Sunday, June 12, 2011

Pertempuran

Pertempuran itu tercetus lagi.
Untuk ke sekian ratus kalinya.

Seperti biasa, keluar segala yang maha mazmumah.
Geli, jijik semuanya bila saat bertempur.

Tapi kali ini ia sangat berbeza.
Tanpa disedari.
Empat mata menjadi saksi.
Ternganga mulut keduanya, terkejut barangkali.
Biasa melihat gelak ketawa, tapi kali ini tiada lagi.
Yang ada apa sahaja yang dalam kategori mazmumah.

Tanpa malu, pertempuran masih perlu diteruskan.
Walaupun cuba untuk mengelak.
Logiknya tiada pihak yang mengaku salah bila bertempur.
Mana mungkin USA dan Iraq atau Libya atau siapa sahaja mengaku kalah.

Mereka masih tercegat, kaku.
Mulut masih ternganga, tergamam.
Nampak riak terkejut itu.

Menjadi saksi.
Akan kegagalan hidup seseorang.



No comments: