Sunday, June 19, 2011

Pak Uda 'Zami Ismail' meninggal di IJN pagi tadi.


ALFATIHAH, untuk arwah Pak Uda, nama yang cukup dikenali selain dari nama sebenar beliau, Zami Ismail. "Alif hadapan UU Da di atas Daa", itulah gaya beliau mengeja nama beliau dalam sitkom lama, Pi Mai Pi Mai Tang tu. Aku sangat menyenangi beliau kerana beliau menjadikan lakonan sebagai pekerjaan yang mulia, jauh dari kontroversi seperti pelakon2 baru skang ni.

Aku mmg sejak dari kecik lg minat sitkom ni, malahan sampai skang masih lyn di astro warna. Keluarga Pi Mai Pi Mai Tang Tu sebenarnya telah kehilangan anggota pertama iaitu Maidin, peniaga warung sekitar 90 an dulu. Kemudian warung tu diambil alih oleh Pak Busu. Selepas sitkom ini dihentikan, tidak berapa lama kemudian Pak Busu pula meninggal dunia kerana kencing manis. Tahun ini, anggota ketiga iaiatu arwah pak uda, semoga mereka diletakkan dikalangan orang yang beriman, amin.

Terima kasih Pak Uda kerana telah banyak membuat kami ketawa dengan lawak beliau, i luv u so much!!! Al Fatihah.

Malaysiakini

Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.

Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya kepada Bernama di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.

"Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

"Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991.







1 comment:

armouris said...

takziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi