambar burung yang menggambarkan pergerakan matahari di angkasa. Atau gambar ikan, yang menggambarkan matahari menyelam ke dalam laut di bawah muka bumi setelah tenggelam di malam hari dan sebelum kembali terbit keesokan harinya.
Burung dan Dewa Matahari (Swastika Nazi Jerman)
Swastika Zionist dan Swastika Dewa Matahari
Bagaimanapun, salib merupakan lambang Dewa Matahari. Kerana hanya satu matahari wujud bagi penduduk dunia, maka dengan sendirinya di mana-mana di dunia ini, apabila mereka memuja Dewa Matahari maka lambang dan kepercayaannya akan muncul dan terpahat di dalam setiap kehidupan mereka.
Persamaan Dewa Matahari Keltik dan Dewa Matahari Aztec
Demikian halnya antara kepercayaan pagan dengan kepercayaan Kristian. Sejak ribuan tahun sebelumnya sehingga zaman penyebaran agama Kristian di kawasan Mediterian, telah terdapat agama-agama yang mempercayai dewa-dewi yang menderita, disalib dan mati untuk menebus dosa. Riwayat-riwayat dan waktu penyaliban Jesus yang terdapat dalam doktrin Kristian juga sangat serupa dengan kepercayaan pagan, iaitu berkisar antara 21-25 Mac. Justinus Martir (hidup sekitar tahun 103–165) mengatakan bahawa iblis yang mendengar ramalan-ramalan para nabi besar sebelumnya, meniru ajaran itu sebelum adanya agama Kristian itu sendiri. Tapi pada dasarnya jenis-jenis salib ini digunakan oleh kaum pagan untuk menyembah dewa matahari mereka semenjak perbagai peradaban kuno dunia mucul.
Pandangan Islam tentang Salib dan Penyaliban Isa
Islam menolak dengan keras doktrin terhadap peristiwa penyaliban tersebut, kerana perkara ini selari dengan konsep Paganisme dan penyembahan kepada dewa-dewa yang sangat bertentangan dengan konsep monotheisme atau Ketuhanan Yang Maha Satu.
Allah berfirman
Qur’an surah An-Nisa ayat 156-157 :
Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa) dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan besar (zina), dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa.
Sumber:
Misteri Simbol Pelik Sudah Terungkai
Akhirnya satu hari, terungkai juga rahsia tersebut. Huh, mudah sangat kot tertipu. Sama juga dengan kes kononnya ada tahi bintang jatuh Ulu Yam, Selangor. Siap call orang Ulu Yam bertanyakan berita tersebut apabila tiada disiarkan di TV. Sama juga dengan simbol pelik ni, tengoklah sendiri. Buat penat komen panjang-panjang. Tahniah kepada yang memberi idea kepada syarikat berkenaan :)
Monday, April 18, 2011
Sunday, April 17, 2011
Pembangkang di Kelantan, Terengganu dan Sarawak
Barisan Nasional pertahan Sarawak dengan peroleh majoriti dua pertiga
Thursday, April 14, 2011
Prinsip dan Falsafah
Prinsip, boleh dikatakan semua orang mempunyai prinsip dan pendirian masing-masing. Tetapi, percayalah, prinsip boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Tulislah dengan cantik-cantik dinding, di wallpaper, ia tetap akan berubah mengikut masa dan keadaan.
Prinsip kewangan. Cuba diuji dengan kekayaan atau kemiskinan. Akan ada yang terlupa dengan prinsip masing-masing. Akan ada yang makin kedana atau makin bertambah-tambah kekayaan. Bukan mengata, mungkin kita sudah lama dijajah secara pecah dan perintah. Melayu tetap perlu menyambung profesyen keluarga seperti menoreh, bertani dan nelayan. Kerabat istana sahaja yang berpeluang mendapat tempat di sektor pendidikan dan ekonomi. Merdeka sahaja, ramai Melayu yang menjadi TUAN kepada tanah air sendiri, namun ramai juga yang menggadaikan prinsip bila harta bertimbun.
Prinsip anti lelaki atau anti perempuan. Ramai juga dari golongan sedemikian. Cuba diuji dengan calon yang memenuhi kehendak, goyang prinsip tu. Prinsip antara gender inilah yang paling besar dan banyak berubah. Kepada peminat Siti yang anti poligami, bila diuji dengan Siti kawin dengan Dato K, ramai yang bersorak riang. Bergembira dengan lagu sedih Siti, gaun Siti yang cantik, kad jemputan kahwin Siti yang gah, tapi terlupa bekas isteri beliau tengah bersedih. Merai Siti bagai nak rak, sudah terlupa dengan prinsip anti tadi, hanya kerana Siti idola.
Prinsip Maruah. Semasa generasi muda mengenali dunia luar, ramai yang keluar dari sekolah dengan prinsip masing-masing. Ramai yang menterjemah di dinding-dinding asrama, buku-buku dan lain-lain tempat untuk dihebahkan kepada orang lain. Sering kali kita mendengar, sesiapa yang tidak bercinta masa belajar, PERCAYALAH orang itulah yang biasanya akan kahwin dulu dan beranak pinak. Manakala yang bercinta sampai terguling-guling, merekalah antara yang kahwin lambat. Demikian juga dengan golongan yang nampak seperti beragama, kadang-kadang selepas belajar, merakalah pula yang akan lebih bersosial, merempit, berpakaian seksi dan sebagainya. Manakala yang nampak agak nakal masa belajar, ketika itu mereka sudah pun mula mengubah diri sendiri secara perlahan ke arah kebaikan.
Prinsip orang politik. Tersangat DINAMIK. Kadang-kadang tidak tercapai oleh akal biasa bagaimana mereka ini boleh menukar prinsip dalam sekelip mata. Tidak tergambar mereka boleh meredah akan segala-galanya demi kuasa.