Wednesday, May 11, 2011

Bukit Puteri, Simbol Kuala Terengganu.

Bukit Puteri 11.05.2011


Aku nekad untuk naik Bukti Puteri even sorang-sorang.


Kali terakhir naik ketika darjah 5, 1991 ketika mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Terengganu dan tujuan utama ketika tu ialah tengok penyu di Rantau Abang. Sekarang 2011. Ini bermakna jarak masa antara 2 cerita dalam hidup aku ini sudah 20 tahun. 20 tahun, hurmm, masa sangat cepat berlalu, kenangan 20 tahun dulu masih segar dan tersemat kemas dalam kotak memori. Cuaca sangat panas, naik tangga memang meletihkan. Tapi kesunyian dan kesejukan angin yang bertiup membuatkan hati ini sangat tenang, untuk seketika.




Bazar Warisan, bersebelahan dengan Bukit Puteri.


Cantik seni ukiran dan binaan, pengunjung? MENGECEWAKAN.


Pasar Payang juga menjadi keutamaan pelancong.


Masuk sahaja waktu solat Zohor, penjaga kaunter tiket Bukit Puteri terus mendirikan solat.

Kubur Syed Yasin. Bukti pertembungan antara dua budaya membentuk 1 masyarakat.

Singgahsana, tempat Sang Penguasa berbincang dengan para pembesar berkenaan negeri dan strategi perang.

Meriam yang masih berada di tiang kayu yang asal. Simbol kekuatan pertahanan kerajaan ketika itu.


Belakang Singgahsana adalah Lubang Ubat Bedil. Tempat untuk menyimpan peluru bedil/meriam.

Lubang Ubat Bedil.

Dalam juga lubang di bawah ini. Ruang di dalam betul-betul di bawah Singgahsana atau lebih tepat di bawah di mana Sultan berada. Dalam, gelap, luas, kejap je tenung, sekali kuar Ju On mampus aku kat situ jugak.


Bangunan Pejabat Pos Kuala Terengganu


Rumah Api, Bukit Puteri.





Rumah Api Bukit Puteri.


Kalau tak kunci tangga tu, sure aku panjat naik atas.


Kubu Pertahanan.


Bukti Perang Saudara, adik beradik, sepupu sepapat demi merebut takhta kekuasaan berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini tanpa mengira bangsa atau agama.






Gerbang Kubu Pertahanan


Salah satu meriam besar








No comments: