Tuesday, January 15, 2013

Selingkar kisah Sharifah dan Bawani di UUM






troll terbaik di FB hari ni hihihihi




Harian Metroll

Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."

Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"

Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."

Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - wartawan Johan






Dance Remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!







Hormati suara pelajar, FB gesa Sharifah Zohra minta maaf

15 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan berkata, adalah penting suara mahasiswa diberi perhatian apabila ia menyentuh mengenai pembaharuan pendidikan dan pembangunan negara.

Pendapat mereka perlu didengar kerana ia akan membantu mengubah persepsi dan menyediakan idea kreatif bagi menambah baik masa depan mereka di negara ini.

Beliau menegaskan, sistem pendidikan dan negara boleh memenuhi keperluan kebanyakan mahasiswa dengan menggalakkan kebebasan dan berdikari dan mampu menyuarakan pendapat dengan bebas.

"Bagaimana kita nak harap mereka menjadi warganegara yang boleh didekati pada masa depan jika kita tidak membenarka mereka turut serta dalam perbincangan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mugilan mengulas klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara anggota panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia KS Bawani, yang menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook.

"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf bahawa mahasiswa di universiti-universiti tempatan telah menjadi lebih vokal dan kritikal tentang kerajaan dan melonggarkan beberapa undang-undang membenarkan pelajar menyertai politik.

 "Kami (MIC) kecewa dengan Sharifah Zohra, sebagai seorang anggota panel, tidak dapat mengawal keadaan secara bijaksana dan berdiplomasi," katanya.

Tinjauan ke atas Facebook menunjukkan forum, bertajuk ‘Seiringkan Mahasiswa dan Politik' berlangsung pada 8 Disember dan video mengenai sesi soal jawab itu hanya dimuatnaik dalam YouTube, Rabu lepas.

"Pagi ini, lebih daripada 170,000 pendapat mengenai video itu telah menarik sejumlah besar "dislikes".

Satu laman diwujudkan dalam Facebook - 'Kami mahu Sharifah Zohra Jabeen memohon maaf secara terbuka kepada Cik Bavani', dengan 26,814 'likes' pada laman itu. - Bernama



_______________________________________________________



Presiden KIMMA: Sharifah Zohra tidak bersama kami, sukar kawal beliau

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."

"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.


"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.


Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.


Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.


"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.


"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."












UUM kata tiada kena mengena dengan forum SW1M


1:06PM Jan 16 2013
Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menjelaskan bahawa ia hanya menyediakan dewan untuk forum kontroversi melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar jurusan undang-undang KS Bawani.
NONENaib canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina semalam berkata, universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.

“Untuk mengaitkan UUM dengan forum ini amat tidak adil kepada pihak berkuasa universiti," katanya kepada akhbar China Press.


Laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.


Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan Sharifah tidak mewakili pendirian UUM dan turut memuji keberanian Bawani dalam menyatakan pandangan.


NONE“Sebenaranya, sikap kedua-dua mereka amat keras. Bawani bertegas untuk bertanya soalan selepas sesi soal jawab tamat dan berlanjutan. Ini mungkin menyebabkan Sharifah berang.


"Universiti sentiasa memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyatakan buah fikiran," tambahnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini menghubungi seorang pengurus program SW1M yang dikenali dengan nama Azhar untuk mendapatkan reaksi pagi ini.


Azhar yang enggan mengulas lanjut berkata NGO berkenaan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.


http://www.malaysiakini.com/news/219076






Sharifah Listen "memaafkan" press statement....







UUM tutup pintu pada 'Kak Listen'
http://www.malaysiakini.com/news/219664
6:40PM Jan 22 2013 
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin - yang mendapat gelaran 'Kak Listen' - tidak akan dijemput bercakap di sebarang program yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kata Naib Canselornya, Datuk Mohamed Mustafa Ishak.

Larangan terhadap pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu dibuat di tengah-tengah kontroversi "listen, listen, listen" sewaktu sebuah forum yang diadakan di universiti itu pada 8 Disember tahun lepas.

"Jika kita tahu forum tersebut akan mencetuskan kontroversi sebesar itu, pihak universiti tidak akan meluluskan aktiviti tersebut," katanya dalam laporan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily Newshari ini.

Bagaimanapun, Mohamed menafikan dakwaan pelajar undang-undang, KS Bawani dalam satu wawancara dengan Malaysiakinibahawa pelajar dari beberapa kolej kediaman UUM dipaksa menghadiri forum yang dianjurkan oleh SW1M.

Bawani juga telah mendakwa bahawa forum itu bertujuan untuk 'brainwash' pelajar supaya menyokong kerajaan.
NONESambil mengatakan ia satu pembohongan, Mohamed menasihatkan 
Bawani supaya tidak mewujudkan tekanan awam yang boleh mencemarkan imej UUM.

"Bawani telah berbohong. Itu adalah pandangannya (bahawa pelajar dipaksa hadir). (Dakwaan) ini tidak benar sama sekali," katanya, sambil menegaskan bahawa pelajar mempunyai kebebasan untuk bersuara.

Beliau menjelaskan bahawa pihak universiti menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum untuk mengumpul jam kredit, tetapi tidak memaksa mereka berbuat demikian.

Mohamed juga menegaskan bahawa Bawani adalah seorang aktivis politik dan tindakan serta kenyataannya mungkin bermotivasikan kepentingan politik.

No comments: