Thursday, June 16, 2011

Lakonan Palsu Terbaik di MRSM

Tahun 1993 adalah tahun yang sangat bermakna dalam hidup aku, sebabnya? Anak Kg Pemanok dapat masuk MRSM. Zaman tu sangat jarang la dengar berita sedemikian, sekarang tak dah, berlambak masuk MRSM hahaha. Adik aku pun dapat, yang bongsu dapat SBPI Selandar, Melaka.

MRSMPT ketika tu belum ada bangunan sendiri, pentadbiran dan kelas menyewa bangunan 2 tingkat. Asrama pulak menyewa rumah teres, maknanya tak merasa dok asrama penuh pun, bebas gak la. Form 2 tu baru merasa kawasan sendiri bila bangunan sendiri siap sepenuhnya.

Semasa di asrama lama aku ketua asrama bagi rumah apa ntah nama. Ada dalam 3 bilik, dalam bilik ada 2 katil 2 tingkat. Nak bangga pun tak jadi ketua asrama, banyak keje pun ada jugak, tapi itu ler kali pertama merasa pegang tanggungjawab. Antara ahli rumah tu ialah Roslan Latif/Mustapha, Samsul Jusoh, Amir Kandis, Azmi dan Fadzir. Yang lain-lain aku tak ingat.

Antara kisah lucu kat situ standard la, kalo dah tido dengan kain sarung, awal-awal pagi boleh tgk free show walaupun bukan nak tgk sgt, TERtengok.Tetibe kain sarung jadi kain selimut, atas tutup, bawah buka hehehe. Belakang umah tempah basuh pakaian, mmm memang selalu kena jerkah jirang belakang ler, bising yang amat. "Dok diam gok, anok aku nk tido ni". Antara paling tak best, citer-citer hantu. Adoiiii, bunyi flush tandas pun abis lari ingat antu.

Tapi bukan tu yang aku nak citer, citer ni pada mulanya agak panik, memang kami panik giler. Satu hari, ramai lepak bilik aku kat belakang. Tengah syok berbual tetiba bunyi kerusi jatuh kat bilik sebelah. GEDEGANG!!!!! Kami kuar beramai-ramai, tgk ada sorang member terbaring, kerusi sebelah dia terbalik, dahi berdarah!!!!

Kami panik, kejutkan member tu tak bangun2, ahhhh sudah. Aku terus report kat cikgu asrama, dah tak sedar jugak, kami bawak spital. Selang beberapa lama, cikgu cakap dia dapat MC, soh rehat kat kg dia takut ada gegaran kat kepala. Rupanya dia jatuh atas kusi masa nak amik sumthg atas almari dia. So, dapat la member tu berehat kat kg. Aku rase kejadian tu yang paling buatkan aku panik, selain dari cerita hantu dan budak2 pompuan histeria.

Kemudian, aku tak ingat dah, sama ada tahun tu jugak atau dah Form 3. Sebab Form 3 dah banyak yang mengaku cerita-cerita merapu yang dulunya kami percaya hidup2. Cerita nak bawak aku gi Hawaii la, aku siap mintak kebenaran abah aku nak g Hawai, abah senyum, dia tunjuk slip bank masa melawat kat asrama. Aku tgk, baki akaun abah ada beberapa ratus sahaja,mmm gelap gelita la harapan aku nk merase oversea. Last2, CISSS kena kencing. Rupanya berlakon anak kaya hahaha, aku tak salahkan dia, alah budak2, tanak merase down depan kawan2.

Berbalik kepada cerita tadi, akhirnya satu hari member aku tadi mengaku. Dia berlakon je jatuh kerusi, mula2 dia toreh dahi dia dengan kunci sampai berdarah. Pastu dia jatuhkan kusi kuat2 supaya kami dapat dengar dari bilik sebelah. Kenapa??? Sebab dia tgh homesick, nak balik kg rindu katanya, so dia plan filem box office tu sorang2. Dgr je aku gelak kuat2 sambil menyumpah2. x sangka, sampai mcm tu skali dia berlakon semata-mata nak balik kg, bukan jauh pun kg dia hahaha.

Aku tak marah pun dia, alah budak2, pk pun mesti budak2. Tapi kalo skang dia buat, smpai mampus aku tak percaye dah. nama beliau dirahsiakan... saje rase nka berkongsi cerita lucu zaman dolu2.







No comments: