Sunday, May 1, 2011

Wanita Tidak Boleh Meminta cerai kerana Suaminya Ingin Berkahwin lagi

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda, Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.”

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan, Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis memanggilnya agar dia dijadikan dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.” (Hadis Sahih riwayat Muslim no. 2813)

Seorang ulama’ ahlul sunnah pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan.

Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak." Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud)

Apakah Seorang isteri boleh meminta cerai daripada suaminya kerana suaminya hendak berpoligami ?

Hukumnya ialah haram dan termasuk dosa apabila tidak menerima poligami kerana enggan tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt bahawa kaum lelaki dibolehkan untuk berpoligami.

Menolak untuk dimadukan adalah haram apabila tiada alasan yang munasabah dan dapat diterima oleh syarak.

Ini disebabkan oleh hadis yang menyebutkan : "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga." (Hadis riwayat Abu Daud)

Perbuatan mana-mana wanita termasuk isteri seorang artis atau ustaz yang meminta cerai kerana tidak rela dimadukan suaminya adalah salah dan tidak boleh dicontohi atau diberikan galakan.

Perlu diketahui bahawa isteri yang meminta-minta cerai dari suaminya adalah dicela menurut hukum Islam.

Dan terdapat beberapa hadis lagi menyebutkan hal ini selain yang di atas seperti : "Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga." (Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis yang sahih)

Hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka bukanlah menurut hawa nafsu dan perasaan.

Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka.Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. "

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya:" Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? "

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.” (Hadis Sahih riwayat Muslim)

Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj, melihat ramai ahli neraka adalah daripada kalangan golongan wanita. Sahabat di kalangan wanita bertanya kenapa? Lalu Baginda SAW menjawab: Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka ini ialah wanita yang menggunakan lidah mereka menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Muslim)

Wallahualam.

Bagaimanakah Hukum Suami yang mengabaikan isteri apabila hendak berpoligami atau mengabaikan tanggungjawab mendidik dan mentarbiyah keluarga kerana sibuk dengan kerjaya atau pelbagai sebab lain ?

InsyaAllah kita akan bincang di dalam penulisan yang seterusnya berkenaan tanggungjawab suami dan larangan Islam terhadap pengabaian isteri dan anak-anak.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt

Ya Allah kerana kejahilan dan kezaliman hamba-hamba-Mu terhadap syariat Islam mengakibatkan syariat Islam ditinggalkan dan diabaikan.

http://www.youtube.com/watch?v=KYTNcNC58K8&feature=player_embedded




p/s kesian Ustaz, ada lagi ke orang nak dengar nasihat Ustaz ni???










1 comment:

Anonymous said...

ada hati nk kawin lg ke pak su? hehe