Tuesday, February 5, 2013

ANANDA ORANG TERKAYA DI MALAYSIA (Kosmo 21 Jan 2013)





GELARAN orang terkaya di Malaysia yang disandang oleh `Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok sejak beberapa dekad lalu berakhir apabila kedudukannya kini dipintas oleh bilionair telekomunikasi tersohor negara, T. Ananda Krishnan.

Ananda yang sebelum ini menduduki tempat kedua senarai orang terkaya di Malaysia berdasarkan ranking majalah Malaysian Business pada tahun lalu memintas Kuok dengan kekayaan berjumlah RM30.56 bilion berbanding aset RM29.4 bilion yang dimiliki 'Raja Gula' itu.

Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RMI5.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.

Bagi tahun 2012, jumlah nilai harta ketiga-tiga bilionair tersebut berjumlah RM75 bilion.

Kedudukan Tan Sri Syed Mokhtar daripada Yayasan Al-Bukhary daripada tempat kelima pada tahun lalu bagaimanapun merosot ke tempat kelapan pada tahun ini dengan harta kekayaan RM9.14 bilion berbanding RM9.53 pada tahun sebelumnya.

Kedudukan kesembilan dan kesepuluh dalam senarai tersebut pula masing-masing dikuasai tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan AmBank dengan jumlah kekayaan sebanyak RM4.18 bilion dan Tan Sri Lee 01 Hian daripada Batu Kawan Bhd., sebuah syarikat perladangan, dengan nilai kekayaan berjumlah RM3.95 bilion.

Kaji selidik itu yang diadakan buat kali kedua oleh Nanyang Siang Pau turut menjelaskan bahawa jumlah nilai harta kekayaan bagi sepuluh hartawan tersebut berjumlah RM141.35 bilion.

Pada masa yang sama, antara 10 hartawan terkaya di Malaysia, kaum Gina masih merupakan golongan yang mencatat jumlah kekayaan tertinggi dengan aset terkumpul berjumlah RM97.47 bilion berbanding dengan kaum India berjumlah RM30.56 bilion dan diikuti Melayu yang mencatat jumlah kekayaan sebanyak RM13.32 bilion.

No comments: