Monday, May 2, 2011

Pencarian Kaum Adam, Penantian Kaum Hawa

untuk adam . .
andai mahu mencari hawa . .



1 . jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata . .
kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu . . lihatlah
pada telapak tangannya . . andai mudah telapak lembut itu
hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik . . fikirlah semasaknya untuk
menyuntingnya . . sesungguhnya memegang bulu anjing itu
lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini . .


2 . jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata . .
lihatlah pada sebujur bibirnya . . andai kata-katanya berbisa atau
kuat suaranya . . fikirlah semasaknya andai hati masih teringin
menyuntingnya . . khuatir kelak dia membawa
fitnah buat si suami . .menabur buruk diri si suami . .

3 . jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata . .
lihatlah pada sepasang indah mata miliknya . .
andai tidak redup menunduk pandangan . .
fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya . .
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang
segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suaminya . .


untuk hawa . .
andai mahu menerima cinta adam . .



1 . jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata . .
lihatlah pada aktiviti malamnya . . andai liar hidupnya tika
malam menjelma . . fikirlah sebaiknya andai mahu menerima . .
kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba . .
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah . .

2 . jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata . .
lihatlah pada bahagian kakinya . . andai mudah lututnya ditayangkan
tatkala lincah dipadang bola . . fikirlah sebaiknya andai masih
mahu menerima . . kerna aurat suami itu hanya
selayaknya dilihat oleh si isteri . .

3 . jangan dilihat pada tampan paras semata-mata . .
lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara . .
andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah . .
fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya . .
khuatir apabila bersama kelak , kesalahan kecil anda akan
menerima hamburan cacian yang menyeksakan . .


lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu . .
sebelum ini , wanita berhijab itu sesungguhnya
memang mulia zahir batinnya . . tetapi hari ini , mereka yang
bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri . .

begitulah juga sang lelaki . . kadang-kala berkopiah . .
dari mata nampak sungguh alim . . tetapi dlm hatinya ,
siapa yang tahu ? ?

Wallahu'alam . .


Sumber:




No comments: