Friday, June 29, 2012

Osman Kering meninggal dunia


Osman Kering meninggal dunia 


2012/06/29

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 57 meninggal dunia jam 3.45 petang tadi selepas lebih dua minggu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana diserang masalah batuk kering yang serius. 

Awalnya Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi PPUKM 10 Jun lalu selepas pengsan di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras sebelum disahkan koma kerana sebelah otak pelawak itu sudah tidak berfungsi, bengkak dan mengalami pendarahan beku.
Jenazah terlebih dulu dibawa ke Masjid Al-Najihin, Cheras untuk disembahyangkan selepas Maghrib dan kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Pandan, Petaling Jaya untuk dikebumikan.
Allahyarham meninggalkan balu, Che Norhayati Che Omar, 48 dan tujuh anak iaitu Mohd Al-Anas, 28, Mohd Al-Amin, 27, Nor Ain, 25, Nor Hidayah, 24, Norhidriyah, 16, Mohd Al-Adnin, 13 dan Mohd Al-Ajmie, 10 

Osman terbabit dalam bidang seni sejak 1985 dan sering ditawarkan watak pelakon pembantu. Antara filem lakonannya, Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella. 




Osman Kering  
Osman Kering
 Twitter Zed Zaidi 
Twitter Zed Zaidi

No comments: