Thursday, June 16, 2011

Karikatur Utusan Malaysia


Apa motif kartun ni?
Nak sindir? Nak perli?
Hati-hati oittttt. Bahaya kalo main-main dengan hukum hakam ni.

Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan 4 orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil di dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik (Surah an-Nur, ayat 4)

Tujuan dari hukuman sebat dikenakan ialah untuk memelihara maruah orang yang dituduh yang telah dicemarkan nama baiknya dengan tuduhan zina (termasuk juga rogol dan liwat). Dalam kes seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol, pengadu juga wajib membawa empat orang saksi yang melihat perkara tersebut. Bagaimanapun, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti yang lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada masyarakat awam kerana tuduhan masih belum dibuktikan. Tuduhan dan bukti-bukti tersebut hendaklah dibicara dengan di dalam mahkamah di hadapan hakim yang berautoriti. Justeru, video dan apa jua bukti tetap boleh diterima sebagai bukti untuk dibicarakan di mahkamah tetapi ia tidak mutlak sebagaimana empat orang saksi yang adil. Ia tidak boleh dijadikan rujukan asas kerana ia boleh dimanipulasi dan terdedah kepada rekaan dan pengubahsuaian. Adapun senario yang berlaku pada hari ini ialah kecenderungan untuk menjadikan rakaman video sebagai bukti asas tanpa melalui penghakiman dan perbicaraan yang sepatunya.

Inilah hukum Islam. Ia menjaga hak orang yang menuduh (serta mangsa) dan juga menjaga hak orang yang dituduh. Jika Hanya orang menuduh mempunyai hak, sesiapa sahaja berhak untuk tampil mendakwa dirinya dirogol dengan membawa bukti yang direka-reka, sementara menunggu perbicaraan bermula, si tertuduh telah diaibkan dan dijatuhkan maruahnya.











No comments: