Showing posts with label selingkar renungan. Show all posts
Showing posts with label selingkar renungan. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Kisah Sekeluarga Yahudi Masuk Islam




Pada tahun 1998, Joseph Cohen seorang Yahudi Ortodoks kelahiran AS berhijrah ke Israel kerana keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Yahudi. Dia kemudian tinggal di kawasan penempatan Yahudi Gush Qatif di Gaza (Israel berundur dari wilayah Jalur Gaza pada tahun 2005).





Gush Qatif

Cohen tak pernah menyangka bahawa perpindahannya ke Israel akan membawanya pada cahaya Islam. Setelah tiga tahun menetap di Gaza, Cohen memutuskan untuk menjadi seorang Muslim setelah dia bertemu dengan seorang syeikh berasal dai UAE dan berbincang tentang teologi dengan syeikh tersebut melalui internet. Setelah masuk Islam, Cohen menggantikan namanya dengan nama Islam Yousef al-Khattab.

Tak lama setelah dia mengucapkan syahadat, isteri dan empat anak Yousef mengikuti jejaknya menjadi Muslim. Sekarang, Yousef al-Khattab aktif berdakwah di kalangan orang-orang Yahudi, meskipun dia sendiri tidak diakui lagi oleh keluarganya yang tidak suka melihatnya masuk Islam.

"Saya sudah tidak berhubung lagi dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi dengan identiti yahudi yang amat kuat. Kami tidak mempunyai pilihan lain, selain memutuskan hubungan untuk masa terdekat ini. Kata-kata terakhir yang mereka lontarkan pada saya, mereka mengatakan saya barbarian," kata Yousef tentang hubungan dengan keluarganya sekarang.

Dia mengakui, berdakwah tentang Islam di kalangan orang-orang Yahudi bukan pekerjaan yang mudah. Menurutnya, langkah pertama yang harus dilakukan dalam mengenalkan Islam adalah, bahawa hanya ada satu manhaj dalam Islam iaitu manhaj yang dibawa oleh Rasululullah saw yang kemudian diteruskan oleh para sahabat-sahabat dan penerusnya hingga sekarang.

"Cara yang paling baik untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama untuk semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan yang membezakan antara umat manusia adalah ketaqwaannya pada Allah semata mata," ujar Yousef.

"Islam bukan agama perkauman yang membezakan warna kulit dan bangsa. Kita punya bukti-bukti yang sangat kuat, firman Allah dan kata kata Rasulullah saw. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita berjuang hanya demi Allah semata mata, untuk melawan mereka yang ingin membunuh kita, yang menjajah tanah air kita, yang menyebarkan kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita, misalnya ideologi demokrasi," sambung Yousef.

Dia mengatakan bahawa dasar ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan Islam. Perbezaan utamanya dalam masalah tauhid. Agama Yahudi, kata Yousef percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para rabbi. Orang-orang Yahudi berdoa melalui perantaraan rabbi-rabbi mereka.

"Judaisme adalah kepercayaan yang berasaskan pada manusia. Berbeza dengan Islam, agama yang berasaskan pada al-Quran dan Sunnah. Dan keyakinan pada Islam tidak akan pernah berubah, di semua masjid di seluruh dunia al-Quran yang kita dengarkan adalah al-Quran yang sama," ujar Yousef.

Lebih lanjut dia mengatakan bahwa Jahudisme di sisi lain bersumberkan pada "tradisi oral" misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan informasi dari mulut ke mulut yang kemudian dibukukan. Para rabbi sendiri, kata Yousef mengakui, mungkin saja banyak hal yang sudah orang lupa sehingga kesahihan kitab tersebut boleh dipersoalkan.


Kitab Taurat


Yousef memberitahu, kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki sebelas versi yang berbeza dan naskah-naskah Taurat itu bukan lagi naskah asli. "Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita semua dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang mampu menghafal al-Quran dari generasi ke generasi. Allah memberkati kita semua dengan al-Quran," tegas Yousef. Meskipun demikian, dia percaya dialog adalah cara terbaik dalam berdakwah terutama di kalangan Yahudi.

Ditanya tentang kelompok-kelompok Yahudi yang mendakwa anti-Zionis. Yousef menjawab bahawa secara peribadi mahupun dari segi keagamaan, dia tidak percaya dengan Yahudi-Yahudi yang mendakwa anti-Zionis. "Dari sejarahnya saja, mereka adalah orang-orang yang selalu melanggar kesepakatan. Mereka membunuh para nabi, oleh sebab itu saya tidak pernah percaya pada mereka, meskipun Islam selalu menunjukkan sikap yang baik pada mereka," paparnya.

Yousef menegaskan bahawa pernyataannya itu bukan untuk membela orang-orang Palestin ataupun atas nama seorang Muslim. Pernyataan itu merupakan pendapat peribadinya. "Allah Maha Tahu," tegasnya.

Sebagai orang yang pernah tinggal di kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin, Yousef mengakui adanya diskriminasi yang dilakukan pemerintah Israel terhadap Muslim Palestin. Yousef sendiri pernah dipukul oleh askar-askar Israel meskipun tidak seburuk perlakuan askar-askar Zionis itu kepada warga Palestin.

"Saya masih beruntung, penderitaan yang saya alami tidak seberat penderitaan saudara-saudara kita di Afghanistan yang berada dibawah penjajahan AS atau saudara-saudara kita yang berada di kem penjara AS di Kuba (Guantanamo)," katanya dengan rasa syukur.

Allah memberikan hidayah pada umatnya, kadang-kadang dengan cara yang tak terduga. Seperti yang dialami Cohen atau Yousef yang terus masuk Islam setelah berpindah ke wilayah pendudukan Israel di Gaza.





Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Bulan Mei kembali lagi. Membawa sinar buat si ibu menguntum senyum. Direncanakan pada setiap Ahad, minggu kedua bulan Mei, Hari Ibu diraikan rakyat Malaysia.

Di sana sini pelbagai aktiviti dirancang untuk meraikan insan tersayang bergelar "ibu, emak, mama, ummi, mummy, amma, ma" atau apa sahaja gelaran diberikan kepada golongan teristimewa ini.

Tujuannya untuk menggembirakan dan menghargai jasa si ibu yang tidak ternilai dalam membesarkan anak-anak.

Justeru senario pelbagai pakej menarik, promosi hadiah, tawaran hidangan istimewa di restoran dan diskaun harga, meriah mengisi ruang akhbar, Internet dan risalah untuk memikat anak-anak menerima tawaran ini buat ibu kesayangan mereka.

Mungkin ada baiknya untuk anak-anak, namun fenomena sebegini juga dilihat cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada sambutan itu.

Pengorbanan ibu yang tidak ternilai harganya seperti sudah dikomersialkan oleh pihak tertentu dan ia bagaikan sudah tiada jiwa lagi dalam sambutan itu. Adakah itu yang sewajarnya mewarnai Hari Ibu atau bagaimana pula pilihan si ibu sendiri?

Bukan hari komersial

Suri rumah sepenuh masa, Rabaeyah Mohd Said, berkata alasan sibuk dan tidak cukup masa dalam kalangan anak-anak masa kini dijadikan penyebab pelbagai pihak mengkomersialkan Hari Ibu.

"Tapi sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan mereka yang menawarkan pakej itu kerana ia dilakukan untuk memeriahkan suasana sambutan.

"Mungkin ada kedengaran seperti mengaut keuntungan, namun ia berbalik kepada anak-anak itu sendiri bagaimana mereka mahu menyambutnya.

"Ada anak yang menganggap dengan membeli hadiah dan membawa ibu mereka ke tempat sedemikian sudah dapat menggembirakan hati ibu. Walhal ia hanya sampingan kerana yang penting ialah kasih sayang," katanya.

Paling menyedihkan, katanya, kalau anak-anak menganggap dengan memberi hadiah atau membawa ibu mereka ke tempat istimewa, sudah cukup untuk menunjukkan tanda kasih mereka sepanjang tahun. Di hari lain ibu akan ditinggalkan sendirian kerana anak-anak akan kembali sibuk dengan urusan harian masing-masing.

365 hari

Mempunyai tiga orang anak yang sudah bekerja, Rabaeyah mengucap syukur kerana anak-anaknya sentiasa bertanya khabar dan menghulurkan kata-kata kasih dan sayang setiap kali berjumpa dan menghubungi beliau.

Hari Ibu bukan sehari tetapi setiap hari, katanya.

Mengharapkan sikap anak-anaknya itu tidak akan berubah, Rabaeyah berkata bagi seorang ibu, sebenarnya mereka lebih gemar melihat kejayaan dan kebahagiaan anak-anak berbanding pemberian hadiah.

"Pada Hari Ibu, rasa gembira sebenarnya apabila melihat mereka berjaya menghormati orang tua. Dengan hanya berkumpul sahaja, sudah cukup," katanya.

Raja sehari

Penerima anugerah Guru Takmir Kebangsaan 2011, Fatimah Ya Abdullah berkata keseronokan menyambut Hari Ibu sebenarnya adalah di rumah bersama dengan anak-anak, menantu dan cucu.

Katanya situasi sambutan di rumah jauh berbeza kerana beliau berasa lebih
dekat dengan anak-anak.

"Dalam Islam Nabi Muhammad SAW ada bersabda bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Ini menunjukkan betapa pentingnya anak-anak menjaga baik ibu mereka bukan sekadar pada hari sambutan, tetapi setiap masa.

"Bina istana emas pun tidak akan dapat membalas jasa seorang ibu. Disebabkan menghargai kasih ibu, telah dibuat satu hari bagi mengiktiraf jasa ibu.

"Cuma, kalau boleh pada hari sambutan ini seorang ibu itu dilayan seperti Raja, tidak perlu buat apa-apa kerja rumah pun. Ini kerana ada sesetengah anak membawa ibu mereka ke hotel, atau spa pada petang hari, tetapi pada waktu pagi si ibu dibiarkan buat kerja rumah seperti biasa," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Makanan kesukaan emak

Bagi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dr Samsiah Muhamad, sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan keluarganya untuk meraikan ibu mereka dengan membawa makanan dari rumah masing-masing.

Masing-masing sibuk menyediakan makanan kesukaan ibu mereka, Aminah Abdullah. Anak ketujuh daripada lapan adik beradik itu memberitahu bahawa mereka lebih gemar lokasi sambutan Hari Ibu diadakan di rumah secara bergilir.

"Kali ini sambutan Hari Ibu akan dibuat di rumah kakak saya. Kami masing-masing akan sediakan makanan kesukaan ibu seperti mi wantan, bubur nasi dan sebagainya.

"Ketika itu, suasana memang meriah kerana dianggarkan seramai 100 orang termasuk kami (anak-anak), menantu, cucu dan cicit akan ada bersama. Dan pada masa itu, kami (anak-anak) akan beri hadiah istimewa kepada ibu.

"Hadiah cuma nak tambahkan lagi kegembiraan sambutan hari itu. Tanyalah pada mana-mana ibu kerana mereka sebenarnya lebih gemar anak-anak selalu bersama dan berada dekat dengan mereka," katanya.

- Bernama




Thursday, May 5, 2011

Mirae (Masa Depan)

Untuk masa depan

Kitalah yang sendiri menentukannya

Berdiri kita sekarang adalah dari ajaran pengalaman hidup lepas

Kehidupan lepas yang membentuk peribadi dan jatidiri kita

Berdiri kita sekarang adalah untuk membentuk masa depan akan datang

Kita yang akan mengubah nasib kita sendiri.


"Sesungguhnya kaum itu sendiri perlu berubah untuk mengubah masa depan"

"Melalui perubahanlah, kita boleh mencapai kejayaan masa hadapan"

"Diyakini dengan doa dan berserah kepada yang Esa"


Masa depan..

Kita sendiri yang akan menentukannya....





Monday, May 2, 2011

Osama Bin Laden Terbunuh? Osama bin Laden killed in Pakistan.



Osama Laden telah terbunuh??


Dulu akulah antara orang yang menyokong kuat di belakang Osama ketika kemunculan video pertama selepas 911. Keratan akhbar, gambar dan buku-buku mengenai beliau masih elok tersimpan. Karisma terpancar melalui ucapan-ucapan yang berapi-api.


Sekarang...


Setelah sekian lama, aku makin tidak percaya kepada kewujudan sebenar watak Osama. Mungkin ya dia memang anak Bin Laden. Tapi yang keluar melalui video selepas pasca 911, aku semakin tidak percaya. Sebagaimana aku tidak percaya Al-Qaeda penyerang 911, begitulah juga hati semakin kuat mengatakan Osama dalam video adalah bikinan CIA untuk mewajarkan peperangan. Peperangan yang menjanji ruang untuk ujian senjata baru, peperangan yang menaikkan industri persenjataan dan petroleum.


Jika benar Osama bikinan CIA, alangkah bodohnya aku menyokong secara membabi buta. Alangkah bodohnya apabila merasakan perjuangan Islam sudah semakin kuat ketika era 911. Namun, jika wataknya benar, aku mohon ampun dari Allah SWT. Aku hidup di mana manusia sudah tidak boleh membezakan yang mana fitnah dan yang mana benar. Yang mana hak, dan yang mana batil!!!


Ahhh... aku hanya percayakan realiti sahaja sekarang. Fantasi hanya merosakkan jiwa manusia.







Sunday, April 24, 2011

Jalan Kehidupan Manusia




1-10 Tahun

Umur manusia yang sentiasa mengalami proses pembelajaran yang hebat, membuat keputusan melalui pengalaman yang telah dilalui. Semua ingin di pelajari dan mencuba walaupun tidak tahu kesan atau bahaya.


11-20

Umur di mana manusia masih mencari identiti diri. Kebanyakannnya hanya mengikut rakan sekeliling. Sukar untuk membuat keputusan sendiri. Sukar untuk mengerti apa sebenar yang dihajati dalam hati.






21-30


Waktu ini, umut manusia melalui proses pembelajaran dalam pendidikan yang terakhir kebiasaannya. Pendidikan yang akan menentukan masa depan seseorang manusia dalam karier mereka. Selain itu juga, ramai yang memilih lingkungan umur ini untuk melalui proses perkahwinan.





31-40
Peringkat Umur ini, adalah umur di mana manusia mula melalui proses kehidupan sebenar. Mempunyai keluarga dan harta benda utnuk dimanfaatkan sehingga akhirnya.






41-50

Peringkat umur kononnya manusia yang sudah mempunyai segala-galanya akan mula menumpukan kepada kerjaya pada tahap maksimum. Segala-galanya sudah ada, maka ada benarnya ketika ini berusaha untuk mencapai kejayaan dalam karier dan mengembangkan ekonomi keluarga.





51-60


Inilah peringkat terakhir dalam karier seseorang manusia. PENCEN.


Di bawah ini adalah beberapa contoh keadaan yang sesiapa sahaja tidak mahu dilalui ketika sudah memasuki fasa tua, fasa terakhir dalam hidup seseorang.











Thursday, April 14, 2011

Prinsip dan Falsafah

PRINSIP / PRINCIPLE

Prinsip, boleh dikatakan semua orang mempunyai prinsip dan pendirian masing-masing. Tetapi, percayalah, prinsip boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Tulislah dengan cantik-cantik dinding, di wallpaper, ia tetap akan berubah mengikut masa dan keadaan.


Prinsip kewangan. Cuba diuji dengan kekayaan atau kemiskinan. Akan ada yang terlupa dengan prinsip masing-masing. Akan ada yang makin kedana atau makin bertambah-tambah kekayaan. Bukan mengata, mungkin kita sudah lama dijajah secara pecah dan perintah. Melayu tetap perlu menyambung profesyen keluarga seperti menoreh, bertani dan nelayan. Kerabat istana sahaja yang berpeluang mendapat tempat di sektor pendidikan dan ekonomi. Merdeka sahaja, ramai Melayu yang menjadi TUAN kepada tanah air sendiri, namun ramai juga yang menggadaikan prinsip bila harta bertimbun.


Prinsip anti lelaki atau anti perempuan. Ramai juga dari golongan sedemikian. Cuba diuji dengan calon yang memenuhi kehendak, goyang prinsip tu. Prinsip antara gender inilah yang paling besar dan banyak berubah. Kepada peminat Siti yang anti poligami, bila diuji dengan Siti kawin dengan Dato K, ramai yang bersorak riang. Bergembira dengan lagu sedih Siti, gaun Siti yang cantik, kad jemputan kahwin Siti yang gah, tapi terlupa bekas isteri beliau tengah bersedih. Merai Siti bagai nak rak, sudah terlupa dengan prinsip anti tadi, hanya kerana Siti idola.


Prinsip Maruah. Semasa generasi muda mengenali dunia luar, ramai yang keluar dari sekolah dengan prinsip masing-masing. Ramai yang menterjemah di dinding-dinding asrama, buku-buku dan lain-lain tempat untuk dihebahkan kepada orang lain. Sering kali kita mendengar, sesiapa yang tidak bercinta masa belajar, PERCAYALAH orang itulah yang biasanya akan kahwin dulu dan beranak pinak. Manakala yang bercinta sampai terguling-guling, merekalah antara yang kahwin lambat. Demikian juga dengan golongan yang nampak seperti beragama, kadang-kadang selepas belajar, merakalah pula yang akan lebih bersosial, merempit, berpakaian seksi dan sebagainya. Manakala yang nampak agak nakal masa belajar, ketika itu mereka sudah pun mula mengubah diri sendiri secara perlahan ke arah kebaikan.


Prinsip orang politik. Tersangat DINAMIK. Kadang-kadang tidak tercapai oleh akal biasa bagaimana mereka ini boleh menukar prinsip dalam sekelip mata. Tidak tergambar mereka boleh meredah akan segala-galanya demi kuasa.


FALSAFAH / PHILOSOPHY

Philosophy is the study of general and fundamental problems, such as those connected with existence, knowledge, values, reason, mind, and language.It is distinguished from other ways of addressing such problems by its critical, generally systematic approach and its reliance on rational argument. The word "philosophy" comes from the Greek φιλοσοφία (philosophia), which literally means "love of wisdom".



Setiap manusia juga mempunyai falsafah masing-masing. Setiap kejayaan diiringi dengan serangkap falsafah utnuk menampakkan kehebatan atau ketokohan seseorang. Percayalah, orang yang berjaya sahaja yang boleh mencipta falsafah di atas kejayaan tersebut. Mereka sentiasa berada di tempat dan masa yang betul. Manakala orang yang selalu melalui kegagalan demi kegagalan langsung tidak mencipta falsafah yang baru. Kesimpulannya, orang yang berfalsafah adalah orang yang telah mengecap kejayaan, bukan orang yang baru mahu mendaki bukit.






Saturday, April 9, 2011

SPRM jalan soalsiasat di aras bawah sahaja


Agak pelik apabila SPRM menggariskan peraturan yang tidak tahu apa tujuan. Mungkin untuk membuang sentimen rakyat bahawa adalah satu bahaya apabila sesiapa yang disiasat di tingkat yang lebih tinggi berdepan dengan kejadian jatuh.

Sudah ada 2 mangsa, satu cina dan satu melayu!!!

Jika difikirkan logik, tidak perlu pun SPRM mengeluarkan arahan tersebut. Berpadalah dengan menyediakan pegawai pengiring kepada tetamu yang hadir. Peraturan baru ini seolah-olah SPRM merasakan mereka berada di pihak yang kalah atau salah!!!

MALAYSIAKINI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggariskan beberapa langkah keselamatan termasuk arahan supaya soalsiasat hanya dijalankan di aras bawah bangunan SPRM, berkuatkuasa serta-merta. Di bawah arahan terbaru itu, orang luar hanya dibenarkan masuk hingga ke ruang tamu sahaja.


Perkara itu diumumkan oleh timbalan ketua pesuruhjaya SPRM (pengurusan dan profesionalisme), Datuk Zakaria Jaafar dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini. Menurutnya, bahagian keselamatan telah diarahkan mengambil langkah maksimum, dengan tertuduh hendaklah selesai ditemuduga di aras bawah sahaja. Bagi SPRM di negeri yang tidak mempunyai aras bawah, iaitu pejabat yang disewa, pula diarahkan supaya mengambil langkah keselamatan yang maksimum.