Sunday, June 17, 2012

Isu penangguhan haji, terdapat perbezaan di antara dua pendapat.


1. Pendapat pertama, iaitu antaranya inter alia, Imam Syafi'e sendiri (Mazhab Syafi'e adalah mazhab yang diikuti di Malaysia) berijtihad bahawa Haji dibenarkan tangguh atas alasan - alasan yang dibenarkan Syari'ah. Sebilangan besar ulama' muktabar bersetuju dengan pendapat Imam Syafi'e. 

Ulama' - ulama' ini bersandarkan kepada peristiwa haji Rasulallah S.A.W di mana Rasulallah S.A.W menunaikan haji pada tahun ke - 10 hijrah sedangkan Fathul Makkah berlaku pada tahun ke - 8 dan ayat yang mewajibkan haji diturunkan pada tahun ke - 2 @ ke - 3. Kenapa Rasulallah S.A.W menunaikan haji pada tahun ke - 10 hijrah sedangkan tiada lagi ancaman kepada Islam di kota Makkah memandangkan Fathul Makkah (pembukaan kota Makkah) pada tahun ke - 8 Hijrah?

Ulama' muktabar berijtihad bahawa Rasulallah S.A.W menangguhkan menunaikan haji kerana Baginda S.A.W ingin menjaga kemaslahatan umat Islam dan pemerintahan Islam di Madinah kerana pemerintahan yang berlandaskan pada Islam adalah perkara yang teramat penting. 

2. Pendapat kedua, Imam Abu Hanifah dan sesetengah ulama' - ulama' lain berpendapat, haji tidak boleh ditangguh. 

Apabila berlaku perbezaan di antara dua pendapat, maka pendapat yang pertama tidak boleh memaksa pendapat yang kedua dan begitulah sebaliknya. 

Pertelingkahan pendapat itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya:

KENAPA MAHU DIBUAT PILIHANRAYA WAKTU MUSIM HAJI?

Merujuk kepada mufti Pahang: Memilih pemimpin yang adalah wajib. Maka, di Malaysia, melalui pilihanraya. Maka, wajib mengundi. Wajib memilih pemimpin yang taat pada perintah ALLAH. Fatwa ini dipersetujui oleh kebanyakan mufti dan alim ulama'. Menunaikan haji, tidak boleh dipersoalkan lagi, ianya wajib. 

Menurut Dr. Juanda Jaya (Mufti Perlis), kerajaan tidak sepatutnya mengisytiharkan PRU - 13 pada musim haji kerana ini akan menyulitkan umat Islam, akan memecahkan belahkan umat Islam dan akan menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam. 

Kenapa adakan pilihanraya musim haji?

Seperti ada agenda di sebalik batu sahaja....

Wajib ke atas umat Islam untuk memilih pemimpin yang taatkan ALLAH SWT. Ianya adalah perkara besar. Bukan sekadar politik @ pilihanraya.

No comments: