Thursday, January 31, 2013

Agus: 'Kedudukan menjelang PRU13 sengit'



NIZAM ZAIN
31 Januari 2013
Agus Yusoff
Agus Yusoff... 'setiap parti masih ada peluang yang seimbang untuk menang'.
PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.

Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.

Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?

AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.

Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.

Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.

Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.

Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.

Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.


Kelebihan dan kekurangan BN-PR

SINAR HARIAN ONLINE: Oleh kerana Malaysia satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu, adakah Prof menjangkakan peralihan kuasa itu akan berlaku sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain?

AGUS: Saya telah nyatakan bahawa, kedudukan setiap parti yang bersaing sekarang ini sengit dan masing-masing parti belum menunjukkan “winning posture” yang jelas bahawa mereka akan memenangi pilihan raya ini.

Banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian. Saya perhatikan isu-isu kempen, kekuatan jentera parti, janji-janji politik parti, kredibiliti calon, dan imej parti adalah seimbang. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

Jika dilihat dari aspek kewangan dan media, saya fikir kekuatan BN melebihi PR dalam soal ini. Tetapi kelebihan BN tidak jauh kerana sekarang ini yang menentukan kemenangan sesebuah parti tidak bergantung semata-mata kepada 3M ('money', 'machinery' dan media) sepertimana dahulunya, tetapi adalah sikap pengundi.

Inilah yang menarik untuk dikaji iaitu tentang sikap pengundi muda, pengundi bandar, pengundi kelas menengah, pengundi kampung, pengundi wanita, pengundi atas pagar, pengundi diam, pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Dengan banyaknya faktor yang masih perlu diambil kira dan senario yang ada sekarang, terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan kerajaan.

Satu yang saya pasti ialah jika kerajaan BN masih lagi dapat mengekalkan keselesaan hidup rakyat, maka peluang “status quo” kekal adalah tinggi.

 
Tsunami 2008 PRU13 berbeza

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula tsunami politik 2008, sejauh mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berjaya melenyapkan gelombang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti?

AGUS: Tsunami 2008 dengan PRU 2013 adalah berbeza. Tsunami 2008 datang tanpa dijangka dan di luar dugaan. Dalam PRU ini, apa juga keputusannya rakyat telah menjangkakannya kerana tidak ada satu parti pun yang akan menang dengan majoriti yang besar.

Apakah kepimpinan Perdana Menteri dapat melenyapkan tsunami 2008 dalam PRU ini? Saya tidak fikir semudah itu kerana seperti yang saya katakan tadi, semuanya adalah seimbang.

Apatah lagi dalam banyak program transformasi yang diumumkan oleh PM, rakyat masih belum menikmati lagi kejayaan dari program tersebut, cumanya dapat menerima beberapa bantuan sosial yang diberi secara “one-off” sahaja. Saya tidak fikir sekadar bantuan “one-off” dapat melenyapkan tsunami 2008.

SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mengatakan, tsunami 2008 itu berlaku disebabkan rakyat kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam BN, khususnya Umno baik dari segi salah guna kuasa, rasuah, sabotaj calon PRU12, politik wang dan perebutan kuasa. Oleh sebab itu, rakyat beralih arah kepada pembangkang untuk memberi pengajaran kepada BN supaya insaf dan perbaiki kelemahan parti. Sejauh mana pandangan itu mempunyai asasnya?

AGUS: Semua pandangan di atas mempunyai asasnya dan saling berkait antara satu sama lain.  Namun, masih ada empat lagi faktor besar yang menyumbang kepada berlakunya tsunami 2008.

Pertama ialah kemarahan rakyat kepada kenaikan kos hidup disebabkan oleh tindakan kerajaan waktu itu menaikkan harga minyak dalam kadar yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun sebelum ini.

Kedua, pengaruh media alternatif yang cukup luar biasa dalam mempengaruhi pengundi muda dan kelas menengah untuk menolak kerajaan.

Ketika itu, kerajaan BN tidak memberikan perhatian yang besar sangat kepada pengaruh dan keberkesanan media ini berbanding dengan sekarang ini.

Ketiga, faktor calon BN yang menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin dalam BN sendiri. Hal ini panjang untuk dihuraikan tetapi telah dibahaskan dengan baik oleh ramai penganalisis sebelum ini.

Satu lagi faktor yang mempunyai persamaan dengan kedudukan BN sekarang ialah tentang janji-janji politik.

Jika pada 2008, rakyat menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada slogan bekerja bersama saya, menghapuskan rasuah, dasar pembangunan koridor bagi setiap wilayah, sekarang ini rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi kepada kejayaan pelaksanaan gagasan 1Malaysia, NKRA dan pelbagai program transformasi kerajaan.

Jika pada 2008, harapan tinggi rakyat gagal diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan, saya fikir rakyat juga sedang menilai dengan penuh teliti kejayaan pelaksanaan dasar kerajaan seperti yang saya tadi.


SINAR HARIAN ONLINE: Pembangkang sangat sinonim dengan budaya himpunan jalanan dan demonstrasi di negara ini, yang terbaru ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat atau #KL112 di Stadium Merdeka yang telah mencatatkan sejarah apabila ia berlangsung dengan aman, tanpa provokasi pihak tertentu dan tanpa keganasan yang melampau. Adakah ia petanda awal Umno-BN akan berkubur pada PRU13 apabila majoriti yang menyertainya adalah orang Melayu?

AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan  Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti. Jika perhimpunan berlangsung aman, maka itulah yang kita harapkan dan itulah yang kita mahu.

Biarpun majoriti yang hadir dalam  Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah orang Melayu, data yang kumpulan penyelidik saya kutip mendapati majoriti orang Melayu di desa, di tanah rancangan, hatta di bandar masih bersama dengan BN.

Yang menjadi masalah kepada BN sekarang ialah sokongan bukan Melayu kepada PR sekarang ini padu, satu kelainan ketara dari sikap pengundian mereka sebelum PRU 2008.
Jadi, masalahnya sekarang ialah BN menghadapi krisis keyakinan dari bukan Melayu, bukannya orang Melayu.

 
'One-off' hanya gula-gula sementara

SINAR HARIAN ONLINE: Sejak akhir-akhir ini Datuk Seri Najib dilihat mendahului pembangkang dengan mengguna pakai idea pembangkang yang diubah suai berhubung program kebajikan seperti BR1M, Bantuan Awal Persekolahan, rebat telefon pintar, PR1MA dan sebagainya. Adakah BN ketandusan idea untuk memikat hati pengundi dengan mengubahsuai idea pembangkang dan menjadikan BN semakin popular. Sejauh mana ia memberi kesan kepada sokongan dan menyumbang kepada peningkatan undi pada PRU13 nanti?

AGUS: Menerima pakai idea pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya kerajaan bersedia untuk melaksanakan apa juga idea pembangkang yang baik untuk kesejahteraan rakyat.

Persoalannya bukan itu pada saya. Yang penting dijawab ialah sejauh manakah idea pembangkang itu baik?  Dan sejauh manakah bantuan 'one-off' itu memberi kesan positif pada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat?

Saya harus nyatakan tawaran mana-mana parti yang berbentuk 'one-off' itu hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat bagi mendapat sokongan dalam pilihan raya. Langkah PR yang menjanjikan banyak ‘barang percuma’ sekiranya memerintah dan selepas itu cuba diikuti rapat oleh BN bukanlah dasar ekonomi yang baik.

Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat.

Saya harap selepas PRU13 nanti, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada semuanya sama ada kepada rakyat mahupun ekonomi negara.

Terakhir yang perlu saya jawab ialah sejauh manakah bantuan di atas mempengaruhi sokongan pengundi?  Saya tidak nampak memberikan kesan yang signifikan. Rakyat tidak lagi ghairah dengan bantuan tersebut sehingga ada yang sudah menganggap itu sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memberikannya.

Rakyat yang tidak menyokong kerajaan juga sudah diberitahu supaya ambil sahaja bantuan yang diberi kerajaan, tetapi undi jangan bagi. Kesedaran politik rakyat kita sudah semakin banyak berubah.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Prof melihat keterdesakan BN dan PR dalam meraih sokongan hingga menjadikan politik samseng sebagai salah satu cara untuk menjajah minda pengundi dan menyekat kebebasan menyampaikan dakyah masing-masing kepada rakyat.

AGUS: Rakyat tanpa mengira dari parti apa pun tidak boleh menerima politik samseng. Jadi, bagi mana-mana parti yang menggunakan taktik ini, yakinilah itu bukannya yang rakyat mahu.

Oleh itu, harapnya kita sama-samalah meraikan perbezaan parti dan pendapat dengan penuh semangat demokrasi. Buat apa takut pada parti lawan sehingga perlu kepada politik samseng? Saya tidak nampak relevannya sikap seperti ini untuk mendapatkan undi rakyat.

 
Maksimumkan isu

SINAR HARIAN ONLINE: Politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Sejauh manakah Prof melihat pelbagai isu kontroversi yang ditimbulkan pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Adakah mereka ingin menjadikannya sebagai polemik hingga pilihan raya nanti?

AGUS: Isu hudud, isu kalimah ALLAH, isu cincin, isu rasuah, isu Teoh Beng Hock, isu air di Lembah Klang dan Kelantan dan apa juga isu yang boleh dipolitikkan akan digunakan sampai ke tahap maksimum untuk mempengaruhi rakyat dalam kempen pilihan raya nanti.

Ini kerana isu adalah sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Saya tidak ada masalah dengan penggunaan isu-isu dalam kempen politik, tetapi masalahnya ialah apabila ada isu yang digunakan itu adalah bersifat peribadi dan mengaibkan. Inilah yang tidak baiknya sehingga menampakkan sikap politik kita yang jauh dari matang.

Oleh sebab itulah, saya melihat ahli politik negara kita ini, adalah antara yang terkuat mentalnya di dunia. Ini kerana untuk terjun dalam arena politik negara, maka mereka mesti bersedia bukan hanya sekadar menadah telinga untuk mendengar pujian dan cacian, tetapi juga bersedia untuk ditelanjangkan dan diaibkan.

Saya sendiri jika ditanya bersediakah untuk terjun dalam dunia politik praktis, saya akan segera jawab tidak mahu dan tidak mungkin kerana saya tidak mempunyai kekuatan itu.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan layanan kerajaan kepada pembangkang dari segi kebebasan bersuara menerusi media arus perdana sepertimana yang diamalkan di Eropah dan negara barat yang lain? Permintaan Presiden Pas untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi menerusi stesen tv kawalan kerajaan hingga ke hari ini menjadi persoalan dan pembangkang melihat BN tidak mengamal dasar demokrasi yang luhur dalam hal ini.

AGUS: Saya tidak lihat pembangkang mempunyai peluang untuk mendapat liputan berita yang baik dalam media perdana di negara kita. Sebab itulah ramai sarjana mengatakan pilihan raya di negara kita ini bebas tetapi tidak adil.

Bebas kerana kita adakan pilihan raya secara berkala apabila tiba masanya dan kita boleh terlibat dalam politik tanpa banyak gangguan, tetapi tidak adil kerana media massa perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

Mujurnya, bagi mengimbangi penguasaan media perdana kerajaan, wujud media alternatif yang membolehkan parti pembangkang turut bermain ‘politik dalam ruangan.’

Tetapi melihat dari sudut yang lain, saya dapati media pembangkang juga mensensasikan berita sama seperti media kerajaan sahaja.  Itu sudah menjadi tahap profesionalisme kewartawanan berlesen yang ada di negara kita.

Mengenai kebenaran untuk (Presiden Pas Datuk Seri) Tuan Guru Haji Hadi (Awang) muncul di TV kerajaan bagi menjelaskan isu Amanatnya, saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa Pas perlu mencari alternatif lain bagi membolehkan Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasannya secara langsung, iaitu melalui media online.

Hujah saya ialah untuk menamatkan Amanat Hadi ini dari terus dipolemikkan. Hujah orang kampung tidak boleh menontonnya jika diadakan secara langsung melalui TV online kerana tidak ada kemudahan internet di rumah.

Telah saya jawab dengan menyatakan perkara ini boleh dimuat naik dalam Youtube atau jualkan sahaja kaset sepertimana amalan Pas sebelum ini.

Saya kira, itu jawapan kepada kekangan yang ada. Tetapi nampaknya cadangan saya tidak diterima. Jika begitu, maka kesemuanya, baik di pihak BN atau PR, sama-sama akan mempolitikkan apa juga isu asalkan di akhirnya akan mendapat laba politik daripadanya.


Sidang Parlimen lebih segar

SINAR HARIAN ONLINE: Pada pandangan Prof, sejauh mana pembangkang mempamerkan kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)?

AGUS: Pembangkang memainkan peranan yang efektif di Parlimen dan Dun (jika di Dun, ini termasuklah peranan wakil rakyat BN sebagai pembangkang di negeri yang dikuasai oleh PR). Mereka banyak menimbulkan isu-isu substantif yang wajar diberi perhatian oleh rakyat dan juga kerajaan. Tindakan mereka di Parlimen dan Dun, suka atau tidak suka telah membuatkan rakyat kita celik politik hari ini.

Masalahnya adalah dari segi masa perbahasan yang singkat. Masalahnya adalah dari segi mutu perbahasan sesetengah ahli parlimen yang menjadikan Parlimen seperti pasar ikan atau pasar malam. Harus diingat, yang menjadikan sidang Parlimen itu kecoh bukan hanya dari parti pembangkang sahaja, tetapi juga di pihak kerajaan. Ada ketikanya mencelah tanpa izin, ada ketikanya tidak ikut peraturan Dewan, ada ketikanya menggunakan 'point of order' di tempat yang tidak betul.

Tapi keseluruhannya, saya lihat Parlimen kita lebih segar dengan adanya pembangkang yang kuat. Cuma yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak munculkan pembangkang yang sihat?



SINAR HARIAN ONLINE: Apakah yang dapat Prof rumuskan berhubung landskap politik di negara ini? Adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak kepada politik baru sepertimana yang dikatakan Datuk Saifuddin Abdullah?

AGUS: Politik kita masih di takuk lama. Di kala dunia bercakap tentang keterbukaan, politik kita masih lagi dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci memaki, benci membenci dan keengganan elit politik untuk berubah. Kempen mereka masih lagi dengan tawaran lama, tanpa ada satu tawaran baru yang lebih menarik. Ini saya lihat kekurangan utama yang ada pemimpin BN khususnya, mungkin kerana sudah cukup selesa setelah sekian lama berada di tampuk kuasa.

Selain itu, di kala kita bercakap tentang hak-hak asasi rakyat, pemimpin kita meminda undang-undang tetapi di akhirnya tidak banyak pun perubahan substantif yang dibuat ke atas undang-undang tersebut. Ia sekadar menukar minuman lama ke dalam botol baru sahaja.

Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, banyak juga yang masih belum selesai dari segi tingkah laku mereka. Apabila berceramah, mereka akan menimbulkan kebencian dan menyumpah seranah orang. Ini bukan jiwa seorang pemimpin yang besar. Bercakap juga dengan modal idea yang tidak berkembang dengan isu-isu lama yang sudah luput.

Pendekatan politik Datuk Saifuddin Abdullah luar biasa pada saya. Jiwa besar beliau yang memahami aspirasi generasi kini akan menjadikan beliau relevan dalam politik negara dan beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Semoganya selepas PRU13 nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam pentas politik negara.

Saifuddin ikon politik

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kerana Prof berkawan rapat dengan Datuk Saifuddin menyebabkan Prof berkata demikian?

AGUS: Saya mengenali Datuk Saifuddin dan beliau mengenali saya, tapi kami tidak pernah berbincang soal politik secara bersama.  Saya berkata demikian kerana saya tahu ramai anak muda mengangkat beliau sebagai ikon politik yang negara mahukan, bukan kerana beliau BN atau timbalan menteri, tetapi kerana pendekatan politiknya yang mahu membawa perubahan minda kepada ahli-ahli politik.
Saya setuju dengan beliau dalam soal ini, menerima yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.

http://www.sinarharian.com.my/wawancara/agus-kedudukan-menjelang-pru13-sengit-1.126857

Annuar: Piya tidak rugi jika tak bersama Harimau Malaya


http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/annuar-piya-tidak-rugi-jika-tak-bersama-harimau-malaya-1.127057

31 Januari 2013
Mohd Badhri Radzi atau Piya
Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya
TINDAKAN ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal tidak menyenaraikan kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi atau Piya dalam skuad Harimau Malaya tidak merugikan sesiapa termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun tidak dapat bersama skuad kebangsaan, namun pemain itu dapat menimba pengalaman berharga di persada antarabangsa bersama Kelantan.
"Kelantan sendiri terbabit dalam perlawanan antarabangsa dalam saingan Piala AFC dan perlawanan antarabangsa dengan kelab dari luar negara," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan dua pemain import baharu di Kota Bharu, hari ini.
Dua pemain tersebut ialah pemain sayap Salim Arrache dari Perancis dan penyerang Dickson Nwakaemi dari Nigeria.
Kedua-dua pemain import itu akan diuji pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara Kelantan dan kelab Liga Perdana Indonesia, Semen Padang, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu ini.
Bagaimanapun, Annuar berkata, Kafa akan sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama jika Rajagobal memanggil semula Piya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. - Bernama

Wednesday, January 30, 2013

Air Mata Nurul Izzah






Lembah Pantai Fundraising Dinner, Kuala Lumpur 29/01/2012

Drama SAHARA yang dikatakan menghina ISLAM


Sahara bersama Pengarah dan team


MPKB nafi aktiviti carigali minyak di Pasar Siti Khadijah



Haji Fauzi bin Mat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu menafikan kenyataan mengenai notis perpindahan peniaga di Pasar Siti Khadijah. Sebelum ini beliau telah diberitahu bahawa 1 notis meminta Peniaga dan penajaja di Pasar Siti Khadijah untuk mengosongkan kawasan itu dalam tempoh 60 hari bagi melancarkan  aktiviti mencarigali minyak di kawasan tersebut.

Haji Fauzi memanggil para wartawan untuk menafikan notis tersebut. Ianya juga sebagai langkah awal sekiranya perkara ini terus berlanjutan. Laporan polis telah dibuat bagi membersihkan nama MPKB.Turut hadir bersama adalah Encik Hassan bin Mamat Ketua Ahli Majlis MPKB-Bri dan En Azman bin Mohd Daham Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat.
Kenytaan rasmi Yang Dipertua MPKB

Sehubungan dengan itu beliau meminta peniaga dan penajaja di Pasar Siti Khadijah dan kawasan-kawasan sekitarnya mengabaikan notis palsu tersebut dan meneruskan aktiviti perniagaan hendaklah diteruskan seperti sediakala tanpa ragu-ragu.

Notis palsu

http://jeminghassan.blogspot.com/2013/01/mpkb-nafi-aktiviti-carigali-minyak-di.html

Surat Tunku Abd Rahman tidak mahu dikebumikan di Makam Pahlawan

Kisah Khalifah Umar Al-Khattab Membuka Kota Al Quds



Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri.

Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang penguasaan umat Islam terhadap Baitul Maqdis terbuka luas. Rom ingin menamatkan penguasaan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al Quds. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang protagonis uskup yang mempertahan Jerusalem, enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah.

Sophronius memberikan syarat supaya Khalifah Islam iaitu Umar ibn al Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Iliya’ (Iliya’, nama Jerusalem ketika itu) dengan jaminan keselamatan.

Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan melakukan penjarahan terhadap Kota al Quds sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom. Ternyata jangkaan mereka silap.

Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat Iliya’. Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar al Khattab menuju ke Kota Jerusalem.

Sebelum Khalifah Umar berangkat menuju ke Jerusalem, Umar telah bermusyawarah bersama Para Sahabatnya tentang permintaan Sophronius. Uthman ibn Affan radhiAllahu anhu mencegah Khalifah Umar dari menuruti kehendak uskup tersebut, tetapi Saidina Ali memberikan cadangan lain yang kemudiannya diterima oleh Umar; Iaitu melakukan rapat umum bersama rakyat Iliya’ kerana Jerusalem juga merupakan salah satu bandar suci bagi kepercayaan umat Islam selain Yahudi dan Nasrani.

Di sinilah hikayat kisah agung pembukaan Kota al Quds yang dilakukan Khalifah Umar al Khattab. Khalifah Islam ke-2 yang pernah mendapat gelaran al Faruq ini, dipuji Baginda salallahualaihi wasalam sebagaimana sabdanya yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah Taala menempatkan kebenaran pada ucapan Umar dan hatinya".

Khalifah Umar al Khattab tidak pergi ke Baitul Maqdis dengan ketumbukan tentera, bukan juga dengan pakaian yang mewah-mewah dan kehebatan kerajaannya. Tetapi beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani oleh seorang P.A (personal assistant) / khadamnya sahaja. Perjalanan Umar dan khadamnya dari Madinah ke Kota al Quds, hanya cukup berbekalkan air, roti dan kurma.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta. Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya pula akan berjalan sambil memandu pedati unta tersebut. Manakala jika khadamnya yang naik unta, Umar pula yang akan berjalan memandu pedati untanya. Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat. Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga sampai ke Kota al Quds.

Sebelum sampai ke Kota al Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya. Abu Ubaidah bin Jarrah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang dijanjikan syurga. Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khalid bin al Walid.

Apabila tentera-tentera Islam menyedari kedatangan Umar al Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh penghormatan. Ketika itu Umar yang memimpin pedati unta yang dinaiki oleh khadamnya. Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera, tetapi hal itu ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.

Apabila Abu Ubaidah melihat kaki Khalifah Umar sudah berceloreng dengan debu-debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke pintu Kota al Quds.

“Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan. Mereka (penduduk al Quds) tentu melihat kemegahan kamu sebagai Khalifah”

Tiba-tiba Umar al Khattab merenung Abu Ubaidah, salah seorang panglima Islam yang menewaskan tentera-tentera Rom Byzantine itu dengan wajah yang sangat murka atas apa yang diucapnya. Lalu terbitlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah,"Demi Allah. Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini! Sesungguhnya kita semua ini adalah hina lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah".

Saidina Umar menolak cadangan Abu Ubaidah dan tidak memanjangkan dialog bersamanya. Umar bersama khadamnya terus berlalu pergi meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya.

Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin. Apabila Kota al Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus kekal menaiki unta, sementara dia yang akan memegang pedati unta yang dinaiki Umar. Tetapi Umar tegas melarang dan mengarahkan pembantunya agar terus mengikut tempoh gantian yang ditetapkan. Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke gerbang Kota al Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta tersebut.

Kerumunan tentera-tentera Rom dan rakyat al Quds beragama Nasrani memenuhi Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah peradaban dunia. Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan membawa bala tentera dan sejumlah kebanggaan di raja seperti emas, mahkota, permaisuri, gundik-gundik dan sebagainya. Tetapi Umar sebagai khalifah, pemimpin terunggul yang berjaya menundukkan keangkuhan Rom, datang dengan baju kasar yang kurang kualitinya, lusuh dan berdebu, manakala kedua-dua kakinya berlumpur.

Umar berhenti apabila menjejaki gerbang Dimashq, salah satu pintu masuk ke Jerusalem. Kemudian terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ, dengan penuh kehambaan kepada Allah Taala wajahnya bersemarak sinar keizzahan Islam.

Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Umar radhiAllahu anhu. Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi dan namanya. Mereka terpedaya dengan sangkaan-sangkaan buruk mengenai Umar, sebaliknya Khalifah Umar hanya ditemani oleh seorang khadam setibanya di Jerusalem. Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya. Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.

Seluruh rakyat Iliya’ dan pembesar-pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berteriak keras.

"Alangkah malangnya kamu semua! Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah".

Patriarch Sophronius bersama uskup-uskup lain memakai pakaian yang mewah-mewah bergemerlapan, sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa. Sophronius malu melihat penampilah Khalifah sungguh sederhana, dalam hatinya berkata,”Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas”.

Saat Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar, dia termanggu apabila teringat tanda-tanda pemilik sebenar Kota al Quds sebagaimana yang disebut di dalam Injil. Sophronius mara bertemu Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota al Quds. Kemudian Sophronius berkata kepada Umar.

“Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan kunci kota al Quds, seterusnya menguasai Baitul Maqdis memiliki tiga tanda. Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.

“Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya. Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur). Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan.

Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar al Khattab, kemudian dia meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya. Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar, dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius berkata,"Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan. Tidak diberikan kunci-kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), (1) Khadamnya yang menunggang kenderaan. (2) Calitan debu-debu tanah. dan (3) Tampalan pada baju".

Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman, tidak akan musnah ditelan peredaran. Kemudian dia menambah lagi,"Aku tidak sedih (memberikan kunci kepada Umar) kerana kalian masuk ke kota ini sebagai orang yang memiliki kriteria tersebut (dalam Injil kami sebagai pembuka Kota Jerusalem), (aku tidak gelisah) kamu menakluki perbendaharaan dunia ini sedang kami dalam kawalan kalian. Kamu tentu menguasai kota ini selamanya dengan aqidah Islam, pentadbiran Islam dan juga akhlak Islam".

Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius. Kemudian Umar mengikat jaminan keamanan penganut Kristian yang akan tetap tinggal di Jerusalem (penduduk Iliya’).

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang; inilah apa yang telah diberikan hamba Allah Umar, Amirul Mukminin keamanan kepada penduduk Iliya'. Dia (Allah) telah memberikan keamanan untuk diri mereka, harta benda mereka, gereja-gereja mereka dan rumah-rumah ibadah mereka samaada yang elok atau rosak dan kepada seluruh penganut bahawa tidak sekali-kali gereja-gereja mereka dihuni (rampas) dan tidak sekali-kali dimusnahkan dan sekali-kali dilakukan kekerasan terhadap mereka samaada pada tubuh badan atau harta benda. Dan mereka sekali-kali tidak dipaksa untuk meninggalkan agama mereka dan tidak sekali orang Yahudi menghuni bersama mereka di Iliya'".

"Menjadi kewajipan ke atas penduduk Iliya' untuk membayar jizyah sebagaimana ahli agama lai membayarnya. Menjadi kemestian ke atas mereka untuk mengeluarkan oran Rom dan perompak, maka sesiapa dari kalngan mereka yang keluar maka dia dan hartanya selamat sehinggalah dia sampai ke tempat perlindungannya. Dan sesiapa dari kalangan mereka mahu kekal maka dia selamat tetapi mestilah dia membayar jizyah sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk Iliya'".

"Sesiapa dari kalangan penduduk Iliya' yang mahu pergi dengan hartanya bersama-sama orang Rom maka mereka selamat sehinggalah mereka sampai ke tempat perlindungan. Sesiapa dari kalangan penduduk bumi ini yang mahu kekal maka hendaklah dia membayar jizyah sebagaimana penduduk Iliya' dan sesiapa yang mahu berada di bawah Rom dan sesiapa yang mahu kembali kepada keluarganya tidak diambil daripada mereka sesuatu pun sehinggalah mereka menuai tanaman mereka. Sesungguhnya apa yang ada di atas tulisan ini adalah janji yang bertunjang kepada Allah, Rasul dan para Khulafa' dan orang-orang Mukmin jika mereka membayar jizyah yang diwajibkan ke atas mereka".

Inilah sebahagian dari jaminan hak dan keselamatan umat Islam kepada rakyat Iliya’. Rakyat Iliya’ diwajibkan membayar jizyah, manakala yang telah memeluk Islam wajib membayar zakat. Kota al Quds kemudiannya menjadi tanggungjawab umat Islam dan rakyat Iliya’ untuk memeliharanya daripada ancaman dan pencerobohan musuh. Perjanjian antara penganut Kristian dan masyarakat Islam ini dinamakan sebagai ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant).

Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar berangkat menuju ke Baitul Maqdis, salah satu tempat yang menjadi wasiat Baginda salallahualaihi wasalam kepada umat Islam agar menziarahinya. Sehinggalah tiba waktu solat, Sophronius mempelawa Saidina Umar melaksanakannya di Holy Sepulchure / Gereja al Qiamah (tempat maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian). Tetapi ajakan itu ditolak kerana Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujjah generasi Islam selepasnya untuk mengubah gereja menjadi masjid.

Saidina Umar kemudian meninjau sekitar kawasan Gereja al Qiamah dan berjalan sepanjang 500 meter menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya. Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar dan pernah dibakar oleh Yahudi dalam pada 21 Ogos 1969.

Genap 10 hari Saidina Umar bersama tentera-tentera Islam yang kemudiannya masuk ke Kota al Quds dengan aman. Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah Taala. Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis. Lalu salah seorang bertanya kepada Umar,”Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini?”

“ya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringat Baginda salallahualaihi wasalam pernah bersabda…”

MAKSUDNYA : "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kalian semua sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)".

Setelah itu, Umar kembali bersama khadamnya menuju Madinah. Datang dan perginya Khalifah Umar, hanya berperawakan seperti musafir biasa dan rakyat jelata.

Tuesday, January 29, 2013

GAMBAR PESERTA KURSUS PRA PERKAHWINAN DIEDIT KONONNYA SEORANG PADERI SEDANG MEMURTADKAN GADIS-GADIS MELAYU DISEBUAH GEREJA DIIPOH, PERAK!!!



Petugas JPN Terima RM1juta Benarkan Pendatang Mengundi


Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu hari ini.

Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.
"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini.

Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.

Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang.

Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Ramli berkata bahawa beliau telah menggunakan sejumlah daripada RM1 juta untuk perkara-perkara peribadi dan memberikan baki kepada pegawainya dan untuk menganjurkan festival sukan di Pulau Pinang untuk pekerja bawahannya, menurut Badaruddin.

Pegawai SB itu menambah bahawa Ramli mengedarkan 14,000 resit JPN kalangan pekerja bawahan untuk dikeluarkan kepada pendatang, manakala 2,000 resit peribadi dikeluarkan oleh Ramli kepada orang-orang tertentu.

Seorang lagi bekas pengarah JPN bernama Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6,305 kepada pendatang Filipina dan Indonesia, termsuk kepada orang tempatan dengan RM167,300 kata ketua SB sabah Datuk Ibrahim Zakaria kepada RCI awal hari ini.

Ibrahim menambah, 94 orang termasuk 24 pegawai JPN ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1994 hingga 2000 kerana mengeluarkan kad pengenalan di Sabah secara haram.

"Tidak, dia (Rauf) tidak mengatakan dia bertindak atas arahan, tetapi dia bertindak sendiri," kata Ibrahim.

"Dari risikan yang saya kumpul, ia lebih kepada untuk mendapatkan ganjaran, keuntungan," kata Ibrahim, yang memakai sut hitam dan tali leher merah.

Ditanya jika Ibrahim percaya bahawa Rauf telah bertindak sendiri, Ibrahim berkata: "Beliau adalah orang pintar, berpendidikan luar negara, sangat komunikatif, mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan kerajaan, saya terima apa yang beliau katakan sebagai kebenaran.

" Rauf, bagaimanapun memberitahu RCI baru-baru ini kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah.

Beliau mengatakan sedar bahawa pendatang di Sabah telah diajar untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan dibatalkan.

Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan baru-baru ini 100,000 kad pengenalan biru telah diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.

Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut undang-undang".

Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok. -TMI

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


Jom singkapi kisah seorang pelajar UTEM yang terlibat dengan kemalangan awal bulan ini. AL-FATIHAH


(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

AL-FATIHAH

*dpetik dri Fb Khazinatul Asrar.

Apa maksud tmx khianat? bergaduh pasal apa ni?

















Monday, January 28, 2013

Jalan ke Ranau, Sabah 1960 - 2011

Baldwin Street, Jalan Paling Curam Di Dunia



Baldwin Street, terletak di bahagian pinggir bandar Dunedin di selatan New Zealand, merupakan pemegang rekod dunia Guinness sebagai jalan paling curam di dunia. 



Ia terletak di pinggir North East Valley, 3.5 kilometer di timur laut pusat bandar Dunedin. Pada tahap maksimum,kecerunan Baldwin Street adalah kira-kira 1:2.86 (19 ° atau 35%) - iaitu, untuk setiap 2.86 meter perjalanan secara mendatar, ketinggian akan meningkat sebanyak 1 meter. 








Ulama agung Kelantan, Sheikh Abdul Qadir @ Tuan Guru Haji Musa Tumpat telah kembali ke rahmatullah



Ulama agung Kelantan, Sheikh Abdul Qadir @ Tuan Guru Haji Musa Tumpat telah kembali ke rahmatullah jam 3 pagi tadi, 26 Januari 2013 Masihi bersamaan 14 Rabi'ul Awal 1434 H. innalillah wa inna ilaihi raji'un..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan limpah kurnia Allah SWT. Di tempatkan di sisi para ulama dan syuhada. Dihindar daripada siksaan kubur.

Ya Allah, tuhan yang maha pengasih lagi maha mengasihani, engkau permudahkanlah hisab baginya,engkau tetapkanlah kakinya ketika meniti jambatan sirat ul mustaqim, engkau haramkanlah rambut dan kulitnya daripada api neraka. Amiiin ya Rabbal A'lamin.