Tuesday, May 3, 2011

Ayah dan Mek makin Tidak Sihat (Grandpa n Grandma)



Ayah dan Mek makin tak sihat
Ayah dan Mek tidak segagah dulu
Ayah dan Mek tidak seceria dulu

Dulu, merekalah pembela bila kami memerlukan
Jika kami buat salah kepada ibubapa, rumah merekalah yang menjadi perlindungan.
Salah sikit je, angkut pakaian tidur rumah Ayah dan Mek.
Selamat la sikit dari kena marah abah dan ma.

Dulu, masa tadika, memang susah mandi pagi, air sejuk, mana ada heater mcm skang.
Nak tanak kena mandi jugak.
Tapi kalo kat umah Ayah dan Mek, Mek selalu mandikan aku dengan air panas.
Pujuk tak makan, terus bangun panaskan air kat dapur. Aku sambung tido sambil senyum-senyum menanti air panas.

Dulu, kalo lapar je, terus merengek-rengek konon lapar nk mampus, Mek xda pun merungut, terus siapkan makanan kat dapur. Bukan mengutuk ma sendiri, tapi memang aku mengada-ngada tak sedar diri masa tu. Budak-budak...

Dulu, Ayah dan Mek selalu noreh getah sama-sama.
Cuti sekolah nak duit belanja? Kamilah yang mengutip getah selepas ditoreh.
Akulah antara yang putar mesin "gelek" untuk buat getah keping.
Sebab tolong Mek lah, aku dapat duit belanja, dapat buat gi melancong kat Alor Star dan Langkawi. Tapi cerita bercuti ni, banyak yang sedih actually...
Selepas eksiden moto, getah tumpah, Ayah operate perut, terus bersara.
Semua getah, orang lain yang toreh. Cucu-cucu pun semua dah besar. Yang kecik-kecik pulak ramai pompuan. Alangkah indah jika aktiviti menoreh, gali kolam ikan Ayah, tolong bakar pokok getah utk tanam semula diabadikan dalam video.

Dulu, masa zaman SPM, umah Ayah dan Mek tempat aku duduk. Situ sunyi, xda orang ganggu. Aku suke blaja dalam keadaan sunyi. Errr, kalo bergayut pun, ma x nampak. So selamat la skit. Maklum la, zaman xda henpon.

Aku ni antara cucu yang paling bermasalah. Masalah tak penah lekang, dari kecik sampai besar. Baran aku memang kemain, tapi bersebab, aku paling benci bila rasa diri dihina dan diperkecilkan. Ayah dan Mek lah yang selalu jaga masa aku sakit kepala bagai nak pecah dulu. Mek lah yang jaga aku masa demam.

Minggu lepas, balik kg tgk Ayah dan Mek dah makin x sihat. 2 malam balik, 3 kali Ayah gi spital. Mek pulak boley tak ingat sapa kat keliling dia. Aku tatau pa jadi kalo diorang dah xda kat dunia ni. Pembela Kami.

Ayah dan Mek, moga sihat k? insyaAllah.




No comments: