Monday, June 13, 2011

Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti

Fizikal dan mental sudah penat
Tiada daya dan semangat telah lama hilang
Penat..... Penat untuk segala-galanya
Rehat sebentar,sementara angin mencucuk-cucuk dinding perut
Tiba-tiba datang berita menyayat hati
Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.

Penantiaanya begitu menggembirakan
setelah si abg sulung pergi dahulu
penantiannya mengukir senyum setiap legasi kami
akhirnya, Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.

9 minggu sahaja memisahkan
Antara dunia sementara dan dunia nyata
Begitu hampir malah setiap anggota sudah sempurna
Namun, Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.

Sepupu aku memang kuat
Dari kecil lagi, dia memang lebih kuat dari aku
Semangat dia nyata kental, disebalik kehancuran semangat aku
Senyuman selalu terukir dengan gurauan, menyejukkan hati Zaimee
Menanti saat tiba, yang ditunggu oleh sesiapa sahaja di dunia ini
Bagi yang diberi peluang oleh Penguasa dan Pemberi
Apakan daya, Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.

Semoga mereka tabah
Kerana mereka lebih tabah dari aku
Semoga mereka kuat
Kerana mereka lebih kuat dari aku
Biarkan dia pergi dengan aman
Kerana, Degup Jantung Si Kecil Telah Terhenti.







No comments: