13 Ogos 2012
SUPER Jamaica. Kuartet 4x100 meter Jamaica terlalu pantas untuk merangkul emas dengan catatan rekod baru dunia 36.84 saat, sekali gus memecah rekod yang dicatat kuartet sama pada Kejohanan Dunia, musim panas lalu.
Nesta Carter, Michael Frater, Yohan Blake dan raja pecut Usain Bolt unggul menewaskan kuartet Amerika Syarikat yang mencatat 37.04 s untuk pingat perak sementara Trinidad dan Tobago gangsa dengan catatan 38.12 saat.
Kemenangan Jamaica itu turut mengangkat Bolt sebagai manusia terpantas dalam legenda olahraga apabila menggondol tiga emas menerusi acara 100 dan 200 meter.
Kejayaan Jamaica bagaimanapun hampir sahaja dibatalkan selepas Bolt berdegil mahu menyimpan baton sebagai tanda cenderahati, sebelum dihalang pegawai teknikal kerana peraturan tidak membenarkan atlet berbuat demikian.
“Mereka tidak membenarkan saya menyimpannya (baton) kerana ia melanggar peraturan. Dan kemenangan kami boleh dibatalkan jika saya tidak memulangkannya,” katanya yang pelik mendengar kenyataan itu, lalu memulangkan baton berkenaan.
Namun, tidak lama selepas itu, Bolt didatangi seseorang yang bersimpati dengannya dan menyerahkan baton tersebut untuk simpanan peribadi pelari itu.
Sementara itu, bagi kuartet Amerika Syarikat, mereka akui, Jamaica terlalu hebat sehingga tidak mampu menandingi kepantasan larian mereka.

No comments:
Post a Comment