Osama Laden telah terbunuh??
Dulu akulah antara orang yang menyokong kuat di belakang Osama ketika kemunculan video pertama selepas 911. Keratan akhbar, gambar dan buku-buku mengenai beliau masih elok tersimpan. Karisma terpancar melalui ucapan-ucapan yang berapi-api.
Sekarang...
Setelah sekian lama, aku makin tidak percaya kepada kewujudan sebenar watak Osama. Mungkin ya dia memang anak Bin Laden. Tapi yang keluar melalui video selepas pasca 911, aku semakin tidak percaya. Sebagaimana aku tidak percaya Al-Qaeda penyerang 911, begitulah juga hati semakin kuat mengatakan Osama dalam video adalah bikinan CIA untuk mewajarkan peperangan. Peperangan yang menjanji ruang untuk ujian senjata baru, peperangan yang menaikkan industri persenjataan dan petroleum.
Jika benar Osama bikinan CIA, alangkah bodohnya aku menyokong secara membabi buta. Alangkah bodohnya apabila merasakan perjuangan Islam sudah semakin kuat ketika era 911. Namun, jika wataknya benar, aku mohon ampun dari Allah SWT. Aku hidup di mana manusia sudah tidak boleh membezakan yang mana fitnah dan yang mana benar. Yang mana hak, dan yang mana batil!!!
Ahhh... aku hanya percayakan realiti sahaja sekarang. Fantasi hanya merosakkan jiwa manusia.
No comments:
Post a Comment