Tuesday, June 21, 2011

Pandangan Paling Kritis Dari Mawar, Perihal Keganasan Rumahtangga

Hari ni, baca status dari FB member, perihal keganasan rumahtangga. Kalo nk tau, di bawah ni ialah status beliau. Maka ramai juga yang memberi komen.

hari ni kes x-hsbnd tikam x-wife.. boyfren pukul n langgar awek ngn kete sbb awek minta putus.. err xde ke kes awek g blasah or tikam boifren sbb kes sama.. atau wife terajang laki dia ker.. atau ppuaN yg kurang waras bkeliaran simbah asid kt lelaki.. ermmm.. ada tp jarang baca kes gini dlm paper..

Kunci status beliau ialah selalu terdengar keganasan oleh suami kepada isteri, padahal banyak je keganasan dari isteri (ko bc paper tak mawar hehe). Sebenarnya perkara keganasan rumah tangga bukan perkara baru, ia telah lama berlaku seperti menikam suami, potong anu (ni kes worldwide n potong terus, xde letak2 dlm botol punye), simbah asid, bomoh (keganasan secara halus) dan sebagainya. Ia jarang diperkatakan kerana sudah lumrah alam, sebelum ini memanglah KEBIASAAN ia bermula dari suami/lelaki.

kemudian aku tergamam dengan komen dari mawar sendiri seperti di perenggan bawah. Terperanjat jugalah bila ia kuar dari jemari kecik mawar tu. Ya lah, aku kenal mawar sejak 1999. Malahan suami dia si arin tu roomate aku mase kt Blok A (skang dah jd fakulti). Mawar dan arin adalah antara member aku yang very straight forward punye pemikiran. Kalo suka, cakap suka. Kalo x suka, mmg dia tak suka. Pemikiran mereka juga jarang terdengar memperkatakan isu persekitaran, politik dan sebagainya. Simple and very straight forward.

aku rasa words shj lg tajam dari pisau yg menikam..lg berasid drp cuka getah.. Sbb tu ramai lelaki sakit jiwa nk blasah ppuan..sbb rupanya lelaki2 tu dh cedera dalaman.. Abis organ2 siap otak diorg kena simbahan berbisa kata2 ppuan n tikaman ayat tajam..hehehe..

Ya, memang betul apa apa dia kate, lelaki dia pemikiran dia mmg straight forward. Perkara kecil-kecil jarang sangat dipandang secara serius. Mereka hanya pandang perkara besar dan bermakna kepada kehidupan mereka. Cth, jika nak beli baju di pasaraya, mereka terus ke department baju, beli dan bayar. Ada, tapi jarang sgt kalo kite jumpe lelaki kaki belek satu2, cek zip,jahitan, kain dari mana.

lelaki biase mudah memaafkan dan menelan apa sahaja yang dihadapi. Hanya mereka yang berfikiran pendek sahaja mudah membuat keputusan selepas sesuatu perkara berlaku. Tetapi apabila kata-kata ibarat pisau tajam yang menghiris, ya, sekali terhiris, memang parutnya melekat.

Ya perempuan juga akan menggunakan alasan yang sama seperti di atas, tetapi percayalah, lelaki dan wanita Allah sudah jadikan takkan sama dari semua segi. Tuntutlah kesamarataan pun, Allah sudah tetapkan perbezaan dari segi hak, rezeki dan apa sahaja.







No comments: