Apabila kita kalah dalam sesuatu perlawanan , adakah kita benar benar tewas. Tahun sudah TRW menang 3 piala. Ini adalah hasil kerja keras semua pihak dan yg utamanya sokongan dari anda semua. TRW tewas pada ATM tempohari adalah kerana Allah menyayangi TRW dan penyokongnya. Sekiranya TRW menang tempohari, TRW akan mula musim ini dgn satu piala. Kita akan menjadi Juara yang sebenarnya sekiranya kita tahu mengatasi setiap kekalahan. Sebagai Juara Treble, TRW perlu juga merasai kekalahan. Kita akan menjadi juara yang sebenarnya setelah kita dapat merasai setiap perasaan suka duka dalam pertandingan.Sebagai Juara Treble, pujian tinggi haruslah diberikan kepada setiap pemain dan pegawai kerana mereka telah menunjukkan satu semangat kesukanan yang tinggi selepas perlawanan piala sumbangsih tempohari. Setiap pemain dan pegawai kita nampak berbaris bersalaman mengucap tahniah kepada barisan ATM di bangku ATM.
Penyokong penyokong TRW juga bertindak bijak, terus keluar meninggalkan stadium,mereka berhak merasa dan menunjukkan kehampaan. Tiada kata kata menghina dari semua. Tiada kata kata mendabik dada dari semua. Baik dari pegawai , pemain dan juga penonton TRW sendiri. Tiada kata2 riak. Tiada kata kata jatuh seperti nangka>>(ingat lagikan)>>>...Tapi semua telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.INILAH SIFAT JUARA SEBENAR.
Allah beri kita merasai kekalahan kerana dia tahu kita juara sebenar, dia tahu kita dapat menghadapi cabaran ,kerana kita boleh, dia mahu kita tidak menjadi lemah dan mencari alasan, dia tidak mahu kita menjadi RIAK. Dia mahu kita bangkit dan terus menunjukkan sifat kita yang sebenarnya..SIFAT SEORANG JUARA YANG BOLEH DICONTOHI OLEH SEMUA TERUTAMANYA ANAK ANAK KITA YANG CEMERLANG TADI....Saya menyokong pada mana mana pasukan dan individu yang boleh dicontohi.
No comments:
Post a Comment