Monday, November 5, 2012

Syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan



Syarat untuk membeli rumah/tanah di Kelantan, pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut :-

1 - Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu
2 - Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam
3 - Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang 

lahir di Kelantan
4 - Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan
5 - Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.
Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.

2 comments:

Esy said...

Bagi yang bukan kelantanese blh beli rumah tapi bersyarat... adakah ini termasuk kelantanese yang kawin warga asing? atau cuma Malaysian sahaja...

Unknown said...

Tak payah try lah.. Payoh.