Baru-baru ini di Lahad Datu Sabah, Dato Sri Najib Tun Razak telah mengejutkan seluruh rakyat Sabah dengan kenyataannya bahawa permintaan pembangkang (STAR) untuk meminta 50% hasil minyak merupakan sesuatu yang tidak praktikal dan ini akan menyebabkan peruntukan daripada kerajaan pusat akan dikurangkan. Bukankah ini satu UGUTAN yang nyata dan jelas dari seorang Perdana Menteri kepada rakyatnya di Sabah? Bayangkan jika rakyat Sabah tidak langsung tidak memahami angka dan 'perjalanan' peruntukan atau bajet negara. Maka semudah itu rakyat Sabah akan 'memarahi' pembangkang (STAR) kerana permintaan yang "melampau".
Jika kita mengimbau RMK10, Sabah dan Sarawak hanya mendapat sejumlah 9 Billion berbanding 100 Billion untuk Semenanjung Malaysia yang diumumkan Kerajaan Persekutuan. Jika kita bahagi 2, Sabah hanya mendapat 5 Bilion iaitu hanya 1 Bilion setahun untuk setiap 5 tahun Rancangan Malaysia. Cukupkah negeri Sabah yang sebesar 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan bajet 'seciput' itu? Dengan hanya bajet sekecil ini pun, Perdana Menteri masih sanggup mengugut rakyat Sabah untuk mengurangkan lagi peruntukan untuk Sabah. Hendak kurangkan hingga tahap mana? 1 juta setahun?
Mari kita bandingkan dengan apa yang telah Sabah kerugian selama ini melalui dasar berat sebelah rakan kongsi Sabah yang bersama-sama membentuk Malaysia 48 tahun lalu iaitu Malaya melalui topeng Malaysia. CUKAI misalnya, antara 15 Billion hingga 20 Billion dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah. Sedangkan dalam perkara 20, No 11 jelas mengatakan Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri. Maknanya cukai ini hak mutlak Sabah. Tetapi selama 48 tahun berlalu kita akur atas penghormatan terhadap Malaysia. Tetapi semakin kita diam, semakin kita dipermainkan.
Begitu juga dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang menyaksikan Sabah akur menerima 5% 'share' minyak. Hasil minyak Sabah juga antara 15 Bilion setahun dan Sabah hanya 'layak' mendapat kurang daripada 1 Billion. Juga, selama 48 tahun ini kita akur tetapi 'keakuran' kita terus tercabar melihat limpahan kekayaan di Malaya sedangkan rakyat Sabah terus menderita. Di mana jaminan Tunku Abdul Rahman tentang konsep RAKAN KONGSI SAMA TARAF semasa pembentukan Malaysia dahulu?
Sekarang, bayangkan pula jika Perkara 20 dipatuhi, bermakna kita ada hasil cukai lebih kurang 15 Bilion. Jika hasil minyak kita dapat 50%, berapakah hasil sebenar Sabah? Lebih kurang 20 bilion setahun. Dengan kekayaan sebegini, BERAPA sangatlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan selama ini? Sebenarnya Sabah tidak MENANGIS pun jika Sabah tidak diberikan apa-apa. Kita sudah cukup bersedia untuk mengurus ekonomi sendiri.
Bahkan jika kita buat perkiraan logik sahaja pun konsep RAKAN KONGI SAMA TARAF dari segi ekonomi sebenarnya begini ; 100% hasil Malaysia dibahagikan kepada 3 wilayah yang bergabung iaitu MALAYA,SABAH dan SARAWAK. Bukahkah ini lebih "kena" dengan konsep pembentukan Malaysia. Jika ada yang tidak bersetuju dengan formula ini bermakna kita bersetuju suatu waktu dahulu TANAH MELAYU ada AGENDA TERSEMBUNYI semasa meminta Sabah dan Sarawak bersama membentuk Malaysia. Tanpa hasil daripada Sabah, wujudkah KLCC, Putrajaya, Sistem keretapi canggih dan pelbagai mercu tanda Malaysia yang "terpacak" di Tanah Semenanjung"? Sedangkan di Sabah sejak dahulu terpaksa berbangga dengan Gunung Kinabalu yang sememangnya dianugerahkan Tuhan secara semulajadi.
Melalui perkiraan ringkas ini, saya mohon Perdana Menteri menarik balik kata-kata berupa ugutan tersebut dan membentangkan hasil sebenar yang dikutip Kerajaan Persekutuan dari Sabah setiap tahun dan bandingkan secara relatif peruntukan yang diberikan kepada Sabah. Orang Sabah juga orang Malaysia bahkan sepatutnya dilayan lebih istimewa dek kerana kesudian Sabah menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 dahulu.
BY: orangaslisabah
SF Leaders
P/S: Kepada NGO/Berkecuali/Ahli parti Kerajaan/Ahli pembangkang yang lain yang berstatus SABAHAN. Agenda kita adalah Sama. Mahu memajukan Sabah dan mempertahankan hak-hak yang sepatutnya. Jika "tuntutan" ini tiada pun pada hari ini, sebenarnya kita sudah terfikir "PEKARA INI" suatu ketika dahulu.Perkara ini bukan kerana STAR atau siapa-siapa yang berkepentingan. Tetapi kerana mahu menuntut hak sepatutnya kita miliki tetapi dinafikan Malaya.
*jumpa kat fb someone.
No comments:
Post a Comment